Permainan bukan saja membantu kreativiti, malah kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dan kurang tertekan atas desakan kawan-kawan. Apabila seorang kanak-kanak itu bermain, dia akan mempunyai matlamat dan apabila matlamat itu tercapai, si kecil akan berasa puas dan seterusnya membina keyakinan diri. Kanak-kanak yang bermain sekurang-kurangnya 30 minit sehari menunjukkan tahap daya tenaga yang lebih tinggi dan secara hipotesisnya, mempunyai daya tumpuan yang lebih baik yang dapat memberi kebaikan kepada kebolehan pembelajaran.
Jenis permainan boleh dilakukan kepada anak-anak
1.AKTIF, PERMAINAN FIZIKAL
Kanak-kanak sepatutnya menjadi seorang yang aktif dan cergas Oleh itu mereka akan melakukan aktiviti bermain seperti bermain buaian, berpusing, berlari dan berguling. Kanak-kanak memerlukan banyak ruang untuk bermain bola dan suka menari dengan muzik yang menghiburkan!
Ads
2.Dramatik, Permainan Imaginatif
Jenis permainan ini adalah permainan olok-olok di mana kanak-kanak boleh melakonkan watak imaginasi mereka. ‘Saya mahu menjadi seorang puteri’, ‘jom kita pergi untuk bulan’ , ‘jom kita pakai pakaian yang cantik macam Cinderella dan ‘saya mahu menjadi satu ahli bomba’. Kanak-kanak boleh berimaginasi untuk menjadi seseorang artis terkenal, kereta mewah, atau juga sebiji pisang!
3.Kreatif, Permainan Ekspresif
Ads
Kanak-kanak bebas untuk mencipta apa sahaja yang bermain di mindanya. Ia seperti gambar-gambar, rekaan-rekaan dan apa sahaja idea ciptaan untuk kanak-kanak itu lakukan. Ia termasuk melukis, memotong, menjahit, melukis, membina, memintal, dan menulis.
4.Permainan Sosial
Anak-anak yang masih kecil suka bermain seorang diri, tetapi setelah usianya sekitar 3 tahun, dia akan mula bermain dengan kanak-kanak lain. Ia mungkin melibatkan dua orang kanak-kanak atau lebih untuk bermain bersama-sama. Sebenarnya permainan sosial ini adalah kaitan dengan interaksi dengan kanak-kanak lain. Aktiviti permainan sosial melibatkan permainan-permainan berkumpulan, bercakap antara satu sama lain dan bermain pondok-pondok.
Ads
5.Permainan mental
Permainan mental ialah aktiviti penjelajahan dan penemuan. Perkataan, nombor, sentuhan, rasa dan melihat adalah salah satu aktiviti permainan mental. Misalnya kanak-kanak akan menggunakan mindanya untuk mengingati permainan kad imbasan. Kanak-kanak boleh membaca dan mengira. Jadi mereka akan mula mengira anak tangga rumah, rama-rama dan duit syiling. Ia menyeronokkan kerana sesuatu yang baru baginya. Bahkan tidak mustahil apabila ke zoo, dia akan mengira bunga, menyebut warna belon yang dilihatnya di sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak kemahiran yang boleh dipelajari dengan bermain. Walaupun kadang-kadang kita rasa bersepah je bila nak main atau tak larat nak layan anak bermain. Tapi ingat semula yang mereka lakukan itu adalah untuk belajar.
Jika kita inginkan anak dapat banyak A dalam exam di sekolah, kita sanggup untuk hantar anak ke tuisyen atau dapatkan private teacher untuk mengajar anak tapi adakah kita cukup berusaha untuk meningkatkan kemahiran asas diawal hidup anak-anak dengan hanya bermain yang mana kemahiran asas ini boleh membuatkan anak excellent di sekolah nanti.
Jangan nafikan hak mereka untuk belajar semasa bermain. Jomlah luangkan main dengan anak walaupun sekejap kerana banyak kelebihannya nanti.
“Bagusnya anak aku ni, kenapalah anak aku yang sorang lagi ni tak macam kakak dia”
Jangan membanding dan beza anak-anak!
Sebenarnya ramai yang merasakan ibu bapa mereka selalu mendahulukan adik-beradik lain, mereka selalu di marah, selalu lebihkan adik beradik lain dan selalu tak gembira dengan kehadiran mereka ini.
Mungkin anak-anak yang lain lebih rajin, lebih pandai dari anak yang dipinggirkan ataupun faktor jantina iaitu sebagai contoh, ibu bapa mereka lebih cenderung untuk memanjakan anak lelaki atau anak perempuan mereka. Lagi-lagi anak kecil, cepatlah sentap, kalau ibu bapa dia selalu lebihkan adik-beradik yang lain.
Antara 4 faktor yang menjadi punca ibu bapa pilih kasih :
1) Anak Kebanggaan
Dalam ramai-ramai anak pasti ada salah seorang yang sangat membanggakan daripada ibu bapa. Selalunya anak yang belajar pandai, jaguh sukan atau pandai mengaji akan jadi anak kebanggaan.
Tetapi perlu ingat! Anak-anak lain ada kelebihan juga tau. Mungkin bukan dalam akademik tapi dalam kelebihan mereka sendiri. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu.
2) Anak Yang Tidak Sihat
Anak yang tidak sihat selalu mendapat perhatian lebih malah ada yang beri sepenuh perhatian pada mereka ini sehingga mengabaikan anak yang sihat.
Anak yang sihat pun boleh jatuh sakit kalau di abaikan selalu. Sakit atau tidak setiap anak perlu perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka. Dapatkan bantuan dan adil lah dalam mengagihkan kasih sayang.
3) Anak Rajin
Anak yang rajin tolong ibu bapa semestinya ibu bapa akan sayang sangat sebabnya mereka ni meringankan beban ibu bapa. Ibu bapa cenderung mempercayai anak yang rajin sehingga tak percaya langsung anak-anak yang lain.
Pernah terfikir tak yang anak-anak lain mungkin bukan pemalas nak membantu tapi mereka masih menunggu dapat kepercayaan dari ibu bapa sendiri. Beri kepercayaan seadil yang boleh supaya tiada yang rasa tidak di percayai.
4) Anak Bongsu
Anak bongsu memang selalu dapat perhatian lebih. Maklumlah yang paling muda dan anak terakhir sekali, jadi sayangnya lebih. Perhatian pun berlebih lebih, sehingga banyak anak bongsu jadi terlampau manja.
Waspada bila abang/kakak dah mula anggap adik dia sebagai ancaman kerana sikap iri hati dan cemburu tu pasti akan hadir dalam diri anak-anak. Saya percaya tiada ibu bapa yang mahu anak-anaknya saling bermusuhan.
Jika setiap anak-anak itu ibu boleh mengandungkan sama 9 bulan 10 hari, kenapa setelah lahir mahu di beza-bezakan kasih sayang dan perhatiannya.
Sesungguhnya cinta seorang ibu menyejukkan hati, cinta seorang ayah menenteramkan jiwa.
Sumber: Mohd Fhais
Saya percaya tiada ibubapa yang suka bila anak membandingkan kita dengan ibubapa lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memanjat bagi kanak-kanak sebenarnya perbuatan yang normal. Itu tandanya perkembangan mereka seiring dan baik untuk membantu perkembangan kemahiran motor kasar mereka. Kalau anak langsung tak memanjat atau takut untuk memanjat, mama papa disarankan agar bawa anak berjumpa pakar untuk mengenalpasti masalah perkembangan anak.
Kenapa memanjat tu bagus? Ikuti perkongsian daripada Pakar Pemulihan Cara Kerja. Opss tapi sebelum tu, mama papa juga perlu awasi anak-anak ketika mereka memanjat dan kalau boleh elak daripada membiarkan anak memanjat dalam rumah orang lain ketika mengunjungi rumah mereka. BIG NO!
⛔ ANAK SUKA MEMANJAT ⛔
“Anak saya pantang nampak tangga, sofa ataupun benda yang bertingkat mesti nak panjat”
“Anak saya lasak tak reti duduk diam, kalau pergi rumah orang semua tempat nak dipanjat”
“Kalau pergi shopping mall, suka sangat nak main turun naik tempat yang bertangga sedikit”
Anak suka memanjat bukanlah satu tanda yang menunjukkan anak ada masalah tapi ia adalah salah satu skil yang penting dalam perkembangan motor kasar. Selalunya skil memanjat ini akan bermula sejak anak mula belajar merangkak, purata semasa umur 7-10 bulan.
Bayi, walaupun kita tak ada arah buat apa-apa pun mereka akan mencari cara tersendiri untuk perkembangan mereka. Contohnya skill menyusu bagi bayi yang normal, tak perlu pun ajar bayi menghisap susu selepas lahir sebab mereka dah ada kebolehan menghisap disebabkan “sucking reflex” yang Tuhan dah kurniakan kepada mereka sejak lahir. Sama juga seperti skil memanjat, kita tak arah atau ajar pun untuk memanjat tapi disebabkan perasaan tercari-cari rangsangan ataupun “seeking sensation” terhadap deria vestibular (pergerakan dan keseimbangan) menyebabkan mereka suka memanjat.
Perasaan untuk memanjat memang normal dan memanjat adalah satu KEPERLUAN dalam perkembangan anak. Perbezaan dulu dan sekarang, dulu zaman kita mak ayah bebas bermain di luar. Panjat pokok, bebas pergi ke taman untuk panjat tangga gelongsor ataupun “monkey bar” setiap petang dan sebagainya.
Zaman sekarang, kebanyakan mak ayah sibuk bekerja waktu siang bila balik rumah dah penat tak larat nak bawa anak ke taman. Nak beri anak keluar seorang diri, risau dengan kes-kes jenayah yang semakin banyak sekarang. Jadi, anak tak ada cara lain untuk memenuhi keperluan deria vestibular selain memanjat di dalam rumah.
Tapi mak ayah….
1. Anak nak naik turun tangga dirumah dihalang sebab takut anak jatuh, takpun didukung terus. Ada kes yang saya terima, ada yang umur 3 tahun tak pernah diberi naik tangga, masih berdukung untuk naik dan turun tangga. 2. Anak nak panjat grill rumah, kena marah siap kena rotan. 3. Anak panjat sofa, kena marah sebab takut sofa rosak. 4. Anak panjat meja, kena marah takut jatuh. 5. Anak nak panjat tangga gelongsor ditaman, mak ayah kata “esok, esok” tapi tak ada juga bawa. Bila anak merengek nak keluar ke taman, mak ayah buka tv dan beri gadget untuk hilangkan “kempunan” memanjat anak.
Jadi, bila masanya anak nak belajar memanjat?
Macam mana anak nak belajar mengenal ketinggian dengan betul sekiranya tak diberi kebebasan memanjat ataupun tak pernah memanjat?
Sampai bila kita larat nak dukung anak setiap kali nak turun naik tangga?
Sampai bila kita nak angkat anak bila ada longkang walaupun longkang kecil?
Kalau kita tak ada, macam mana anak nak belajar berdikari kalau duduk di atas mangkuk tandas pun gayat?
Perkara ini antara point penting yang selalu saya tekankan semasa Kelas Merangsang Perkembangan Anak kerana saya dapati ramai mak ayah yang merasakan anak suka memanjat adalah masalah besar sedangkan ianya bukan masalah tetapi KEPERLUAN untuk anak membesar dengan sihat.
Ramai klien saya yang mengadu anak suka memanjat, ada yang sehingga umur 5 tahun. Apabila melalui ujian penilaian, kebanyakannya ada masalah hyposensitif atau hypersensitif terhadap deria vestibular yang menyebabkan masalah-masalah lain berkaitan pergerakan dan keseimbangan diri seperti
1. Mudah terjatuh kerana tidak boleh mengagak ketinggian lantai.
2. Mengelak/Tak nak duduk di buaian. -Takut apabila kaki tak jejak tanah.
3. Lambat/ perlu bantuan pemegang tangga semasa naik turun tangga walaupun sudah umur 5 tahun. -Perlu tengok dan teliti setiap anak tangga.
