Penentuan usia kehamilan dan seterusnya due date atau tarikh jangkaan kelahiran agak sukar bagi wanita yang haidnya tidak teratur. Kadangkala boleh dapat sampai 3 tarikh jangkaan kelahiran, mana satu nak ikut? Ikuti penerangan doktor ini.
Hampir setiap wanita memang teruja bila melihat ujian air kencing menunjukkan dua garisan tanda positif hamil. Bila ke klinik untuk pengesahan, doktor akan bertanya mengenai tarikh hari pertama haid sebelum ini kerana info tersebut sangat mustahak untuk menentukan usia kehamilan anda. Oleh itu wanita yang berkahwin jangan lupa rekodkan tarikh haid anda setiap bulan.
Namun bagi wanita yang mempunyai haid yang tidak teratur serta penggunaan pil perancang boleh membuatkan keputusan tidak dapat dipastikan dengan tepat. Tahukah anda bagaimana caranya penentuan usia kehamilan yang lebih tepat? Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan menenerangkan dengan lebih lanjut mengenai perkara ini;
TARIKH JANGKA BERSALIN MANA SATU YANG SAYA NAK FOLLOW NI DOKTOR? PENING LA SAYA. ADA 3 TARIKH !”
Semua ibu hamil akan melalui scan ini dinamakan Dating scan. Dating scan ni maksudnya scan pada awal kehamilan, bukan terlalu awal tapi dilakukan antara minggu ke 10 dan 14 kehamilan. Biasanya dibuat pada 12 minggu kehamilan. Bila doktor tanya, ada scan awal-awal buat tak? Ni scan yang dia nak.
Ads
Scan sebelum 10 minggu tu HANYA dibuat bila si ibu ada rasa sakit atau pendarahan atau ibu pernah mengalami masalah pada kandungan terdahulu misalnya kehamilan luar rahim atau pernah ada keguguran berulang kali. Selain dari itu, takde sebab perlu buat scan sebelum 10 minggu kehamilan. Ye saya tahu memang excited nak tengok baby dalam rahim, tapi buat mende yang perlu sahaja, jgn berlebih-lebihan.
Dating scan ini adalah cara terbaik untuk menjangka bila sepatutnya tarikh jangka bersalin atau dalam erti kata lain, scan ini adalah untuk menentukan berapa minggu sebenarnya anda sudah hamil.
Anda memang boleh tahu bila tarikh hari pertama last period, tapi bila sebenarnya persenyawaan berlaku kita tak tahu.
Ads
JIKA HAID TIDAK TERATUR
Jika haid/ period tak teratur ataupun sebelum ni ada mengambil pil perancang kehamilan, nak dapatkan tarikh dijangka bersalin berdasarkan tarikh last period itu mungkin kurang tepat.
Maka tarikh yang diberikan berdasarkan dating scan adalah tarikh yang tepat yang boleh dipakai. Jika tarikh yang diberikan oleh scan tidak lari jauh dari tarikh yang dikira berdasarkan tarikh last period, maka tarikh dijangka bersalin akan ikut perkiraan dari tarikh hari pertama last period. Jika perbezaan tarikh jangka bersalin tu berbeza lebih 2 minggu, maka kita akan gunakan tarikh dijangka bersalin yang didapati melalui dating scan.
Dating scan selain menentukan minggu kehamilan dan tarikh dijangka bersalin, boleh digunakan untuk melihat sama ada kehamilan tu adalah kandungan kembar dua atau tiga atau hanya ada 1 baby saja
Ads
APA YANG DIUKUR MASA 12 MINGGU?
Baby akan diukur dari kepala ke bahagian bawah. Ukuran ini dinamakan crown rump length ( CRL ) dan sangat tepat jika dilakukan pada trimester pertama kehamilan.
Pada 10 minggu, baby berukuran lebih kurang 3 cm
Pada 12 minggu, baby berukuran lebih kurang 5 hingga 6 cm
Pada 13 mingu, baby berukuran dalam 7 cm
Lepas 13 minggu, baby boleh memanjang atau membongkok maka ukuran tu jadi kurang tepat. Maka dari 13 minggu , jika baby tu lebih panjang dari 84mm, ukur lilit kepala baby ( head circumference ) adalah cara terbaik untuk membuat ukuran
Jangan nak blur blur nak ikut tarikh yang mana. Tanya doktor tu dan dapatkan kepastian tarikh mana nak ikut.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan cahaya mata buat penyeri hidup. Namun ramai yang mengambil langkah untuk merancang kerana kewangan yang belum stabil lebih-lebih lagi yang bekerja di bandar besar dan baru memulakan hidup setelah berkahwin.
Untuk memiliki anak, banyak kos yang difikirkan termasuklah kos asuhan yang agak tinggi jika di bandar besar. Namun jika anda percaya pada rezeki anak, semuanya akan menjadi mudah dan tenang. Begitu juga yang berlaku pada Unisa Mohd melalui perkongsianya yang percaya pada rezeki anak.
Ingatkan UPT Rosak
Suami Risau Tak Mampu
Tiba-Tiba Semua Mampu
Anak Tu Punca Rezeki
Nak murah rezeki?
1. Selalulah belanja anak-anak makan. Kita kerja susah payah pun sebab nak bagi anak-anak kita dapat makan sedap-sedap macam orang lain.
