Nak anak kembar semua seronok, tapi bab menjaganya bukan mudah. Dalam hal ni, ibu bapa kena pandai uruskan masa dan sanggup berkorban dan bersabar sementara tunggu si kembar membesar.
Bak kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar, ramai yang inginkan pasangan kembar. Tak kiralah anak kembar atau saudara kembar. Mungkin sebagai kembar ia lebih menyeronokkan.
Namun mempunyai anak kembar bukanlah satu tugas yang mudah. Begitulah yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar pada satu entri bervideo di Instagramnya.
“Mempersiapkan anak-anak lelaki.
“Bila Dr Halina (isteri) bekerja shif malam tadi, hanya tinggal saya dan 4 orang anak. Bangun jam 6:00 pagi, mandikan anak perempuan, siapkan sarapan pagi yang kebiasaannya hanya cereal dan mereka ke sekolah.
“Kemudiannya mandikan anak kembar lelaki, pakaikan uniform sekolah, beruskan gigi dan sikat rambut mereka,” tulis Dr Muszaphar.
“Everyone wants twins but it’s totally hard work. Double the effort, double the commitment, double trouble, double of everything including Double Joy,” tulisnya lagi.
Namun dia bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan Allah SWT.
Dr Sheikh Muszaphar berkahwin dengan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Sumber: IG Dr Sheikh Muszaphar & Gempak