Tahukah anda – gaya keibubapaan atau gaya asuhan yang anda amalkan boleh memberi impak kepada kesihatan mental, keyakinan diri, malah perkembangan personaliti anak anda sepanjang proses tumbesaran mereka?
Antara beberapa faktor bagaimana gaya keibubapaan anda boleh menjejaskan hubungan antara ibu bapa dan anak termasuklah dari cara berinteraksi, bimbingan dan kaedah disiplin yang diamalkan anda. Jika ketiga-tiga faktor ini dipertimbang ibu bapa, perkembangan anak akan jadi lebih positif apabila dewasa.
Sebenarnya, hubungan antara gaya keibubapaan dan tingkah laku anak telah dikenal pasti oleh Diana Baumrind, pakar psikologi perkembangan dari University of California, Berkeley sejak tahun 1960-an lagi.
Namun, beberapa kajian serupa mendakwa sebenarnya gaya keibubapaan dan tingkah laku anak tiada kaitan pun, dan ia bukanlah bersifat menyeluruh dalam menentukan bagaimana sikap anak kelak.
Berdasarkan kajian, berikut kami kongsikan contoh gaya keibubapaan dan kesannya dalam menyokong perkembangan kanak-kanak.
4 gaya keibubapaan yang semua ibu ayah perlu diketahui
Berdasarkan kajian, berikut kami kongsikan contoh gaya keibubapaan dan kesannya dalam menyokong perkembangan kanak-kanak.
#1. Authoritarian Tiger – Dengar Cakap Ibu Ayah, Jangan Membantah!
gaya keibubapaan
Salah satu gaya asuhan yang paling terkenal adalah “authoritarian” atau “authoritarian tiger”. Antara ciri-ciri gaya asuhan ini adalah anak-anak harus mendengar perintah dan peraturan yang ditetapkan ibu bapa.
Selalunya dalam gaya asuhan ini, rundingan dan tolak ansur tidaklah selalunya wujud. Di samping itu, ibu bapa dengan gaya keibubapaan authoritarian juga kurang melibatkan anak-anak mereka dalam proses penyelesaian masalah. Sebaliknya, anak-anak ini akan diberi peraturan sebagai panduan.
Kajian mendapati, kanak-kanak yang dibesarkan dengan gaya asuhan “Authoritarian Tiger” boleh berdepan dengan isu keyakinan diri. Walau bagaimanapun, gaya asuhan ini mungkin berkesan untuk kanak-kanak yang memerlukan bimbingan ketat dan tegas.
Ads
#2. Authoritative Dolphin – Belajar Dari Kesilapan Dan Perbaikinya
Satu lagi gaya asuhan yang biasa diamalkan di kalangan ibu bapa adalah gaya “authoritative dolphin”. Sama seperti namanya yang merujuk kepada badan ikan lumba-lumba, gaya asuhan ini melibatkan sikap tegas ibu bapa, tapi masih fleksibel.
Dalam gaya asuhan ini, masih wujud peraturan dan hukuman tertentu yang ditetapkan untuk anak. Tetapi dalam masa yang sama, ibu bapa turut membenarkan anak menyatakan pandangan mereka mengenai perkara tertentu.
Akan tetapi, tidak semua pandangan yang diberi akan diterima. Sebaliknya, ibu bapa dengan gaya keibubapaan ini akan menggalakkan anak belajar melalui pemahaman seperti dari perbincangan dan role modeling.
gaya asuhan
Ibu bapa dengan gaya asuhan ini turut ‘melaburkan’ masa dan tenaga untuk memantau perkembangan tingkah laku anak sebelum sebarang masalah terjadi. Ia dilakukan secara halus melalui teknik disiplin positif seperti memberi pujian mahupun hadiah pada anak.
Atas asuhan tersebut, anak-anak yang membesar dengan gaya keibubapaan ini akan menjadi lebih bertanggungjawab dan tahu menilai sebarang risiko sebelum melakukan sebarang keputusan.
#3. Permissive Kangaroo – Peraturan Itu Ada, Tapi Ia Boleh Dilanggar Sekali-Sekala
Satu lagi gaya asuhan ibu bapa yang terkenal adalah gaya permisif, atau lebih dikenali sebagai “Permissive Kangaroo”. Selalunya, ibu bapa dengan gaya keibubapaan ini bersifat lebih santai dan hanya akan bertindak jika timbul sebarang masalah serius.
Ads
Oleh sebab sifat mereka yang sedemikian, ibu bapa “permissive kangaroo” tidaklah terlalu tegas, mudah memaafkan, dan memilih untuk memberi anak-anak peluang kerana mereka masih “kecil”.
