ABARO Kasut Sekolah Unik dan Praktikal Pilihan Ibu Bapa!

Share

Kasut sekolah ABARO merupakan kasut sekolah pilihan ibu bapa masa kini kerana mempunyai ciri-ciri yang terkini dan praktikal dalam setiap rekaan kasut mereka. Ianya telah berada di pasaran sejak tahun 2001 lagi dan menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk memberikan yang terbaik buat anak mereka. 

Walaupun kelihatan seperti kasut sekolah yang biasa tetapi kasut sekolah ABARO mempunyai pelbagai keistimewaan dan sesuai dipakai oleh pelajar.

Antara ciri unik yang terdapat dalam kasut sekolah  ABARO yang boleh didapati di pasaran adalah kasut sekolah ABARO DryTech™ dan ABARO NameTech™.

Keistimewaan kasut sekolah ABARO Drytech™ adalah ianya memastikan kaki anak-anak kering sepanjang masa walaupun semasa musim hujan. Kasut ini sangat praktikal untuk kanak-kanak sekolah yang berada di negara tropika seperti Malaysia yang mempunyai cuaca yang tidak dijangka.

Manakala  ABARO NameTech™ pula direka khas dengan slot nama di mana kanak-kanak atau ibu bapa boleh menulis nama dengan baik dan kemas. Tiada lagi masalah kasut bertukar dengan rakan terutamanya apabila anak-anak melakukan sebarang aktiviti di surau atau dewan. 

Hak milik kasut tersebut juga mudah untuk dikenalpasti sekiranya tertukar dengan rakan. Jadi ibu dan ayah tak perlu pening-pening lagi sekiranya anak-anak mengadu kasut bertukar malah mereka sendiri boleh tahu kasut mereka melalui slot nama ini. 

Oleh sebab itu, ABARO dipilih sebagai salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Kasut Sekolah Praktikal Dan Selesa Pilihan Pa&Ma. Dengan kualiti yang ditawarkan, jenama ini sangat diyakini dan menjadi pilihan ibu ayah untuk anak-anak yang bersekolah. Material yang digunakan sangat berkualiti dan breathtable yang membuatkan pemakai berasa selesa menggunakan kasut ABARO.

Tahniah! ABARO merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Kasut Sekolah Praktikal Dan Selesa Pilihan Pa&Ma

Kempen Kembali Ke Sekolah

Tahukah anda ABARO telah memberikan 200 000 pasang kasut secara keseluruhan sejak 2016 melalui pelbagai kerjasama strategik dengan pelbagai syarikat melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR). Ini kerana, mereka mahukan kanak-kanak pergi ke sekolah dengan kasut yang sesuai dan selesa.

Sebagai persediaan untuk tahun akademik baharu, ABARO telah  menghadiahkan 152 kasut sekolah kepada pelajar B40 di Sekolah Kebangsaan Gurney (2) untuk  memberi kegembiraan dan perubahan kepada semua pelajar sekolah Malaysia ketika mereka meneroka dunia ke arah masa depan yang lebih cerah.

Anda juga boleh memberi sumbangan untuk pelajar yang kurang bernasib baik melalui ABARO Back to School Campaign yang berlangsung dari 17 Disember 2023 hingga 17 Mac 2024 menerusi Peraduan Beli Dan Menang ABARO + CSR.

Hanya dengan membeli kasut sekolah ABARO, RM1 akan didermakan kepada tabung untuk kasut sekolah dan peralatan sekolah dalam membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan.

Anda juga layak memenangi hadiah bernilai sehingga RM 20,000!

Terma dan syarat peraduan adalah seperti berikut:

1. Peserta haruslah membeli sekurang-kurangnya sepasang kasut sekolah ABARO yang bernilai RM 40 keatas di dalam satu resit pembelian.
2. Imbas QR code di poster atau tekan link ini http://bit.ly/ABAROBackToSchoolCampaign untuk menyertai pertandingan ABARO Back to School Campaign.
3. Jawab soalan yang diberikan dan memuat naik resit atau bukti pembelian kasut sekolah ABARO.
4. Pemenang akan diumumkan setiap 2 minggu sekali sepanjang tempoh pertandingan melalui sesi live di Facebook ABARO. Pemenang hadiah utama akan diumumkan pada 28 Mac 2024.

Anda boleh mandapatkan promosi menarik dari ABARO dengan melayari laman sesawang www.abaro.com.my atau boleh terus membeli kasut sekolah ABARO di platform Lazada, Shopee dan Tiktok ABARO Shoes.

Untuk maklumat tentang jenama ini, layari Facebook: https://www.facebook.com/abaroshoe/ atau Instagram https://www.instagram.com/abaro_shoes atau TikTok https://www.tiktok.com/@abaroshoes

Published by
Faizura