Bergelar ibu pada usia yang terlalu muda iaitu pada usia 21 tahun tidak pernah membuatkan pelakon cantik manis, Eyra Hazali merasa payah dalam membesarkan dua anaknya.
Melewati Instagram ibu kepada dua anak ini, jarang-jarang sekali mendengar Eyra bertegas dengan anak sulungnya, Muhammad Hayder Qalish. Semuanya penuh kelembutan dalam membesarkan dua anaknya.
Berkongsi cerita menerusi Live Pa&Ma, Eyra yang dipilih sebagai penerima Anugerah Best Mama Mellenial 2022 mengakui kepayahan bergelar ibu kepada dua anak namun mengakui atas dasar itulah dia sentiasa belajar banyak perkara demi dua anaknya.
Apa sahaja perkembangan dua anaknya saban hari membuatkan Eyra terus mempelajari ilmu baru agar lebih mengetahui perkembangan anaknya.
“Sebenarnya nak menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri bukan satu yang mudah untuk saya sebab saya pun masih muda. Tapi ada anak-anak ni beri saya cabaran, setiap hari ada sahaja ilmu baru.
“Setiap kali Hayder atau Endra ada perkembangan baru, Eyra cepat-cepat buat research. Jadi Eyra tak panic atau gabra. Insyallah dengan cara ini semuanya boleh berjalan dengan lancar,” kongsi Eyra lagi.
Ditanya cabaran menjadi ibu pada usia yang cukup muda, akui Eyra dia bersyukur kerana pengalamannya ketika remaja menjaga anak-anak sepupunya banyak mengajarnya serba sikit ilmu keibubapaan.
“Sebenarnya dari kecil lagi, cousin dan kawan kakak suka hantar anak dekat rumah jadi dari situlah Eyra banyak belajar. Macam mana nak tukar pampers, nak bagi susu, nak bagi makan. Dari situlah Eyra banyak belajar walaupun time tu baru sekolah menengah.
“Bila dengan anak ni kita kena cepat sebab kita jaga anak dari hari pertama lagi kan. Bila anak menangis nak susu kita bagi susu, nak tukar pampers kita tukarkan cepat-cepat. Nak tak nak kena keep up dan kena banyak buat research dan familylah yang selalu beri Eyra tunjuk ajar,” luah Eyra lagi.
Biarpun mencabar namun Eyra dilihat sebagai ibu yang cukup positif dalam segala hal. Baginya bukan satu kepayahan bahkan semuanya ilmu baru buat dirinya.
Jarak usia anak rapat
Namun kata Eyra, dia mengakui agak mencabar ditambah pula dengan usia dua anaknya yang rapat. Pun begitu dia bersyukur adanya suami yang begitu memahami yang sentiasa membantu.
“Sebenarnya nervous juga bila ada dua orang anak ni. Lebih-lebih lagi sebab jarak umur yang dekat. Jujurnya saya masih lagi belajar dengan dua anak. Tapi peranan suami tu penting sebab bila kita nak buat sorang memang tak terkejar, sebab nak me time tu memang tak sempat, nak mandi pun tak sempat.
“Bila suami cuti barulah saya ambil masa untuk nak ke mana-mana sekejap, me time untuk diri saya. Bagi Eyra, bantuan suami tu memang penting,” kongsi Eyra lagi.
Hayder abang yang penyayang
Bukan mudah memujuk anak sulungnya, Hayder menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka. Namun Eyra punya caranya yang tersendiri.
“Sebenarnya Hayder sangat penyayang. Dia cukup suka budak. Dari masa mengandung, awal-awal lagi memang dah bagitau ada adik dalam perut walaupun dia tak berapa faham.
“Mula-mula jumpa adik dia terkejut, dia tak nak pegang pun. Jadi saya tunjuk dekat dia dan beritahu inilah adik dalam perut mama.
“Hari-hari minta dia cium adik, sayang adik. Mungkin sebab hari-hari dia tengok ada adik, dia dah tahu kehadiran adik dia as family member, lama-lama dia dah boleh terima walaupun kadang-kadang tak dinafikan ada masa dia cemburu.
“Now dia dah tak ada rasa cemburu pun, dia dah tahap sayang dengan adik dia sampaikan kadang-kadang kita nak pegang pun dia tak bagi. So dari situ Eyra ajar dia untuk sayang adik macam mana dan alhamdulillah dia dah tak cemburu. Apapun saya tetap luangkan masa untuk Hayder.
“Orang kata dalam pantang kena rehat kan, tapi bila baby tidurlah saya luang masa untuk Hayder. Memang bila ada anak dua nak rehat tu susah sikit,” jelas Eyra lagi yang gembira melihat perkembangan anak sulungnya kini.
Bertegas dengan anak, kata Eyra dia meletakkan tanggungjawab itu kepada suaminya yang lebih bertegas dengan anaknya dan dia pun lebih senang memanjakan anak. Biar ada kontra. Begitu kongsi Eyra.
Menarik: Dengar Lagu Je Terus Menjerit Happy, Anak Issey Peminat Dikir Barat, Sama Minat Macam Daddy!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!