Abby, Norman Anggap Kehadiran Bayi Comel Eratkan Lagi Hubungan Baik Keluarga Mereka

Share

Jika sebelum ini hubungan Abby Abadi dan Norman Hakim sering terpalit dengan kontroversi sehingga kedua-dua mereka memutuskan untuk bercerai.

Namun demi anak-anak dan selepas masing-masing membina kehidupan baharu, mereka akhirnya menjadi contoh kepada masyarakat perpisahan bukan alasan untuk tidak mengekalkan hubungan baik.

Malah ramai yang menyifatkan hubungan baik Abby dan Norman juga sebagai inspirasi dan contoh kepada pasangan lain yang turut melalui perceraian.

Apa yang membuatkan peminat gembira dengan Abby dan Norman, kemesraan keluarga ini makin bertambah dengan kehadiran tiga bayi dalam keluarga mereka berdua.

Dengan kelahiran anak perempuan Norman dan Memey 12 Julai lalu, Mikayla Delisha Hakim dan kehadiran sepasang anak angkat dalam keluarga Abby iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia ibarat rezeki dari Allah untuk mengukuhkan lagi hubungan yang sedia terjalin sebelum ini.

Semalam, Abby ada memuat naik gambar sepanjang majlis doa selamat, akikah dan cukur jambul buat Mikayla Delisha Hakim dan Maisara Dayana Fathia.

Rata-rata netizen seronok melihat kemesraan ahli keluarga ini dan ramai juga berpendapat Mikayla dan Dayana ibarat kembar.

“Comel nye… bambam”

“macam kembar , comel sangat”

“Allahuu nak sama je mukanya

“Untung dia orang dapat family penyayang

Sumber: Abby Abadi

Published by
Wan Amy