Tahun 2020 dan 2021, tiada siapa pun menjangkakan negara akan dilanda dengan wabak virus berbahaya. Namun itulah takdir yang perlu diterima dengan reda. Walaupun ujian ini berat, namun hidup tetap perlu diteruskan.
Cuma yang terkesan dengan wabak Covid ini adalah anak-anak yang bersekolah dan dalam fasa nak menuntut ilmu.
Bagi ibu bapa yang ada anak umur 6-7 tahun dalam tempoh sekarang ini, latihlah anak membaca, menulis dan mengira.
Tak kira lah tadika atau sekolah buka atau tutup, ibu bapa tetap perlu ambil peranan mengajar anak di rumah.
Tampal poster ABC/123 di dinding rumah. Ajar anak sebut nombor sambil keluar jari 1-10.
Selalu sebut kat anak A ayam, B baju, C cicak.
Suruh anak keluarkan jari 4 atau jari 8 atau jari 6 secara spontan. Ajak anak mewarna dan pastikan dia warna hingga siap dan kemas.
Ajak anak salin huruf atau perkataan mudah. Beli buku garis-garis yang biasa guna zaman tadika tu.
Latih anak tulis nama dia dengan kemas. Lindungi anak kita dari tercicir. Ajar sedikit demi sedikit. Ingat 3P; Pujuk, Pimpin dan Puji.
Sokongan dan bantuan ibu bapa penting untuk pastikan anak-anak di peringkat usia ini tak tercicir dan mampu bersaing apabila sekolah dibuka nanti. Biarlah ibu terpaksa jadi guru yang tegas pun di rumah asalkan anak-anak dapat manfaat daripadanya.
Bagi anak-anak yang dah besar sikit, teruskan dengan memantau mereka membuat latihan. Kurangkan masa dengan gajet atau televisyen untuk pastikan anak sentiasa bersemangat untuk belajar.
Kredit: Ruby Atika
ARTIKEL MENARIK [Bila Sekolah Tak Jadi Buka, Banyaknya Anak Rugi, Mak Ayah Bantulah]
LAGI ARTIKEL MENARIK [DIY Box Belajar, Bagus Tingkatkan Kemahiran Motor Halus & Koordinasi Mata Anak]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)