Aduhai, Tiara.. Memang turun ayah lah lawak dia ni. Melalui satu video tiktok yang dikongsikan oleh Achey yang menunjukkan anak perempuannya terlekat rambut di tiang gol mainan.Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir bin Haji Hamzah ini, mengeluh risau melihat anak perempuannya iaitu Tiara yang terlekat rambutnya dengan tiang gol. Namun apa yang mencuit hati peminat adalah Tiara yang kekal tenang walaupun dengan keadaan sedemikian hingga dibiarnya tiang tu terlekat, siap jalan ‘selamba’ heret tiang tersebut. Rata-rata peminat tak kering gusi ada yang berkata “ini baru penjaga gol sebenar”. Memang kental anak perempuan ayah.“Ingatkan bapak je kelakar, rupanya sampai ke anak kelakar. Terhibur betul!”, Tulis netizen di ruangan komen. “Ayah separuh pitam.. anak anak…” tulis Achey di kapsyen.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Ads
Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen:
Ads
Achey dan isterinya iaitu Anne telah mendirikan rumah tangga dari tahun 2011 dan mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia 5 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masuk hari kelapan kehilangan baby Jude Angel, bayi berusia 18 bulan yang hilang di Beafourt, Sabah. Masih belum ada tanda-tanda penemuan bayi comel ini walaupun gerakan mencari dipergiatkan.
Bapa kepada baby Jude, Jeremy Sundang menahan sebak apabila mengenangkan kali terakhir dia bersama anak perempuannya itu.
Petani berusia 39 tahun itu hendak meninggalkan rumah mereka di daerah Beaufort barat daya pada awal pagi Sabtu (9 Julai) untuk bekerja apabila Jude tiba-tiba menangis.
“Dia memanjat seluruh badan saya jadi saya dapati ia agak pelik kerana dia biasanya tidak melakukannya.
“Jadi, saya membedungnya dalam pelukan sebelum mendodoinya perlahan-lahan untuk tidur,” katanya sambil menarik leher bajunya untuk mengesat air mata yang mengalir di mukanya.
“Jika difikirkan kembali, itu mungkin semacam petanda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Saliwangan Baru pada Khamis (14 Julai).
Bagaimanapun, dia enggan berputus asa untuk mencari anak perempuannya walaupun berhadapan dengan tekanan keluarga serta penyelamat pulang dengan tangan kosong walaupun operasi mencari memasuki hari keenam ketika itu.
“Harapan saya masih tinggi…rasa saya dia masih hidup,” katanya.
Jude, anak bongsu daripada tiga beradik, pertama kali dilaporkan hilang kira-kira jam 11 pagi Sabtu (9/7/22) selepas keluarga gagal mengesannya. Mereka sebelum itu mendapati pintu depan rumah mereka terbuka.
Kanak-kanak itu dikhuatiri sama ada terjatuh ke dalam Sungai Padas berhampiran atau sesat di dalam hutan sekitar rumah mereka, yang agak terpencil.
Jeremy berkata dia telah meninggalkan rumah untuk bekerja pada jam 6 pagi dan beberapa jam selepas itu adalah mimpi ngerinya yang paling teruk buatnya kerana kehilangan anak pada jam lebih kurang 11 pagi.
Dia berkata isterinya, juga seorang petani, telah pergi lebih awal untuk menaiki kereta api ke bandar Beaufort, kira-kira 30km jauhnya, untuk menjual hasil mereka di tamu daerah mingguan (pasar tradisional) dan Jeremy sudah menunggu isterinya di sana ketika itu dengan kereta.
“Saya sedang duduk di dalam kereta menunggunya selepas jam 8 pagi, isteri saya tergesa-gesa menyuruh pulang, dia memberitahu saya ‘balik-balik cepat’ (jom pulang cepat).
“Ada orang menghubungi kami, mengatakan Jude telah hilang. Kami segera pulang dan meninggalkan jualan kami,” katanya.
