Pernah viral beberapa bulan lepas kerana ‘diserang’ sekumpulan monyet liar ketika mereka sekeluarga bercuti di sekitar Pantai Teluk Cempedak sehingga menyebabkan bayi 1 tahun terjatuh dari stroller, hari ini video tersebut kembali tular di media sosial.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah kasih sayang seorang abang terhadap adiknya yang baru berusia 1 tahun. Difahamkan, baby Daffrel (1 tahun) menghidap penyakit sawan.
Dalam video tersebut jelas terlihat kasih sayang si abang yang menangis melihat adik kesakitan dan jika diberi pilihan dia yang ingin menanggung kesakitan adiknya. Hebat didikan si ibu membuatkan ramai warga maya sebak selepas menonton video pendek tersebut.
Video ringkas yang sempat dirakam sementara menunggu ambulans sampai.
Sebelum video ni dirakam, danish peluk aku dan nangis sambil cakap kat aku:
“Kenapa bukan abang yang jatuh ma? Kenapa adik yang jatuh?”
“Kenapa daffrel yang kena? Daffrel takde apa apa dosa pun ma”
“Abang jaga adik dari dia lahir dari dia belum ada sawan sampai sekarang. Sampai sekarang abang tunggu adik sihat, tiba tiba jadi macam ni”
“Macam mana abang nak sabar, ni adik abang. Abang tak sanggup tengok dia sakit. Abang sakit takpe, jangan adik abang”
“Kalau kita sekeluarga tengah makan, adik kena sawan masa tu, abang sanggup cuci tangan jaga adik. Abang taknak adik kena sawan kuat”
“Abang sanggup korbankan masa main abang untuk jaga adik. Abang sanggup korbankan masa belajar abang demi jaga adik”
Dan banyak lagi kata kata danish yang buat aku luluh. Aku nangis tengok daffrel luka, tapi aku lebih berjurai air mata tengok danish nangis sambil peluk aku dan keluarkan kata kata macam tu. Aku tak sangka sekuat tu dia sayangkan adik dia😭😭
Ini ketika di hospital, buatkan susu untuk adik.
Menurut Puan Norazimah, anak sulungnya, Danish memang sangat sayangkan adik bongsunya dan akan menjaga adik jika adik di serang sawan. Malah Danish tidak kekok menjaga adiknya yang masih kecil.
Rata-rata warga maya terharu melihat video yang dikongsi dan mendoakan kesembuhan baby Daffrel.
Kredit Facebook : Norazimah Bunihan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/