Di bawah gaya asuhan permisif, ibu bapa masih memberi hukuman, namun bentuk hukuman tersebut mungkin tidak konsisten dan fleksibel. Contohnya jika mereka “menghukum” dengan menarik sesuatu milik anak, mereka mungkin boleh “berlembut hati” hanya apabila anak mula mengamuk.
Kanak-kanak yang dibesarkan di bawah gaya asuhan ini digalakkan meluahkan perasaan mereka. Tetapi malangnya, apa yang diluahkan itu mungkin tidak akan mendapat bimbingan sewajarnya dari ibu bapa. Dek kerana itu, mereka cenderung mengalami gangguan personaliti seperti memberontak, agresif dan suka mendominasi.
#4. Negligent Panda – Bebas Berdikari Untuk Melakukan Apa Sahaja
sifat keibubapaan
“Negligent panda” adalah ibu bapa yang memberi bimbingan dan didikan yang terlatih. Bagi ibu bapa dengan gaya asuhan ini, fleksibiliti penting buat anak-anak untuk membuat pilihan, berbanding diikat dengan peraturan ketat.
Dan sebenarnya dalam sesetengah kes, walaupun kanak-kanak tersebut diberi kebebasan membuat pilihan, namun hasilnya sangat holistik dan sihat!
Contohnya seperti dalam Kaedah Pembelajaran Montessori – di mana kanak-kanak mengamalkan aktiviti kendiri, pembelajaran secara langsung dan kreatif untuk memperkasakan pemikiran kritis.
Ads
Kesimpulannya, kanak-kanak yang diberi pilihan berpotensi memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi, berbanding mereka yang selalu dimarahi. Akan tetapi, gaya asuhan ini juga masih memiliki kekurangannya yang tersendiri.
Terdapat kanak-kanak yang yang menjadi terlalu bergantung kepada ibu bapa dan tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri dek gaya asuhan ini!
Jadilah ibu bapa yang terbaik dengan gaya keibubapaan paling tepat
Untuk membesarkan anak dengan keyakinan diri yang tinggi, bijak berdikari dan mampu membuat keputusan bergantung kepada cara didikan ibu bapa itu sendiri.
Tapi jangan risau, ada pelbagai cara bagaimana anda boleh menjadi ibu bapa yang terbaik buat si manja! Antaranya seperti menggalakkan anak berkongsi masalah yang mereka hadapi di sekolah, dan tanya mereka bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah itu.
Dalam masa yang sama, ibu bapa juga boleh berkongsi pengalaman peribadi dan cara penyelesaian yang boleh dilakukan.
Satu lagi cara untuk membina asas psikologi yang baik dalam diri anak anda adalah dengan menjelaskan kepada mereka bahawa melakukan kesilapan itu adalah tidak salah. Ia memberikan mereka peluang untuk belajar dan berkembang.
Sebagai ibu bapa, anda juga boleh membantu anak mengenal pasti hobi dan mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang dipelajari untuk menggalakkan aspek perkembangan mental mereka.
Walau apapun, wahai ibu bapa sekalian, adalah normal jika anda tidak “masuk” atau dengan mana-mana gaya keibubapaan seperti yang dibincangkan di atas ini. Anda mungkin menggabungkan keempat-empat gaya asuhan dan itu adalah perkara biasa.
Perkara yang paling penting adalah untuk mengekalkan hubungan positif dengan anak-anak dan menjalankan tanggungjawab serta peranan mengikut kesesuaian keadaan.
Sumber:Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru je beli beras tapi dah ada kutu beras? Kadang rasa geram nampak ia merayap. Biasanya bila beras dah ada kutu beras, nasi yang kita tanak nanti jadi tidak berapa sedap dan mudah basi.
Jadi, bagaimana nak pastikan kutu beras ini tak lagi menjadi masalah buat ibu-ibu. Berikut ada cara yang paling mudah dan boleh dicuba seperti dikongsikaan oleh seorang pengguna TikTok @nz.pgs. telah berkongsi cara dan tips untuk menghalau kutu beras ini.
Tip halau kutu beras
Jika dibiarkan kutu beras ini penuh dalam beras, lama kelamaan kualiti beras jadi cepat rosak. Jadi kalau boleh buat cara ini seawal mungkin ye. Berikut antara langkah menghalau kutu beras.
Beras ada kutu ups!! Jangan buang, ikut tips cara saya ni. Moga beri manfaat pada semua para emak!
Letak bawang putih dalam beras dan benamkan. Boleh juga letak atas permukaan beras dan biarkan seharian. Contohnya, kalau buat masa pagi, petangnya dah boleh periksa dan confirm semua beras kutu hilang.
Kutu beras dikatakan tidak suka pada bau-bauan. Jadi bahan-bahan yang beraroma seperti bawang putih juga boleh digunakan untuk menghalau serangga ini.
Selain daripada menggunakan bawang putih, pastikan beras yang disimpan haruslah diletakkan pada tempat yang bersih dan kering ye!
Bila anak masih tak bercakap/bertutur memang risau dibuatnya. Kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita nak buat aktiviti bersama anak-anak supaya dapat merangsang anak untuk bercakap tapi tiada idea dan tak tahu apa yang boleh dilakukan bersama kan?
Untuk ibu ayah yang masih tercari-cari aktiviti sesuai untuk dilakukan bersama anak, ikuti perkongsian dari terapi pertuturan ini.
Ada juga parents yang bertanya saya ‘ada sediakan tak jadual aktiviti yang boleh buat dengan anak’..
Ni sy kongsikan some info apa ysng Mommy Daddy boleh buat dengan anak sepanjang minggu..
Boleh tengok gambar di bawah & saya listkan apa yang anda boleh buat dengan anak mengikut hari. Cuma nak ingatkan supaya buat aktiviti dengan cara menarik untuk tarik perhatian anak dan luangkan masa sepenuhnya bersama mereka.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya, lebih-lebih lagi untuk merasai kasih sayang sepenuhnya dari mereka.
Sibuk manapun ibu dan ayah, penting untuk anda meluangkan masa bersama anak-anak agar mereka tidak rasa terkongkong di rumah dan dapat menikmati keseronokan luar!
Itulah yang dipraktikkan oleh pelakon Faralyna Idris, yang akan meluangkan masa bersama keluarga kecilnya jika ada waktu yang terluang. Baginya, penting untuk anak-anak merasa cuti hujung minggu itu adalah masa bersama keluarga supaya mereka faham perasaan seronok rakan lain bila cuti hujung minggu.
Dalam perkongsian di laman sosial Instagram miliknya, Faralyna turut menceritakan kembali bagaimana ibu bapanya tetap akan mencari masa terluang untuk bersama-sama mereka adik beradik meskipun sibuk kerana bekerja sendiri.
As usual, on Saturday & Sunday Bonda akan cuba cari/selit masa utk bawa Kakak buat activity yang dia suka.
Bonda membesar dgn parents yang bekerja sendiri. Kadang tu Sabtu & Ahad mommy/papa tak dpt nak spend time sgt dgn Bonda Achik Along. Bukan setiap kali cufi sekolah kami dpt really spend time together. And selalu kene buat cuti sendiri ?
Sekarang, Bonda & Ayah bekerja sendiri. Baru Bonda faham kenape dulu mommy & papa is super busyyy. Tapi, dlm busy busy dorang, they still try to find the time for us.
Thats what both of us, Bonda & Ayah wants to do for our babies. And to be better.. nak lah rasa “you’re the best, BondAyah!”. Ah gittew ☺️ Walaupun tak kira hari ape, sabtu ke Khamis ke Selasa ke Ahad ke utk luangkan masa bersama, tapi nak juga mereka faham erti “luangkan hujung mingu bersama family” tu.. so that bila dah sekolah, ada kwn kwn, takde lah rasa mcm pelik or tak faham perasan seronok kwn yang ckp “eh Sabtu ni Papa kita nak bawa pergi Sunway lagooooooon.” .
Im sure they will understand mcm mana Bonda & Ayah bekerja, tapi in the same time mereka merasa juga yang sama dgn org lain.
They will appreciate more. Hopefully ?? In Shaa Allah…
Kadangkala, anda tak perlu bersusah payah untuk membawa anak-anak keluar, cukup dengan meluangkan masa bersama di rumah! Kesannya, anak anda boleh jadi bijak dan hebat! Pa&Ma kongsikan caranya:-
-Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit.
-Gunakan masa itu bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak.
-Gunakan kebijaksanaan kita untuk berinteraksi dan bermain dengan anak secara efektif.
-Ia boleh dilakukan di rumah, di taman permainan atau ketika berada di tempat awam ketika menunggu.
-Berikan sepenuh perhatian kepada anak. Jangan melayan anak sambal kita melayan telefon bimbit, menonton TV, atau membaca akhbar. Fokus pada anak. Libatkan emosi dan kasih sayang kepada mereka.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.