Ada 6 Cara Boleh Dilakukan Agar Bayi Membesar Menjadi Pintar. Nombor 4 Kena Buat Selalu

Share

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan agar bayi membesar menjadi pintar.

Jika mahu bayi menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja bagi membantunya mencapai sepenuhnya potensi diri. Antaranya ialah melalui perkara-perkara berikut.

1. Lakukan pengulangan secara konsisten
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Jika anda mahu mengajar bayi tentang warna, sebutkan warna itu berulang kali. Begitu juga halnya dengan abjad atau nombor. Sebut dan ulang banyak kali. Biarkan bayi mendengar apa yang anda sebut. Apabila dilakukan dengan kerap, bayi akan cepat belajar.
2. Jangan berbahasa bayi
Apabila berkomunikasi dengan bayi, jangan gunakan bahasa bayi. Bercakap dengannya sama seperti anda bercakap dengan orang dewasa. Gunakan bahasa yang betul. Yakinilah yang bayi dapat belajar dengan pantas apabila anda kerap menggunakan bahasa yang betul.
3. Puji, peluk cium & beri ganjaran
Sama seperti kanak-kanak yang lebih berusia, bayi juga suka apabila diberi ganjaran. Dia suka dipuji, dipeluk dan dicium. Setiap kali dia berjaya melakukan sesuatu, puji dia. Contohnya apabila dia berjaya memasukkan blok mainannya ke dalam bekas simpanan alat mainan.

Pasti bayi menunjukkan riak wajah gembira. Jangan lupa peluk dan beri ciuman sayang kepadanya. Selain itu, anda boleh berikan dia ganjaran seperti memberikan biskut kegemarannya jika dia berjaya melakukan sesuatu.

4. Bacakan buku
Ini adalah salah satu cara untuk membolehkan anak anda menjadi pintar. Daripada awal, ajar dia mengenal buku dan latih dirinya untuk suka membaca buku. Bacakan kepadanya walaupun dia belum faham apa yang dibaca. Sambil bayi duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai sendiri tekstur buku itu.

Adalah sesuatu yang normal jika bayi mengiggit buku. Biarkan, tetapi ada baiknya jika anda gunakan buku yang diperbuat daripada fabrik.Dalam pada itu, teruskan membaca buku kepadanya. Bayi akan cuba meniru anda membaca buku dan suatu hari nanti akan membaca dengan sendirinya.

5. Belajar dengan gembira
Mengajar anak perlu dilakukan dalam keadaan yang tidak membosankan. Nyanyikan lagu dan lakukan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu dia belajar dengan gembira.

Jangan biarkan dia duduk sehingga satu jam untuk belajar mengenal objek.Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelaknya mudah berasa bosan.

6. Lakukan secara konsisten
Bayi tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Walau bagaimanapun, anda perlu bersabar dalam melakukannya. Jangan putus asa, jika tidak mendapat melihat perubahan bayi dalam masa yang singkat. Teruskan berusaha.
Published by
Intan Jastina