Jadi ibu ni memang tak dapat lari dari membanding di antara anak kan. Dah fitrah manusia akan suka menilai apa yang ada depan mata. Tapi kita kena sedar, sikap suka membanding tu akan menjejaskan emosi dan mental anak kita sendiri.
Perkongsian dari Puan Sakinah Hamid mungkin boleh menyedarkan ibu bapa supaya sentiasa terbuka dan perlu akui setiap anak mempunyai keistimewaan dan masing-masing.
Satu punca kenapa kita suka membanding adalah kerana kita bersifat rigid. Bila benda yang anak buat tu sesuai dengan citarasa kita, kita rasa anak tu bagus. Dan begitulah sebaliknya.
Walhal boleh jadi saja perkara tu tak bagus. Satu perbezaan ketara yang saya perhati pada anak saya ialah dari segi berdikari.
Abangnya semua benda nak rujuk kat kita. Nak buat apa, nak baca apa, nak makan apa kalau boleh semua nak repot. Nampak rapat, tapi kadang rimas jugak la. Nak be*** pun bagitau. Adoi!
Tapi abang memang mudah ikut apa yang kita atur untuk dia. Merasa jugak la ummi buat aktiviti homeschooling dengan agak terancang masa dengan abang.
Adiknya pulak terlebih berdikari. Sebelum 5 tahun lagi dia boleh pergi bilik air sendiri tengah malam. Tak bukak lampu. Kita pulak risau.
Kalau terfikir nak buat apa-apa, dia terus buat. Dek sebab tu ada la berkecah sana sini, barang rosak dan macam-macam lagi. Memang selalu buat tindakan di luar jangka. Kalau plan aktiviti untuk dia pun nanti dia akan buat ikut suka dia ja. Penyudahnya ummi tak plan apa-apa dah untuk dia. hihi.
Sekali tengok abang macam senang diuruskan. Namun hakikatnya kalau fikir jangka panjang, lebih tenang melepaskan adik kerana kita tahu dia cekap menguruskan diri sendiri. Setiap karakter tu ada kelebihan masing-masing.
Begitulah dalam kehidupan seharian kita bersama anak-anak. Kita tak boleh impikan anak akan ikut corak pemikiran kita sepenuhnya. Kerana anak itu adalah individu yang berbeza.
Tapi sebagai ibu kita perlu lebih flexible menghadapi sikap anak kita, dan lorongkan pada jalan kebaikan. Rugilah andai potensi semulajadi anak itu kita abaikan dan memaksa semuanya ikut acuan pemikiran kita yang belum tentu terbaik.
Sumber: Sakinah Hamid