Keibubapaan

Ada Anak OKU, Ibu Bapa Layak Mohon Road Tax Percuma. Ketahui Cara Mohon!

Share

Rezeki kepada ibu bapa yang ada anak berstatus orang kelainan upaya (OKU) kerana mereka layak mendapat caj cukai jalan (road tax) percuma.

Ini merupakan berita baik dan keistimewaan yang diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa.

Tentu tidak ramai ibu bapa yang ada anak OKU tahu tentang perkara ini. Sebenarnya bukan OKU sahaja yang layak memohon, tetapi ibu, bapa atau penjaga sah layak memohon kelebihan tersebut.

Bagaimanapun ia mesti tertakluk kepada syarat yang ditetapkan iaitu waris yang didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mestilah nama pemilik kenderaan.

Perkara tersebut dikongsi oleh Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas di cawangan Teluk Intan, Akhi Akmal di laman Facebook milik beliau.

Cara Mohon Road Tax Percuma

Bukan roadtax RM2 je dapat percuma, roadtax Honda Accord Rm536 setahun pun dapat percuma.

Roadtax sahaja, bukan INSURAN. Sebab ramai yang tanya insuran kena bayar jugak ke. Ya, insuran masih kena bayar. Roadtax sahaja percuma.

Masih ramai lagi yang tak tahu untuk roadtax percuma bagi ibu bapa yang mempunyai anak oku.

Bukan untuk oku sahaja yang layak mohon, ibu ATAU bapa ATAU penjaga pun layak mohon. Dengan syarat waris yang didaftarkan di JKM mestilah nama pemilik kenderaan.

Contoh, Ali ada anak oku berumur 5 tahun. Dalam sistem JKM Ali sebagai waris. Kereta atas nama Ali, dan Ali ada lesen memandu.

Secara automatik Ali layak memohon roadtax percuma dengan syarat kereta tersebut buatan Malaysia atau pemasangan tempatan.

Bagi waris yang nak mohon roadtax percuma, boleh mohon di JPJ CAWANGAN atau JPJ NEGERI sahaja. UTC memang tak boleh ya.

Bawa dokumen original dan salinan 1 keping berikut:

1.kad oku
2.ic oku
3.ic waris
4.lesen waris
5.geran
6.isi borang permohonan di kaunter JPJ

Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Contoh sekiranya oku tu sendiri nak mohon untuk dirinya, waris dah kira tak layak.

Syarat-syarat:

1.ada lesen memandu
2.kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja
3.hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu bapa yang dianugerahkan anak istimewa.

 

Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini

Published by
Hasnita Sawal