Rawat anak sendiri di rumah boleh dilakukan. Refluks, cirit birit, mabuk kenderaan, kulit terselar cahaya matahari (sunburn) dan batuk adalah beberapa keadaan yang sering terjadi kepada mereka. Apa kata kita gunakan 6 petua ini. Tapi syarat utamanya ialah dapatkan terlebih dahulu rawatan doktor.

Mama Papa Boleh Cuba 6 Cara Rawat Anak Di Rumah Ini!

Ini bermakna anda boleh menggunakan bahan-bahan  yang ada di sekeliling untuk membantu si manja pulih. Jom ikuti petua berikut;

Mama Papa Boleh Cuba 6 Cara Rawat Anak Di Rumah Ini!

REFLUKS

Refluks kerap terjadi pada si cilik terutama sekali yang mempunyai berat badan yang berlebihan di mana asid dalam perut tertolak ke esofagus semasa atau selepas waktu makan.

Pada orang dewasa, ia dipanggil Gastroesophageal Reflux (GERD). Jika anak anda mengalami keadaan ini, apa kata cuba berikan gula-gula getah tanpa gula (bagi anak tiga tahun ke atas) selepas makan. Ia berupaya mengurangkan asid pada esofagus dan mengurangkan risiko refluks. Awas, jangan biarkan si manja menelan gula-gula tersebut pula!

Apa pun, pastikan anda membawa anak mendapatkan rawatan doktor terlebih dahulu kerana refluks boleh menyebabkan masalah kesihatan pada masa akan datang jika tidak dirawat dengan betul!


Mama Papa Boleh Cuba 6 Cara Rawat Anak Di Rumah Ini!Mama Papa Boleh Cuba 6 Cara Rawat Anak Di Rumah Ini!

IKLAN

KULIT DISELAR CAHAYA MATAHARI 

Apabila bersiar-siar atau bermain di bawah cahaya matahari terik, terutamanya di tepi pantai, kulit si manja boleh terbakar, kelihatan gelap dan rasa pedih. Apatah lagi jika lupa nak disapu dengan krim pelindung UV (sunblock)!

Sapukan lendir daripada isi lidah buaya pada kulit yang terbabit. Tindakan ini akan mengubati kulit terbakar akibat terdedah kepada sinar dan luka matahari dengan cepat kerana kandungan  kelembapan yang tinggi pada  isi dan lendir lidah buaya.


Mama Papa Boleh Cuba 6 Cara Rawat Anak Di Rumah Ini!

MABUK KENDERAAN

IKLAN

Mabuk kenderaan menyebabkan rasa tidak selesa seperti pening dan muntah. Anak yang mengalami mabuk ketika menaiki kenderaan bolehlah diberikan teh halia  setengah jam sebelum memulakan perjalanan. Maniskan dengan meletakkan madu. Boleh dihidangkan sejuk atau panas.


Mama Papa Boleh Cuba 6 Cara Rawat Anak Di Rumah Ini! Mama Papa Boleh Cuba 6 Cara Rawat Anak Di Rumah Ini! Mama Papa Boleh Cuba 6 Cara Rawat Anak Di Rumah Ini! Mama Papa Boleh Cuba 6 Cara Rawat Anak Di Rumah Ini!

 

ALERGI HABUK

Tanda-tanda alergi habuk ialah seperti hidung berair, bersin dan mata yang berair. Hal ini boleh dikawal dengan memasukkan makanan yang mengandungi quercetin, iaitu flavonoid yang terdapat di dalam epal, buah citrus seperti limau, sayur berdaun hijau dan bawang besar. Memasukkan makanan yang mengandungi quercetin akan mengurangkan risiko alergi habuk dari mengganggu mereka.

IKLAN

Mama Papa Boleh Cuba 6 Cara Rawat Anak Di Rumah Ini!

BATUK

Selain mengambil ubat, mama boleh memberikan madu untuk melegakan batuk kepada anak. Madu membantu mengurangkan sakit pada tekak dan membolehkannya menelan dengan mudah. Madu mengandungi antioksidan dan anti bakteria. Berikan madu 30 minit sebelum adik tidur supaya batuk tidak mengganggu tidurnya.


Mama Papa Boleh Cuba 6 Cara Rawat Anak Di Rumah Ini! Mama Papa Boleh Cuba 6 Cara Rawat Anak Di Rumah Ini!

CIRIT-BIRIT

Makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt dan makanan berasaskan soya elok diberikan kepada adik yang sedang mengalami cirit-birit. Probiotik seperti Lactobacillus reuteri atau L. reuteri ialah bakteria baik yang akan menggantikan tempat bakteria jahat di dalam perut adik.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI