Anak mana yang tidak terkesan dengan pergolakan rumah tangga apa lagi melibatkan ibu dan ayah yang selama ini menjadi tempat berpaut sekian lama.
Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof semakin berpanjangan bila mana Syamsul tidak mahu menceraikan isterinya hari ini.
Meskipun hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini, namun Syamsul enggan melafazkan talak ke atas isterinya itu.
Puteri Sarah yang ditemui selepas sesi mahkamah itu sempat berkongsi kisah anak-anaknya selepas ditemubual oleh pihak media.
Katanya, anak sulungnya, Syaikul Islam sememangnya sudah mengetahui mengenai kisah perceraian ini lebih awal selepas menonton kisah itu dari Youtube.
Ads
Meskipun baru berusia lima tahun namun anak kecil itu tekad untuk bertanyakan berkenaan kisah itu kepada datuk dan neneknya.
“Syaikul memang dah tahu hal ini sebab dia sendiri cakap dengan Datuk, “Abang dah tahu dah”.
“Datuk sendiri cakap dengan dia, walau apa pun jadi Ma dan Atuk memang sayang pada Syaikul dan semua sayang Syaikul dan adik.
Ads
“Dia dengar daripada Youtube, dan dia sendiri bertanya pada Datuk dan Datin. Dan Datuk dan Datin dah terangkan pada anak-anak,” ujar Puteri Sarah lagi berkongsi.
Namun akui Puteri Sarah, dia amat bersyukur kerana dikurniakan ibu dan bapa mentua yang cukup memahami malah menyokong kuat dirinya dan anak-anak kala berdepan ujian ini.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai dalam kes permohonan perceraian mereka.
Kehilangan insan tersayang pastinya memberi kesan kepada kita. Rasa rindu yang tidak berkesudahan ketika mengenang segala memori ketika bersama akan membuatkan kita menjadi sedih.
Bukan mudah untuk melupakan terutamanya jika anak yang masih kecil kehilangan ibu atau ayah. Mungkin sedikit sukar untuk memahami situasi jadi sering teringat dan terkenangkan insan yang telah ‘pergi’.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @omokgendut18, kelihatan seorang kanak-kanak sedang melihat sesuatu di handphone sehingga mengalirkan air mata.
Tidak berkata apa-apa, dia hanya senyap dan matanya fokus melihat di skrin handphone. Kemudian air matanya mengalir menunjukkan betapa dia sedang merindukan seseorang.
“Mokkk.. Kamu rindu ayah ke? Dikkk… Kamu rindu ayah ke?”.
Tidak menjawab soalan yang diajukan, dia hanya mengangkat mukanya sambil menangis. Menurut kapsyen pada video, dia sedang menonton video arwah ayahnya.
Memang jelas sekali kerinduan adik ini terhadap ayahnya. Pasti banyak kenangan mereka sekeluarga yang menjadi pengubat rindu sekiranya mereka teringat pada arwah.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Semoga mereka sekeluarga tabah menjalani ujian berat ini. Bukan mudah melalui saat-saat kehilangan insan tersayang, pasti sentiasa merindui. Menurut perkongsian ibunya, adik ini sudah mulai faham mengapa ayahnya tidak akan pulang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham ayah adik ini.
Kekecewaan sesetengah kaum ibu yang membawa makanan ke sekolah bersempena jamuan atau potluck hari raya sepanjang Syawal ini mengundang pelbagai persepsi ramai.
Seorang ibu, Hayati Ismail tampil berkongsi pendapat beliau agar ibu-ibu lebih terbuka dalam memilih soal makanan ketika di bawa sekolah.
Sebelum memutuskan apa jenis makanan yang hendak di bawa, perlu kenal pasti terlebih dahulu apa kanak-kanak suka.
Khas untuk Ibu dan Bapa. Kalau ada potluck di sekolah, ini nasihat saya.
1. Ikut apa kanak-kanak nak makan, bukan ikut tekak kita atau ikut gathering mak-mak. Jangan terasa hati kalau makanan yang dikirimkan tidak disentuh.
2. Benda paling laku keras – brownies, kek batik, nuggets, chocolate cookies, karipap, sausage. Yes, ada parents kata itu makanan tidak sihat tapi sihat ke tak, itulah yang kanak-kanak suka.
Tak perlulah bagi kek pisang, agar-agar, puding bagai, memang kanak-kanak ni tak minat. Senang cakap, bagi dia orang benda dia tak jumpa kat rumah selalu.
3. Kalau rasa tak mampu nak sediakan apa-apa, boleh je sponsor air kotak, pinggan makan, cawan pakai buang, tisu.
4. Paling senang, bagi sumbangan ke guru kelas, bagi dia tambah apa-apa patut.
Jangan rasa tertekan bila ada potluck. Minta cikgu buat senarai apa yang parents boleh bawa ikut kategori, parents isi nama anak dan juadah.
Kita pun senang kita tengok apa yang sesuai, contoh:
DESSERT
MAKANAN BERAT
KUIH MUIH
MINUMAN
PINGGAN, SUDU GARFU, CAWAN
Setiap tahun kita baca kisah sedih juadah tak disentuh. So tahun depan kita ikhtiar, kita ubah supaya tiada pembaziran dan tiada yang terasa sedih hati.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Sesungguhnya untuk kita merasa kehidupan yang senang dan bahagia, restu seorang ibu itu sangat penting. Jagalah hati ibu selagi mana dia masih bernyawa, berilah dia kehidupan yang baik supaya hidup kita sentiasa diberkati.
Seperti mana yang diceritakan oleh lelaki ini, betapa dia menyesali perbuatannya yang mengabaikan ibunya semasa hayat dikandung badan.
Assalamualaikum semua. Semoga perkongsian aku ini menjadi pengajaran buat semua.
Aku mulakan kisah aku dengan sedikit latar belakang tentang aku. Aku seorang lelaki yang dibesarkan di Kuala Lumpur dalam satu keluarga yang agak miskin.
Ayah aku cuma seorang pemandu manakala emak aku adalah surirumah yang tidak berpendidikan. Walaupun kami miskin, ayah aku adalah seorang yang kuat agamanya.
Aku adalah seorang yang Allah juga kurniakan akal yang agak cerdik namun apabila melihat kepada kemiskinan keluarga aku, memang aku tiada plan untuk sambung belajar.
Seawal usia 12 tahun aku mula mengambil upah kerja-kerja di sekeliling aku, dan sesudah mengambil peperiksaan SRP aku mula meniaga kecil-kecilan dan aku berjaya.
Cuma ketika ini aku dah mula sosial. Perempuan dan minuman keras dan mula menjadi kebiasaan aku. Ketika usia aku 19 tahun, ayah aku pergi buat selama-lamanya. Ketika ini, apabila tidak orang kawal aku, aku makin liar dan bebas.
Fasa seterusnya, emak aku suruh aku berkahwin. Masa nilah aku mula terdetik untuk ada keluarga sendiri. Akhirnya aku berjumpa dengan seorang wanita yang pada mata aku agak cantik, baik, sopan dan pendiam. Dia berasal dari kampung. Soal mencari isteri memang aku nak perempuan yang baik-baik.
Namun disinilah segalanya bermula. Isteri aku sangat manja dan tidak tahu menguruskan banyak benda. Melihat kepada keadaan itu, emak aku banyak tegur isteri aku. Aku tak dapat terima teguran itu. Aku jadi serabut. Aku selalu marah mak aku. Aku tengking mak aku.
Pernah sekali aku hampir pukul mak aku kerana tidak suka akan teguran-teguran yang dibuat. Ditambah pula, isteri aku sering mengadu perihal mak aku. Yelah aku adalah pasangan yang baru berumah tangga.
Untuk mengetahuan semua, aku tinggal asing. Namun aku selalu kerumah mak aku ketika itu.
Aku sering nampak mak aku menangis. Namun sakit hati dan panas baran aku lebih kuat ketika itu. Aku mula tidak balik ke rumah mak aku.