4. Takut untuk duduk di mangkuk tandas, menyukarkan proses belajar bebas diaper. -Nampak lubang tandas terlampau ke dalam macam nak makan orang 🤔
5. Takut untuk lintas longkang walaupun longkang yang kecil. -Nampak longkang terlampau dalam dan besar dari yang sepatutnya.
6. Takut/tak takut terhadap ketinggian. -Gayat atau tidak ada perasaan gayat.
7. Mudah mabuk dengan kenderaan bergerak. -Sensitif terhadap pergerakan.
8. Suka pusingkan diri sendiri. -Tercari-cari ransangan deria vestibular dan sukakan pergerakan.
9. Tidak pandai melompat di usia atas 3 tahun. -Gayat dan tidak pandai seimbangkan diri.
10. Kaki berpaut kuat di kaki kerusi semasa duduk di atas kerusi. -Gayat.
11. Perlu bersandar untuk memakai seluar walaupun di usia 5 tahun ke atas. -Masalah terhadap keseimbangan diri.
Di atas ini adalah tanda-tanda yang biasa berpunca daripada masalah deria vestibular. Jika anak ada masalah diatas dan suka memanjat, maksudnya keperluan memanjat anak belum cukup lagi. Anak masih belum yakin dengan ketinggian, sebab itu dia akan cuba, cuba dan cuba lagi dengan cara memanjat. Kebiasaannga apabila anak sudah yakin dengan ketinggian dan percaya terhadap kebolehan diri sendiri, perasaan nak memanjat itu akan berkurang melainkan ada masalah lain.
Jika kita mak ayah dulu masa kecil suka memanjat pokok atau grill rumah, anak pun perlu juga sama. Jika kita terlampau sekat keperluan anak, ini tak boleh atau itu tak boleh memang ia akan mengganggu perkembangan anak kalau bukan masalah di perkembangan motor kasar, kadang-kadang akan timbul masalah skil percakapan, keyakinan diri dan juga masalah fokus.
Kalau tak larat nak bawa anak ke taman setiap petang, luangkanlah masa layankan anak memanjat tangga di rumah sambil bantu anak di belakang seawal anak mula nak memanjat. Tak perlu lama berjam-jam pun, 2-3 round sehari pun dah cukup sambil-sambil kita naik turun tangga.
Mungkin orang lain nampak skil memanjat ini remeh tapi bagi saya, ia sangat bagus untuk perkembangan anak. Kalau saya senaraikan semua boleh jadi 1 buku, jadi di bawah ini contoh kepentingan memanjat;
1. Skil urus diri. Apabila pakai seluar anak perlukan deria vestibular yang bagus untuk seimbangkan diri menggunakan 1 kaki. Ada yang kata, tak apa sebab anak pakai seluar secara duduk. Tapi sampai bila nak duduk? Nanti ke sekolah, takkan nak pakai seluar duduk di tandas?
2. Deria sendi. Apabila memanjat secara tak langsung anak akan dapat “deep pressure” di telapak tangan dan jari-jari. Sangat penting untuk skil motor halus yang digunakan dalam seharian seperti memakai butang baju, makan nasi menggunakan tangan dan sudu dan skil menulis.
3. Motor kasar. Yang digunakan untuk naik turun tangga dan skil bermain, menyepak bola dan bermain tenteng.
“Sayang” anak boleh, tapi jangan terlampau sekat keperluan anak. Kalau takut anak jatuh naik turun tangga, bantu anak untuk belajar bukannya sekat 100%. Kita tak selamanya hidup nak duduk dan support di belakang anak semasa naik turun tangga. Kita juga tak selamanya kuat nak dukung anak setiap kali naik turun tangga.
Konsep sama macam kupu-kupu, niat nak tolong keluarkan kupu-kupu dari kepompong tapi kesannya kupu-kupu terus tak dapat terbang. 🦋
Maka, ayuhlah kita memanjat bersama-sama anak. 💪💪💪
Terima kasih, silakan SHARE sekiranya bermanfaat untuk orang lain ❤
Maryam Jamadi Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.