Kekeluargaan

Abby Abadi Berserah Pada Allah, Titip Pesanan Buat Marissa. “Kalau Perlukan Mama, Baliklah”

Share

Selebriti dan usahawan Abby Abadi yang enggan memberikan sebarang komen mengenai pernikahan anak keduanya, Marissa Dania yang bertebaran di media sosial akhirnya turut meluahkan rasa hatinya.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, @yaya06757 telah memuat naik satu video memaparkan Abby sedang ditemu bual dalam sebuah podcast. Menerusi perkongsian eksklusif itu, Abby sempat menitipkan pesanan buat Marissa.

Malah kata Abby dia akan selalu ada buat anak perempuannya itu. Bahkan menurut Abby lagi, kali terakhir dia berjumpa dengan Marissa adalah ketika menghadiri sebuah majlis previu bufet Ramadan yang diadakan di sebuah hotel baru-baru ini.

“Sekali tu je lah saya berjumpa dengan dia, dalam majlis berbuka puasa rasanya. Susah nak duduk dengan dia.

“Dia melarikan diri, menghilangkan diri. Tapi saya tahu dia selamatlah di luar. Kalau dia rasa dia dah mampu nak berdiri atas kaki sendiri, saya berserah kepada Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Abby juga berkata dia berasa dia tak mampu untuk melakukan apa-apa untuk mengubah anak perempuannya itu.

“Saya rasa saya memang tak mampu untuk ubah apa yang dia buat sekarang dan saya mengharapkan yang terbaik untuk dia. Kalau rasa perlukan mama, baliklah,” luahnya.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan orang ramai selepas didakwa telah melangsungkan perkahwinan dengan Aslam di Songkhla, Thailand.

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!

Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Published by
SRM