2. Minta anak-anak doakan kita selalu. Bebudak kan tiada dosa. Doa mereka cepat sampai pada Rabb tanpa halangan. Makbul.
3. Kalau anak minta sesuatu jika mampu belikanlah. Jika tak mampu bagitau mereka nanti ada rezeki lebih mummy akan belikan. Janji tau.
4. Jangan sombong dengan anak, jangan sombong dengan ALLAH. Jika sombong, semua rezeki tersebut boleh ditarik ALLAH.
5. Jangan takbur dengan anak, setiap rezeki ada bahagiannya untuk anak. Anak jadi penyebab kepada rezeki. Bukan datang dari usaha keras kita semata-mata.
6. Sediakan keperluan yang terbaik buat mereka. Prihatin terhadap perkembangan dan emosi anak-anak.
7. Ketika sedang marah, jangan keluarkan kata-kata kesat pada anak-anak kerana mereka akan belajar dari sikap kita. Lebih baik diam, minum air dan istighfar banyak-banyak.
8. Bersyukurlah kerana di kurniakan anak. Ramai orang yang masih tidak di berikan rezeki mempunyai anak. Jadi hargailah kurniaan Ilahi yang tak ternilai dengan wang ringgit ini.
Akhir kata, setiap anak yang lahir itu sudah Allah tetapkan rezekinya sejak dari awal kandungan lagi. Apa kita nak risau, anak adalah magnet rezeki, penyejuk hati.❤️
Kredit: Unisa Mohd, Maryam Salleh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila diri disahkan hamil, tiada ungkapan lain yang keluar dari mulut seorang ibu kecuali ‘Alhamdulillah’. Tanpa sedar air mata kegembiraan ini mengalir secara tiba-tiba. Lagi-lagi yang memang dah menantikannya.
Namun fasa setiap kehamilan dan bersalin itu tak sama bagi setiap ibu. Ini semua dianggap pengorbanan yang sangat besar. Contohnya jika ibu terpaksa mengandung dan melahirkan bayi tanpa suami di sisi atas sebab-sebab tertentu, pastinya pengharapan penuh bergantung pada Allah.
Ibaratnya rezeki setiap kita tak sama. Yang penting ibu mesti sentiasa positif kerana anak yang dikandung akan terkesan dengan emosi ibu sepanjang mengandung. Sebaiknya sentiasa gembira dan lakukan beberapa amalan yang baik sepanjang hamil.
Insya-Allah mudah-mudahan anak yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi anak soleh dan solehah dan sentiasa memberi kebahagiaan pada kita dan pasangan.
Di sini ada beberapa amalan yang boleh ibu lakukan bermula dari bayi dalam kandungan sehingga saat menyambut orang baru.
Amalan untuk wanita hamil, doa mudah bersalin, cara menyambut kelahiran.
Doa untuk mudah bersalin
Cara menyambut kelahiran
Tahnik dan sunat dicukurkan rambut bayi
Sumber: Unit Dakwah Bil Hal, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Johor.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk mengandung disarankan untuk mengambil asid folik. Rata-rata mengetahui asid folik sangat baik untuk kesuburan wanita. Namun, ada juga yang bertanya adakah pengambilan asid folik ketika seseorang wanita itu datang haid akan menimbulkan masalah.
ASID FOLIK SUPLEMEN ‘DEKAT’ DENGAN WANITA
“Doktor, adakah asid folik boleh diambil ketika haid?
Pil asid folik sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita. Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya, tetapi asid folik juga disarankan kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil.
Asid folik adalah sejenis vitamin kompleks iaitu B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan yang untuk membantu wanita yang sedang hamil untuk meningkatkan sel darah merah jika diambil bersama dengan pil zat besi. Ia juga bagus untuk perkembangan bayi di dalam rahim. Ia juga meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin mempunyai zuriat.
Asid folik boleh didapati dari pelbagai sumber makanan seperti kekacang kering, brokoli, bayam dan asparagus.
“Doktor betul ke asid folik ini diambil oleh wanita ketika haid? Bukankah ia akan meningkatkan kesuburan? Saya sedang merancang keluarga dan anak masih kecil. Takut saya hamil pula.”
Wanita yang mengambil asid folik sememangnya akan meningkatkan kesuburan mereka tetapi ia bukanlah suatu jaminan di mana wanita yang mengambil asid folik akan lebih mudah hamil dari wanita yang lain. Ini bermakna jika seorang wanita mengalami masalah kesuburan, pengambilan asid folik bukanlah jalan pendek bagi mengatasi masalah ini. Buat pemeriksaan doktor bagi menentukan masalah yang sebenarnya.
Bagi wanita yang sedang haid, pengambilan beberapa nutrien seperti kalsium, magnesium, zat besi, vitamin k, vitamin B 12, dan asid folik akan membantu penghasilan sel darah merah dan menggantikan darah yang keluar sebagai darah haid.
Dos yang disarankan bagi wanita dewasa adalah 400-600 micrograms, bergantung kepada keperluan dan bentuk tubuh.
Jadi kesimpulannya, tidak ada halangan penggunaan asid folik pada masa haid. Ia membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang hilang ketika haid. Dos yang biasa digunakan antara 400-600 microgram untuk sehari.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.