Abby Abadi akhirnya bercerita tentang kehamilannya dan tekanan darah tinggi yang dialami. Dia juga Bakal melahirkan bayi pada tahun 2020.
Dalam kemaskini terbaru Instagram, pelakon dan penyanyi Abby Abadi berkongsi mengenai kehamilannya. Ia sekali gus mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Abby juga turut mengkhabarkan sudah pun berdaftar dan memulakan pemeriksaan kehamilan dan penjagaan pranatal di klinik kesihatan kerajaan.
Abby juga turut memuji perkhidmatan dan staf di klinik berkenaan yang baik dan memberikan servis dengan mesra.
Di samping itu, pelakon berusia 41 tahun ini juga mengakui ia adalah pengalaman pertama membuat pemeriksaan di klinik berkenaan memandangkan tekanan darah tinggi yang dialami boleh memberikan risiko tinggi kepada kandungan.
Abby turut memberitahu jangkaan bersalin bayi yang dikandungnya itu adalah pada tahun 2020.
Para peminat mendoakan kesejahteraan Abbt dan meminta agar Abby berhati-hati pada peringkat awal kehamilan dan mengambil ubat yang diberikan.
“Moga dipermudahkan sampai Baby lahir ya . Jaga kesihatan Kena makan ubat kalau ada ubat diberi Jangan skip ubat . Sayang Dayan Dayana.” @dyanneoden
“In sya allah amin…amin..amin,tahniah utk abby dan suami,semoga abby diberi kesihatan dan kekuatan ❤️.” @mardiana_hassan
“Semoga dipermudahkan kak abby.. Jgn terlalu lasak sgt masih di awal kandungan?.” @nur_afeeyfa
Sumber: abby_abadi112 & jaiezzany