Aku selalu cuba menyakitkan hati mak aku kerana pada aku mak aku adalah musuh utama aku. Aku juga menipu duit mak aku untuk tambah modal perniagaan… Allahu… tak terhitunglah dosa2 yang aku buat terhadap mak.
Saat paling mengembirakan aku adalah ketika isteri aku melahirkan zuriat aku. Aku rasa aku lah orang paling hebat kerana punya satu keluarga yang lengkap.
Namun siapa boleh lari dari kuasa Allah. Aku punya 3 orang anak. Ketika usia anak sulung aku menginjak ke 7 tahun, baru aku sedar ketiga2 anak aku ada lah OKU autism.
Aku down, namun aku perlu menjalani pelbagai pemeriksaan dan kos pendidikan mereka bukan murah. Aku yang dulu agak senang kini bertukar wajah menjadi sangat susah. Perniagaan aku jatuh dan rugi teruk. Aku mula kerja yang macam2 untuk menampung kehidupan.
Aku mula insaf. Ketika ini baru aku ingat tentang mak aku yang dah bertahun tidak aku lawat. Malah sesen pun tidak aku hulur. Aku kumpul duit dan bayar semua hutang2 mak aku yang pernah aku tipu. Aku mula tahu apa itu tanggungjawab terhadap emak aku.
Aku menyesal dan aku sepatutnya dari awal perlu tahu cara menguruskan konflik emak dan isteri. Sejak dari hari aku balik kerumah emak aku, mak aku selalu mendoakan aku.
Ye, aku dapat pelbagai bantuan dan zakat dari doa2 mak aku. Malah, emak aku selalu berkata baik tentang aku pada orang2 keliling. Alhamdullilah.
Sehinggalah lima tahun lepas mak aku pergi untuk selama-lamanya. Satu nasihat mak aku tinggalkan ketika hayatnya dan tak akan aku lupa adalah,
“Walaupun susah bagaimana sekali pun hidup kau, jangan kau tinggalkan isteri dan anak2. Kau pernah sangat gembira dan senang dalam kehidupan bersama mereka, sekarang laluilah dengan rasa kasih dan sayang walau sukar bagaimanapun perjalananya”.
Baiknya hati mak aku. Hanya kerana sebuah ‘nasihat dan teguran’ aku mejadi anak derhaka. Dan hari ini aku rasa rindu sangat pada mak aku.
Aku selalu merenung perjalanan hidup aku untuk aku kenang sebagai pengajaran. Lagi2 ketika PKP ni, aku ada banyak masa. Aku yang hebat, hari ini jatuh tersungkur.
Dari seorang kaki minum dan kaki perempuan, balasannya aku dapat isteri yang nampak cantik tapi sayang hati dan sikap pula menggugat iman dan ketaatan terhadap emak aku.
Dapat anak2 yang comel tapi sayang diuji tiada akal. Dapat pendapatan yang lumayan, tapi sayang aku akhirnya miskin malah aku penerima zakat. Dan dapat seorang emak yang selalu mendoakan, tapi sayang aku jadi derhaka.
Ye aku yang pilih. Aku yang corak hidup aku. Kerana aku sangat sombong.
Aku nasihatkan pada semua pembaca, janganlah kita sombong di atas bumi Allah. Aku dah dapat balasan aku. Walaupun aku syukur kerana aku terima hukuman ini ketika aku masih di dunia, namun melalui satu perjalanan yang menyakitkan dan penuh kesukaran itu bukan mudah.
Hidup kita memang penuh cabaran, namun kitalah yang perlu memilih solution kepada setiap permasalahan. Kalau dapat aku undurkan masa, aku ingin sekali memulakan hidup dan memilih satu jalan yang diredhai Allah.
Al-Fatihah buat Mak…
– M (Bukan nama sebenar) via IIUM Confessions.
Sekiranya anda mahu berkongsi cerita dan pengalaman, bolehlah klik KONGSI CERITA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.