Ada Anak Bawah 6 Tahun? Amalkan Formula 3H Supaya Apa Anak Belajar Kekal Lama!

Share
“Cikgu, saya nak anak saya banyak aktiviti hands-on ye..” Cadang si ibu kepada cikgu anaknya.
“Selain nak uji kognitifnya, kita kena uji kemahiran kanak-kanak..” Pesan guru besar kepada guru-gurunya.
HANDS-ON, HEADS-ON DAN HEARTS-ON (3H)
Alhamdulillah, selain menekankan aspek pemikiran, masyarakat dah mula cakna betapa untuk berdepan dengan kanak-kanak 6 tahun ke bawah, mereka perlukan aktiviti yang bersifat hands-on. Bukan sekadar aktiviti mengasah otak semata-mata.
Tanggapan ini tak salah. Cuma, kita terkurang satu lagi aspek supaya pembelajaran yang diberikan itu lebih berkesan, iaitu Hearts-on.
***
Formula 3H ini memang dah ada lama dalam kepala guru-guru dengan menekankan 3 aspek utama iaitu Hands-on, Heads-on dan Hearts-on.
🖐🏻Hands-on – Umum sedia maklum, aktiviti berasaskan hands-on adalah bersifat ‘learning by doing’. Lagi-lagi aktiviti yang memerlukan kemahiran seperti menulis, membaca, menuang air, menggunting dan sebagai.
🧠Heads-on – Oh yang ini kita juara. Dari dulu lagi, kita terlalu mendefinisikan kepandaian kanak-kanak melihat kepada intelektualnya. Menghafal, membaca, memahami, itu adalah sebahagian yang menggalakkan  pemikiran kanak-kanak. Peperiksaan bertulis adalah salah satu cara untuk menilai heads-on ini.
❤️Hearts-on – Melihat kepada kesediaan dan minat kanak-kanak itu terhadap sesuatu pembelajaran. Serta menekankan aspek emosi.
***
Kita melihat kesan kekurangan 1H seperti Hearts-on melihat kepada 2 situasi, iaitu sebelum dan selepas. Tidak dinafikan, kalau tak cukup salah satu aspek H, perkembangan kanak-kanak boleh juga dapat dilihat.
Contohnya membaca.
“Tapi anak saya pandai je membaca. Cepat dia dapat baca.”
Kita boleh ajar anak membaca. Menggabungkan suku kata dengan suku kata. Membunyikan huruf demi huruf. Membaca buku cerita pendek. Yang meliputi aspek Heads-on dan Hands-on.
Macam saya cakap tadi, kita melihat kepada dua sudut, sebelum dan selepas.
Untuk SEBELUM, tanpa Hearts-on , kanak-kanak tidak bersedia untuk membaca. Bila tidak bersedia untuk membaca, ia memberi kesan kepada minat untuk membaca.
Maka, akan menjadi sebab kenapa mereka lambat membaca.
Jika melihat kepada aspek SELEPAS, tanpa Hearts-on, kanak-kanak (orang dewasa) hanya melihat membaca itu sekadar satu kemahiran. Benar, di akhirnya kanak-kanak itu mahir untuk membaca. Namun, adakah mereka suka dan meneruskan minat untuk membaca tanpa disuruh.
Tanya diri sendiri. Berapa buah buku anda baca dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun. Adakah anda sendiri minat untuk membaca?
Saya bagi satu analogi yang lebih dekat dengan orang dewasa.
Contohnya, jika kita bekerja di lapangan yang bukan kita minat, tetapi terpaksa bekerja sebab nak sara keluarga. Yes, kita mungkin pandai secara teknikalnya untuk menyiapkan kerja. Tetapi disebalik ‘kepandaian’ tersebut, sebenarnya kite sedikit tertekan melakukan kerja yang kita sendiri tak suka tapi terpaksa.
Lama-lama kita boleh mencederakan diri sendiri. Bukan cedera fizikal, tetapi cedera mental.
***
Mungkin salah satu punca kenapa kanak-kanak tak suka pergi Tadika atau sekolah sebab pendekatan kita yang kurang menekankan bahagian Hearts-on. Kita rasa kita dah plan aktiviti pembelajaran yang terbaik untuk mereka, tetapi tidak.
Guru dan ibu bapa bukan sahaja bertugas untuk mengajar anak-anak. Bahkan, untuk memastikan pembelajaran kanak-kanak itu berkesan.
Maka, ‘tahun baru’ ini kita try ubah pemahaman dan pendekatan kita untuk menekankan 3H dalam apa jua ilmu yang kita dan kanak-kanak teroka, supaya ilmu itu dapat kekal lama.
Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Published by
NuFa