Jika sebelum ini hubungan Abby Abadi dan Norman Hakim sering terpalit dengan kontroversi sehingga kedua-dua mereka memutuskan untuk bercerai.

Namun demi anak-anak dan selepas masing-masing membina kehidupan baharu, mereka akhirnya menjadi contoh kepada masyarakat perpisahan bukan alasan untuk tidak mengekalkan hubungan baik.

Abby, Norman Anggap Kehadiran Bayi Comel Eratkan Lagi Hubungan Baik Keluarga Mereka

Malah ramai yang menyifatkan hubungan baik Abby dan Norman juga sebagai inspirasi dan contoh kepada pasangan lain yang turut melalui perceraian.

Apa yang membuatkan peminat gembira dengan Abby dan Norman, kemesraan keluarga ini makin bertambah dengan kehadiran tiga bayi dalam keluarga mereka berdua.

Dengan kelahiran anak perempuan Norman dan Memey 12 Julai lalu, Mikayla Delisha Hakim dan kehadiran sepasang anak angkat dalam keluarga Abby iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia ibarat rezeki dari Allah untuk mengukuhkan lagi hubungan yang sedia terjalin sebelum ini.

IKLAN

Abby, Norman Anggap Kehadiran Bayi Comel Eratkan Lagi Hubungan Baik Keluarga Mereka

Semalam, Abby ada memuat naik gambar sepanjang majlis doa selamat, akikah dan cukur jambul buat Mikayla Delisha Hakim dan Maisara Dayana Fathia.

Rata-rata netizen seronok melihat kemesraan ahli keluarga ini dan ramai juga berpendapat Mikayla dan Dayana ibarat kembar.

IKLAN

Repost from @daiyandayana_ @ Baby jarum ??? . MAJLIS DOA SELAMAT, AKIKAH & CUKUR JAMBUL Mikayla Delisha Hakim, Maisara Dayana Fathia & Muhammad Ayden Mikhail . . ‎رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ ‎وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau kurniakan padaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhai dan perbaikilah keturunanku (Surah Al Ahqaf, Ayat 15) . Love U @mikayladelishahakim . Kita kawan sampai syurga ye.. muah ciked hehe ? ps: Yg headband Dayana tu dari Aunty Wawa @nuha_headband ye. Dayana suka. Mama lagi suka hehe.. ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

“Comel nye… bambam”

“macam kembar , comel sangat”

IKLAN

“Allahuu nak sama je mukanya

“Untung dia orang dapat family penyayang

Sumber: Abby Abadi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI