Menjadi ibu bapa tak mudah, perasaan anak juga perlu difikirkan. Banyak cara yang kita boleh bantu untuk anak-anak ekspresikan emosi secara visual. Dalam masa yang sama, mereka akan rasa emosi mereka diakui (validate).

Ikuti perkongsian daripada Penulis Keibubapaan ini tentang cara mengendalikan emosi anak yang masih kecil.

“Abang Marah Besar Mana?” Nak Sabarkan Anak Kena Bagi Peluang Anak ‘Validate’ Perasaan

“Abang marah besar mana? Besar ni ke (buka jari telunjuk dengan ibu jari), besar ni (depakan tangan)?

“Aqlan sedih banyak mana? 5 ke, 10?”

“Boleh tak lukis macam mana rupa Ammar punya marah?”

Ni ayat-ayat yang saya belajar dalam buku How To Talk To Your Kids. Saya selalu guna masa anak kuat tantrum umur 1-3 tahun dulu.

Ads

Anak-anak besar ni, secara fizikalnya nampak adorable. Tapi, umur ni la paling mencabar nak urus emosi diorang.

3 ayat yang saya apply tu bantu anak-anak ekspresikan emosi secara visual. Dalam masa yang sama, mereka akan rasa emosi mereka diakui (validate).

Memang ayat ni tak menjamin anak boleh terus berhenti menangis. Memang ia tak secepat tenangkan anak secepat kalau kita rasuah anak dengan mainan/gajet.

Tapi, kesan baiknya kita akan nampak beberapa bulan/ tahun lepas tu.

Ads

Anak akan belajar untuk
– Guna perkataan untuk ekspresikan emosi
– In case diri rasa emo, kitalah tempat yang selamat untul mengadu
– It’s ok untuk rasa marah, asalkan kita channel cara yang betul.

Dan the good news is, anak yang pandai ekspresikan emosi, menandakan mereka ada perkembangan emosi dan kesihatan mental yang baik.

Tapi, itulah. Dah namanya anak manusia. Tak sempurna. Ada masa-masa diorang meletus juga. Asbab mereka meletus pun dah makin logik. Sebab dah besar.

Dah tak ada dah meletus sebab tak boleh panjat dinding macam Spiderman atau cerita Robocar Poli kat TV dah habis.

Ads

Kali ni, meletusnya banyak asbab komunikasi adik-beradik. Maklumlah. Dah besar. Dah tau hak diri.

Dan sebagai mak, kena lagi buka buku. Nak fahamkan chapter baru. Gali lagi ilmu nak sabarkan anak dan sabarkan diri.

Kredit: Wawa Shauqi

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI