Ibu ayah manalah yang tak susah hati kalau si manja kesayangan jatuh sakit. Tambahan pula sekarang ni macam-macam jenis penyakit dan virus mudah merebak, semakin kerap anak tak sihat. Salah satu penyakit yang paling merisaukan adalah Respiratory Syncytial Virus (RSV) yang mudah menjangkiti bayi dan anak kecil. Lebih merisaukan, penyakit ini juga mendatangkan bahaya kepada bayi pramatang yang lebih sensitif dan ‘fragile’.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Penyakit ini berbahaya bagi bayi dan menyebabkan hospitalisasi kerana sistem imun mereka masih belum matang, membuatkan mereka lebih rentan kepada jangkitan dan komplikasi serius seperti bronchiolitis dan pneumonia, yang boleh menyebabkan kesulitan bernafas dan masalah kesihatan jangka panjang. RSV adalah sejenis penyakit pernafasan yang kerap berlaku di Malaysia.
RSV Mudah Menjangkiti Bayi & Anak Kecil
Ketika ditemui semasa sesi interviu bersama majalah Pa&Ma, Dato’ Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, Pakar Pediatrik dan Neonatologi, memberitahu bahawa terdapat kumpulan tertentu yang berisiko dijangkiti RSV termasuklah bayi berusia di bawah enam bulan terutamanya yang lahir pramatang atau mempunyai masalah kesihatan sejak lahir.
Dato’ Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar,
Selain itu, kanak-kanak di bawah umur dua tahun yang menghidap penyakit paru-paru yang kroni, masalah jantung atau sistem imun yang lemah juga lebih berisiko dijangkiti RSV. Ketika ditanyakan bagaimana RSV berbeza dengan jangkitan pernafasan yang lain, Dr Iqbal mengatakan RSV menyebabkan bronchiolitis iaitu radang pada saluran udara terkecil dalam paru-paru serta pneumonia pada bayi dan kanak-kanak.
“Gejala awal RSV boleh menyerupai selesema biasa seperti batuk, hidung berair dan demam tetapi ia boleh berkembang menjadi lebih serius pada bayi dan kanak-kanak dalam tempoh yang sekejap,” kata Dr Iqbal.
Bagaimana Virus RSV Tersebar?
Jelas Dr Iqbal lagi, virus RSV biasanya tersebar melalui titisan cecair yang dihasilkan apabila seseorang yang dijangkiti batuk atau bersin. Lebih membimbangkan, virus ini boleh bertahan di permukaan seperti mainan dan gagang pintu dan tersebar apabila orang lain memegang kawasan itu dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut mereka.
Ads
Sumber foto: www.shutterstock.com
“Bayi dan kanak-kanak sangat berisiko dijangkiti kerana mereka sering berkongsi mainan dengan kawan mereka, contohnya di taska atau sekolah. Sistem imun mereka yang masih berkembang dan belum cukup matang membuatkan mereka tak mampu untuk melawan jangkitan virus berbanding orang dewasa,” tambah Dr Iqbal lagi.
Langkah Pencegahan Yang Boleh Dibuat
Bagi mencegah jangkitan virus RSV, ibu ayah harus menitikberatkan soal kebersihan. Palig penting, jagalah kebersihan tangan dan cuci menggunakan sabun dan air terutamanya sebelum memegang bayi. Untuk kanak-kanak pula, ajaklah mereka untuk selalu membersihkan tangan.
Selain itu, elakkan kontak dengan individu yang tidak sihat dan mempunyai gejala selesema. Rajin-rajinlah untuk membersih dan menyahkuman mainan serta permukaan yang kerap disentuh. Sebaik-baiknya, ibu ayah jangan bawa anak-anak ke tempat yang ramai orang kerana penyebaran virus akan lebih mudah berlaku.
Gejala RSV Pada Anak
Ads
Perhatikan jika ada gejala RSV pada bayi atau anak seperti kesukaran bernafas, batuk yang teruk, demam dan kurang selera makan. Selain itu, antara gejala lain yang boleh diperhatikan adalah bayi atau anak tidak mahu minum susu atau kurang selera makan. Jika ada simptom ini, bawalah mereka berjumpa dengan doktor.
Bagaimana Monoklonal Antibodi Bekerja Untuk Kurangkan Impak Virus?
Menurut Dr Iqbal lagi, antara langkah pencegahan terhadap RSV melibatkan pemberian monoklonal antibodi (Profilaksis dengan palivizumab) pelindung kepada bayi yang berisiko tinggi untuk membantu sistem imun mereka melawan virus dengan memperkenalkan antibodi terus ke dalam badan. Antibodi-antibodi ini khusus ditujukan untuk RSV, membantu untuk menetralisir atau mengurangkan keparahan jangkitan.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Ads
“Berbanding dengan vaksin, monoklonal antibodi memberikan perlindungan segera tetapi sementara. Antibodi-antibodi ini khusus ditujukan untuk RSV, membantu untuk menetralisir atau mengurangkan keparahan jangkitan. Bentuk perlindungan ini sangat penting bagi bayi yang berisiko tinggi terkena penyakit RSV yang teruk, seperti mereka yang dilahirkan pramatang atau dengan keadaan jantung atau paru-paru tertentu,” tambah Dr Iqbal apabila ditanya tentang monoklonal antibodi.
Kata Dr Iqbal, monoklonal antibodi bertujuan untuk mengurangkan impak virus terhadap kesihatan bayi, mengurangkan kemungkinan hospitalisasi dan komplikasi pernafasan yang serius.
MySihatPal, Platform Diyakini & Dipercayai!
Tahukah anda, platform MySihatPal boleh dijadikan sumber informasi untuk ibu ayah yang mencari data yang tepat, terkini dan boleh dipercayai mengenai RSV. Platform ini menyediakan akses kepada pelbagai sumber termasuk artikel, panduan pencegahan, dan bahan bacaan yang membantu memperluas pemahaman tentang RSV.
Bukan itu sahaja, ia turut menjadi sumber rujukan untuk penyakit-penyakit lain dan turut menyediakan maklumat tambahan seperti perkongsian resipi sihat dan sebagainya. Anda juga boleh melihat ukuran BMI atau indeks jisim badan di laman sesawang ini.
Kehadiran Engku Aleesya pada majlis perkahwinan Engku Emran dan Noor Nabila menjadi perhatian ramai. Memandangkan gambar anak dara Erra Fazira bersama bekas suaminya itu jarang dikongsikan di media sosial sebelum ini, kemunculannya telah mendapat pujian.
Kehadiran Engku Aleesya pada majlis perkahwinan bapanya yang diadakan secara tertutup menjadi bualan ramai kerana semakin besar, semakin terserlah kecantikannya.
Engku Aleesya persis ibunya!
Rata-ratanya memuji keayuan Engku Aleesya yang bakal menginjak usia 12 tahun pada 30 Mac ini. Gaya sopan santun dan cantik dengan mengenakan baju berwarna krim, sekali selendang membuatkan ramai terpukau.
Sekali tengok caranya, tak ubah seperti Erra Fazira masa zaman muda. Peminat Erra mengakui, Aleesya mewarisi perwatakan ibunya cuma agak pemalu.
Menerusi perkongsian Erra di instagramnya, Aleesya selalu menjadi teman untuk bergurau dan penghibur hatinya di saat suka dan duka. Dia juga pendengar setia dan rajin melayan setiap bebelannya.
Bukan itu saja, tengok pada cara layanan Erra pada Aleesya, anak beranak ini ibarat kawan. Cuma kalau bab shopping, Aleesya bukanlah kaki shopping.
Akan tetapi, bila diajak keluar dia akan ikut. Bagaimanapun, selepas dapat barang yang dia nak, tak sampai sejam setengah keluar terus ajak balik.
Bonding time bersama
Walaupun jadual kerja padat, Erra cuba untuk bonding bersama Aleesya. Walaupun hanya duduk rumah, mereka akan lakukan pelbagai aktiviti seperti berbasikal, bergurau senda dan makan bersama.
Ni lah satu-satunya permata hati saya. Dia ibarat kebahagiaan dan selagi diberikan kesihatan yang baik, saya akan cuba buatnya gembira.
Engku Aleesya merupakan satu-satunya anak hasil perkahwinan terdahulu Engku Emran bersama Erra Fazira. Mereka bernikah sekitar tahun 2007 dan bertahan kira-kira 7 tahun apabila masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2014.
**Nak dapatkan barangan keperluan bayi pada harga istimewa, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau sudah punya dua orang cahaya mata lelaki, namun impian untuk memiliki anak perempuan tetap menjadi misi buat pengacara, Fiza Frizzy dan suaminya.
Berkongsi kisah throwback kelahiran anak ketiganya yang merupakan seorang perempuan, akui Fiza, banyak usaha yang dilakukan untuk memiliki zuriat perempuan.
Menerusi Instagramnya, Fiza berkongsi kisah perjalanannya untuk memiliki, Fatma Zahra yang dinantikan sekian lama dalam keluarga kecil mereka.
“Punya la payah nak dapat babygirl ni, segala petua, Chinese calendar, makanan and minuman follow, tapi baru la sekarang merasa.
“Lepas ada 2 anak lelaki, 1 keguguran dan doa daripada kawan kawan. Sesiapa je yang upload story pi Makkah, Fiza dengan tak malunya minta kirimkan doa untuk dapat babygirl,” begitu kongsi Fiza.
Bahkan selepas dapat tahu dia mengandungkan bayi perempuan, dia dan suami mengalirkan airmata kerana begitu terharu.
Pun begitu, lain ragamnya berbanding anak lelaki, anak perempuannya, Fatima cukup dengan pelbagai ragam termasuklah asyik melekat 24 jam.
“Alhamdulillah, bila scan dapat tahu pregnant babygirl, Fiza VC husband and dua dua nangis tak keluar suara bersyukur sangat sangat. Inilah hasilnya Fatma Zahra Binti Mohd Fazli.
“Tapi, ada babygirl ni orang cakap senang jaga. Kenapa anak aku ni mulut bising? Asal letak je meragam? Kalau mandi tu suka tendang segala benda? Kuat menangis? Geram ye babygirl ni, memang tak sempat buat kerja. Masuk toilet pun ku angkut juga dukung.
“Yang ni, part pi beli groceries pun angkut juga si kecik. Selalu lepas hantar anak sulung pi play school, Fiza ada masa pendek je beli groceries.
“Agak agak kalau terserempak dengan Fiza tengah bawa anak pi mana mana tu, ingatlah, bukan Fiza nak hurung sangat semua anak tapi anak anak ku macam magnet dengan mama nya,” katanya lagi berkongsi cerita.
Menerusi entri yang sama juga, Fiza dilihat turut membawa ke mana sahaja anak perempuannya itu termasuklah mengendong ke pasaraya untuk membeli barangan rumah.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut setia Fiza turut meninggalkan pelbagai reaksi malah turut berkongsi pelbagai kisah anak perempuan yang hampir sama dengan Fiza.
Merancang pendidikan anak sebenarnya bukan satu hal yang mudah. Selain mendapatkan pandangan dari pasangan, rakan-rakan terdekat, banyak faktor perlu diambil kira. Semuanya demi memastikan anak kecil kita dibekalkan dengan ilmu yang cukup apabila membesar kelak.
Bagi isteri kepada penyanyi Tomok, Ayu Abas, dia dan suami mengambil keputusan untuk dua orang anaknya, Arrian, 9 dan Andra, enam tahun mengambil aliran cina di sekolah rendah jenis kebangsaan cina demi masa depan mereka kelak.
Namun kata Ayu, ia bukan satu keputusan yang mudah. Tambah pula dia dan suami langsung tiada asas Mandarin. Satu kepayahan di awalnya tetapi berbaloi bila mana sudah menampakkan hasilnya. Arrian dan Andra cukup fasih!
“Bukan senang untuk buat keputusan masukkan anak ke sjkc. Banyak pengorbanan, banyak percaturan yang perlu diambil kira terutama dari segi agama.
“Nak cakap putus asa terkadang hampir juga….sebab untuk dibu sendiri yang “0” mandarin sangat tough untuk sama-sama belajar dengan mereka.
“Betul i’m a housewife..but if i don’t have any commitment towards urusan-urusan family mungkin ianya mudah.
“Yes anak-anak memang selalu bertanya kenapa mereka harus ke sekolah china. My answer simple….sebab untuk cari kerja bila dah besar.
“Kenapa dibu cakap macam tu? U’ve think by urself open ur mind..and u’ll find the answer,” kongsinya lagi.
Apa yang dilakukan olehnya kini adalah mencari kelas tambahan terutama disaat pandemik ini agar kedua anaknya lebih fasih dan boleh menguasai bahasa itu dengan baik.
“@fasihmandarin banyak membantu arrian and andra dalam subject mandarin terutama pada waktu pandamic ni. Dibu sendiri kadang tak dapat nak fokus kat diorang,” tulisnya lagi.
Melalui perkongsian video yang dikongsikan oleh Ayu dan Tomok menerusi Instagram, jelas kedua-dua anak mereka, Arrian dan Andra cukup fasih berbahasa Mandarin bersama cikgu mereka.
Petahnya Arrian dan Andra berkongsi aktiviti mereka di rumah dan keinginan selepas habis Covid-19 nanti. Comel!
Video Arrian dan Andra yang fasih berbahasa Mandarin itu pastinya menarik perhatian semua. Rata-rata pengikut Ayu dan Tomok memuji tindakan kedua pasangan ini yang memilih yang terbaik untuk kedua anak mereka.
Terdahulu, Tomok mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia sembilan tahun dan Andra, enam tahun dan seorang cahaya mata perempuan, Siti Khadijah.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ayu_abas & @tomokofficial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.