Setibanya di rumah, Jeremy berkata naluri pertamanya ialah mencari melalui kolam kecil yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.
“Saya menyelam beberapa kali di dalam kolam tetapi saya tidak menemui sebarang kesan.
“Dia tidak pernah merayau jauh sebelum ini. Paling jauh dia pergi adalah ke sebuah pondok di sebelah rumah kami,” katanya.
Beliau melahirkan rasa puas hati terhadap semua pihak yang mencari termasuk anggota polis, Bomba, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam serta sukarelawan dan penduduk kampung lain atas usaha mereka.
Ada juga yang menawarkan bantuan dengan “cara ghaib”, katanya, tetapi mereka terpaksa menolak dengan sopan kerana mahu berpegang pada kepercayaan mereka sendiri dalam mencari Jude.
“Ada yang datang dari jauh, cuba menggunakan pengetahuan mereka untuk mencari Jude dan mahu kembali semula selepas gagal mengesannya.
“Tetapi kami terpaksa berkata tidak. Bukan kami tidak mahu bantuan mereka, kami menghormati niat suci mereka dan berterima kasih kepada mereka untuk itu.
“Tetapi selepas bercakap dengan gereja kami, kami lebih suka berpegang pada iman kami. Kami berasa sedih untuk menolak tawaran mereka tetapi mereka juga memohon maaf, mengatakan mereka tidak mahu memaksa ini kepada kami,” kata Jeremy.
Penyanyi terkenal, Alif Satar meluahkan rasa sebak apabila menerima sepucuk surat daripada dua cahaya mata perempuanya, iaitu Alisha Anugerah, 8 dan Ariana Mecca, 6.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siti Aafiyah, anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia menjadi kesayangan ramai. Dato’ Sri Siti Nurhaliza mensasarkan untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
Beliau yang dilahirkan 11 Januari 1979 menerima kehadiran permata hati pertama pada iaitu Siti Aafiyah yang kini sudah berusia satu tahun selepas 11 tahun menanti.
Kata Siti kepada Gempak, hasrat pada awal perkahwinan ialah untuk memiliki anak yang ramai.
“Selepas berkahwin, saya memang teringin untuk mendapat cahaya mata yang ramai. Tetapi hasrat itu tidak kesampaian.
“Alhamdulillah, selepas menanti lama baru saya dikurniakan dengan kehadiran Siti Aafiyah.”
MAHU TAMBAH BILANGAN ANAK SEBELUM USIA 43 TAHUN
Isteri kepada Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa ini juga menyatakan hasrat untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
“Insya-Allah, jika diizinkan Allah dan ada rezeki, saya mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.
“Sebelum itu, saya harus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihar terlebih dahulu.
“Saya mohon doa yang baik-baik dari semua peminat, Insya-Allah,” kata Siti.
SEBAK LIHAT AAFIYAH MEMBESAR
Siti yang ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersama kelab peminatnya, Sitizone di The Pearl Kuala Lumpur menyatakan rasa sebak melihatkan perkembangan si kecil Aafiyah yang kini semakin membesar.
“Masa itu terlalu cepat berjalan. Rasa macam sekejap sahaja, kini Aafiyah sudah boleh berjalan. Jujur saya akui saya rasa sebak dan gembira melihat dia membesar depan mata.
SYUKUR ATAS PENGALAMAN MENJADI IBU
Penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini juga memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan Ilahi memberi peluang menjadi ibu. Siti turut mendoakan pasangan yang masih menantikan kehadiran zuriat dalam rumah tangga.
“Naluri ibu, saya rasakan semuanya pasti dapat fahami apa yang saya sedang hadapi sekarang. Alhamdulillah, Allah memberikan rezeki untuk saya merasai pengalaman menjadi ibu.
“Saya juga mendoakan agar semua ibu bapa yang menanti cahaya mata di luar sana turut dikurniakan rezeki yang sama, Insya-Allah,” katanya lagi.