Soalan:

Saya ibu berkerjaya dan meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh. Sepanjang bekerja, pemakanan anak dijaga sepenuhnya oleh pengasuh. Pengasuh suka memberinya makanan atau minuman manis, bahan perasa dan pengawet. Adakah itu penyebab anak saya menjadi aktif?

Jawapan:

Kebiasaannya gula menjadi antara makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan anak anda aktif dan sukar dikawal. Namun tahukah anda, makanan-makanan lain juga boleh memberikan impak kepada kelakuan dan  adik. Antaranya ialah:

1. Produk tenusu

IKLAN

Bagi si kecil yang alah kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, dia akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.

2. Gula

Gula apabila diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang.

IKLAN

3. Pewarna tiruan

Tidak ramai yang tahu bahawa perwarna tiruan juga mempunyai kaitan rapat dengan ADHD, hiperaktif dan perubahan tabiat. Kebanyakan ibu bapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata-mata. Hati-hati dengan kehadiran pewarna tiruan ini yang selalunya tersembunyi di dalam kebanyakan makanan yang diambuil oleh anak anda.

IKLAN

4. Bahan pengawet

Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan diproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pengambilan makanan yang kaya dengan bahan pengawet berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur.

5. Bahan perasa

Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hiperaktif di kalangan kanak-kanak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI