Ada Anak Bawah 4 Tahun, Sebelum Nak Pandai Baca, Buat Yang Ni Dulu. Baru Cepat!

Share

2-3 tahun dah boleh membaca.. Logik tak? Logik! DENGAN SYARAT MEREKA DAH BERSEDIA. Setiap anak kayu ukur mereka tak sama.

Maka, jangan banding-bandingkan mereka. Life is about competition… Compete dengan DIRI SENDIRI… bukan dengan anak jiran ya atau sesiapa saja.

Ok baik. Sekarang bagi mereka yang anak-anak masih bawah 4 tahun, jom kita sediakan mereka untuk membaca.

1. Mata yang tajam dan tangkas

Kemahiran visual adalah salah satu komponen yg super penting dalam membaca.
Kemampuan anak mencari barang terletak pada kemampuannya mengawal pergerakan anak mata.

Lakukan ini;
+ tangkap dan baling bola
Boleh buat dalam 2 keadaan. Keadaan duduk atau berdiri. Taaapiiii….saya lagi suka berdiri. Keadaan berdiri akan mencabar kestabilan badan lebih lagi. So they learn more.

+ golekkan bola ala-ala bowling
Kalau anak2 setahun lebih biasanya belum boleh tangkap bola kan.. Boleh buat anak tangkap bola yang digolekkan padanya. Duduk lah keadaan yang lebih baik utk permulaan… Nanti anak dh tegap boleh sambil berdiri.

+ biasakan anak mencari barang
Biasakan anak follow instruction mengikut kemampuannya. Minta carikan barang yang anak dah familiar. Dah boleh cari 1 barang, move to 2 barang, 3 barang, dan seterusnya….

2. Telinga lintah

Apa pulak la kaitan telinga dengan membaca ni yaa. Jangan tak tau, mendengar adalah kemahiran yang juga sama penting dengan melihat. Dari mendengar, anak akan bina asas yang baik untuk decoding (membunyikan huruf-huruf) dan gabung bunyi.

Seawal bayi anak akan mula memberi perhatian pada bunyi, mencari arah bunyi, membezakan bunyi-bunyi yang didengari dan banyak lagi perkara yang akan dipelajari.

Barulah nanti anak-anak mudah membezakan bunyi b dan p, s dan z…. Mudah menggabung bunyi untuk membaca suku kata.

Apa jadi bila anak tak dapat kuasai kemahiran mendengar dengan baik? Decoding akan menjadi sukar, kelancaran membaca susah nak capai, kalau kelancaran pun sukar, apatah lagi pemahaman. Bahasa anak juga tidak akan berkembang dengan baik.

Jadi macam mana nak latih kemahiran mendengar ni?

+ komunikasi
Lazimkan berkomunikasi dalam aktiviti seharian.. Haramkan zip mulut kalau bersama dengan anak. Cari ruang untuk wujudkan komunikasi 2 hala dengan mereka.

+ music & dancing
Mendengar muzik dan bersama-sama bergerak mengikut rentak bukan sahaja bagus dalam melatih pendengarannya tetapi juga kesediaan badan dalam perkembangan awal. Gunakan muzik-muzik simple atau nyanyi sajalah sama-sama.. Sambil tepuk tangan ikut rentak. Nilai therapy nya subhanAllah… Do it and experience it.

+ mengikut arahan panjang
Panjangkan arahan untuk melatih kemahiran mendengar dan auditory memorinya (mengingat apa yang didengari). Daripada arahan 1 langkah (adik tolong ambilkan cawan), move kepada arahan 2 langkah (adik tolong ambil cawan dan bagi pada ayah).. Teruskan hingga 3-4 langkah…

Membaca bermula dari ASAS yang sangat besar skop nya. Wajib mula dari rumah..jangan tunggu anak hadapi kesukaran membaca baru cari intervensi.. Mulakan sekecil-kecil perkara insyaAllah anak akan sangat mudah dapat apa yang perlu dipelajari di sekolah.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Aabidah Ab Ghani
Occupational Therapist
Brain Gym® Facilitator
BrainBooster Academy

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy