Baru je ingat nak berehat kejap, tiba-tiba anak pula menguji kesabaran kita. Dari rasa penat, terus bertukar nak marah kerana geram dengan kelakuan mereka. Ingat ya, anak kita ni dalam fasa belajar.
Jika kita berterusan jerit dan marah-marah, lama-lama anak terus pendam perasaannya dan tak jadi diri sendiri. Mereka akan cuba pula menipu untuk elak ibu ayah marah.
Apa yang dikongsikan oleh Dr Ana Yasmin Azmi, situasi ini boleh dikatakan selalu berlaku pada kita. Kali ini beliau kongsikan bagaimana cara si ibu menyantuni anaknya sehingga dapat jawapan yang benar-benar menyentuh hati.
Bila dengar cerita ni, saya rasa ia satu perspektif menarik. Saya kongsikan semoga ada manfaat. Cuba bayangkan, kita buka je pintu rumah, badan penat sangat seharian, si anak dalam umur 5 tahun berlari beritahu, “Mak, hari ni yaya rajin, tengok ni”
Terus dia tunjuk pinggan bersih atas meja. Ada 4-5 pinggan dan 3-4cawan. Benda tu tak tarik perhatian emak, yang buat emak terpaku sebab nampak air penuh di lantai depan pintu sampai separuh ruang tamu.
Nampak pula botol bekas isi air sejuk dari peti air tertongeng atas lantai. Siap ada sponge cuci pinggan dan sabun axion atas lantai. Emak makin membuak, mahu saja ditengking dan ditamparnya yaya.
Tapi dia tarik nafas dan cuba dengan tenang bertanya pada yaya. Apa yaya buat ni?
“Yaya tolong cuci pinggan kotor.. Tengok ni emak, dah siap yaya letak atas meja!!” melompat-lompat gembira dia cerita.
Emm.. Kenapa yaya pakai air sejuk dlm peti ais?
“sebab yaya tak sampai nak cuci di singki”
Oh kenapa tak bawa ke toilet? Sebab yaya hari tu jatuh kat toilet sebab licin, yaya takut pingan mak ni pecah. Yaya tahu mak balik mesti mak penat. Yaya nampak pinggan kotor banyak dlm singki jadi yaya nak tolong emak… ”
Yaya nak jadi budak baik..Si Emak terkedu.
” Syukur aku bertanya, dan syukur aku tak terus menengking yaya”bisik hatinya.
Dia padamkan rasa marah dalam jiwa. “Jom kita bersihkan sama-sama”. Baik emak, yaya tadi sebenarnya nak mop dah lantai tapi mak dah balik..
Air tu boleh di lap. Apa sesuatu yang BERBEZA yang mak ni lakukan? Ya.. Dia PAUSE sekejap dan TIDAK REACTIVE!
Emak usaha nak tahu dari perspektif yaya..Dan emak tu jelas apa MATLAMAT dia didik anaknya. Matlamatnya bukan nak rumah cantik kemas setiap saat, tapi nak bina anak yang tinggi self esteem, ada empati, berkhidmat untuk ibu bapa.
Bila MATLAMAT jelas, problem tu nampak kecil. Jika emak tadi terus menjerit, menampar mungkin mengheret yaya ke dapur.. Ia mungkin mencederakan emosi yaya lalu tidak tercapailah matlamat dalam hidup si emak tadi..
Mungkin yaya akan berkata “Yaya teruk, yaya budak jahat sebab susahkan emak selalu”
Fikir-fikirkan.
Kredit: Dr Anayasmin Azmi
ARTIKEL MENARIK [Cuba Formula “Matematik Kasih Sayang” Ini, Kalau Jawapannya Positif Tahniah! Anak Anda Cukup Kasih Sayang]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Betul Ke Minum Banyak Minuman Berkultur Punca Anak Batuk? Ini Jawapan Pakar]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI