Perasan tak kebanyakan ibu cepat rasa stres dan penat kerana kita dah setkan dalam otak nak buat yang terbaik untuk keluarga. Biarpun rasa tak mampu tapi semua ini kita kata boleh.
Begitu juga dalam bab membesarkan anak. Sekiranya boleh semua nak sempurna dan pastikan yang terbaik. Betul niat ibu tapi bila tak mencapai target, itu yang membuatkan kita rasa kecewa hingga tempiasnya terkena pada anak.
Melalui perkongsian Penulis TheProParenting, Puan Wan Nur Syakira, silap kita sebagai ibu ni sebab terlalu harapkan kesempurnaan. Apabila tak capai, akhirnya kita tewas dengan emosi sendiri.
Antara benda yang saya paling pegang dalam seharian menjaga anak kecil, adalah jangan expect anak akan ikut segalanya yang kita rencanakan.
Contoh, bila kita bagi dia main sampai letih, jangan expect dia akan tidur lama walaupun main dah lama. Bila kita berikan peluang dia makan sendiri, jangan expect mereka akan makan dengan penuh tatatertib macam kita.
Jangan expect baju mereka tak kotor, dan lantai tidak bersepah dengan sisa-sisa nasi.
Bila kita berikan mereka ruang untuk bermain, jangan expect tak sepah.
Bila kita nasihatkan mereka, boleh jadi mereka dengar dan tak dengar. Kerana apa ?
Logik mereka tak sama dengan kita. Kondisi mereka tak sama dengan kita. Upaya serta ilmu dan pengalaman tak sebesar kita.
Nak jalani hari dengan kanak-kanak dengan lebih tenang, kurangkan expectation. Jangan harapkan kesempurnaan.
Kalau expect lebih, tapi tak sampai. Memang kecewa teruklah nanti. Akan efek emosi sepanjang hari bersama anak-anak. Lagi, satu akan bawa pada burnt out yang lebih kerap. Tak naklah kan.
Semalam saya kalah dengan expectation sendiri, lepas saya bawa mereka main lama kat luar rumah, ingat kan mereka akan tidur lama. Tapi, angan saja. Rupanya, sekejap saja tidur. Jadi, saya belajar sesuatu lagi semalam.
Hari ini pula, anak kedua dah tidur, anak sulung belum tidur, biasanya mereka tidur bersama, bolehlah umminya ambil nafas sebentar. Lepas ni, nak tidurkan abangnya, harap janganlah adiknya tersedar lagi.
Tetapi kena expect adiknya akan tersedar anytime sebelum abangnya tidur. Kena expect bila adiknya tersedar, abangnya pun tak akan tidur, sebab nak bermain dengan adik. Ha, banyakkan kena expect. Begitulah.
Moga Allah mudahkanlah hari-hari kita sebagai ibu bapa. Ladang pahala kita. Amanah kita.
Kredit: Wan Nur Syakira
#catatanparentingsyakira
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)