Lain anak lain caranya. Pelakon, Yana Samsudin mengakui dia agak kekok menguruskan anak perempuannya kerana sudah terbiasa dengan anak lelaki.
Berkongsi satu entri menerusi Instagramnya baru-baru ini, Yana mengakui dia agak kekok mempersiapkan anak perempuannya terutama di pagi raya kerana walaupun memiliki empat adik beradik perempuan, namun mereka lebih didedahkan dengan kehidupan seperti anak lelaki.
Kata Yana lagi, sejak memiliki anak keduanya, Aura Aisya Sofea, dia semakin belajar untuk tampil cantik demi anaknya. Biarpun tidak suka bersiap dan bercantik-cantik namun kata Yana dia mencuba sebaiknya.
“Mommy with @auraaisysofea , Alhamdulillah, ada anak perempuan baru rasa nak cantik cantik.
“Kami adik beradik 4 perempuan, 1 lelaki. Tapi kami yang gigirl ni semua macam boyish, tak suka make up bersiap. Suka panjat pokok, menukang, tukar lampu cat rumah, baiki basikal.
“Ni dah keluar anak perempuan ni, mommy tak pandai nak ajar jadi perempuan yang betul betul “girlish” maaf lah nak.
Ads
“Tapi kalau masak, kemas rumah, menjahit, buat kuih, mengaji, bertukang tu bolehlah ajar. Kecuali bersiap cantik cantik. Yang tu kena belajar sendiri ya nakkkkk hahahaha,” tulisnya di Instagramnya.
Malah kata Yana, dia mula bimbang terutama hendak menjaga emosi anak perempuan yang dikatakan suka merajuk, menangis dan sebagainya.
“Siap cakap ngan #EnketuaRumah , yang i kalu anak perempuan ni tak pandai sangat. Lelaki ok.
“Merajuk nanti macam mana nak pujuk, jelesnya macam mana lagi. Sebab i bukan nya perempuan sangat, i brutal. @fadzilzahari
Ads
“Maaf mommy pun tak faham macam mana yang perfect girlish. I just be my self . Apa yang di ajar dari kecik ni lah hasilnya.
“Tak sure mommy kat luar sana ada perasaan macam ni ke tak? Hahaha ok lah apa apa je lah.. perasaan sendiri je kot. Lol,” tulisnya berseloroh.
Biarpun begitu kata Yana, namun setiap kali memuat naik gambarnya bersama anak keduanya itu, Yana terlihat semakin cantik dan berseri-seri. Malah sejak punya anak perempuan, Yana juga dilihat sering tampil sedondon bersama bayinya. Cantik.
Terdahulu, Yana dan Fadzil Zahari mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan kini mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @yanasamsudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berat bagi kita sebagai orang dewasa, namun berat lagi bagi anak kecil yang baru merasai erti perpisahan sebenar bersama orang yang menjaga mereka sejak kecil.
Perkongsian sebuah video yang dikongsikan pelawak, Fad Bocey dan isterinya mengenai perpisahan pengasuh dan anak-anaknya meruntun jiwa seluruh pengikutnya di Instagram.
Sayu hati melihat anak-anak Fad dan Syaheera yang menangis sebelum berpisah dengan pembantunya yang kembali ke Indonesia, selepas dua tahun bersama mereka.
Dalam pada itu, video perkongsian isteri tersayang Fad Bocey itu sudah semestinya meruntun jiwa semua. Mana tidaknya, anak ketiga pasangan ini, Aminah yang pada mulanya tersenyum manis bertukar mengalirkan air mata tanpa henti sebaik melepaskan pembantu mereka pergi. Begitu juga dengan anak keempat Fad dan Syaheera, Ibrahim Jibriel yang turut sama menangis tidak mahu berpisah.
“Hari yang paling tak sanggup nak hadap. Berat sangat. Semalam Alhamdulillah selesai urusan imegresen dengan mudahnya. Allah tu sebaik baik perancang.
“Hari ni 30hb bibik fly. Beratnya hati tu nak lepaskan tapi dia pun ada keluarga,” kongsi Syaheera di Instagramnya.
Menurut kata Syahera lagi, terlalu banyak pengorbanan yang dilalui pembantunya itu sepanjang PKP ini malah menjadi orang paling rapat dengannya dalam menguruskan kerja-kerja di rumah.
“Dia la teman gaduh, dia la teman nak borak, dia la teman kalau daddy ada kerja malam. Dua tahun lebih panjang bagi kami sekeluarga, banyak yang bibik bantu.
“Kalau dengar kisah dia sangat sedih cuma doa Allah kirimkan bibik kekuatan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Tanya la dia macam mana garangnya seorang nur syahirah tapi sayangnya kami ke bibik tu macam keluarga sendiri.
“Dugaan besar bibik masa first PKP, mak dia meninggal. Kami hanya dapat video call sepanjang pengebumian, dia menangis sebab dia cakap saya tak sempat nak bagi mak saya rasa wang gaji saya. Pedih hilang ibu.
“Terima kasih bibik untuk 2 tahun setengah dengan kami. Banyak kenangan kita sama-sama. Moga ada rezeki kamu balik ke Malaysia. Doakan perjalanan bibik selamat sampai,” ceritanya lagi.
Rata-rata pengikut kedua pasangan ini menyifatkan layanan yang baik diberikan Fad dan Syaheera buat pembantunya malah turut mendoakan pembantu warga Indonesia itu diberikan kesihatan dan rezeki berpanjangan.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Darah seni yang mengalir dalam tubuh si comel Aafiyah sudah pastinya datangnya dari aura kehebatan luar biasa penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza.
Tidak hairanlah si comel Aafiyah kini sudah mula menunjukkan minatnya ke arah bidang yang sama. Seiring dengan perkembangan kanak-kanak seusia Aafiyah iaitu tiga hingga lima tahun yang sememangnya cukup gemar menyanyi dan menari, Aafiyah juga sudah mula menampakkan rentaknya.
Menerusi Insta Story penyanyi kesayangan ramai itu, Datuk Siti berkongsi dua gaya Aafiyah ketika sedang asyik menyanyi dan menari.
Bukan main ‘feeling’ lagi bila Aafiyah beraksi. Paling menarik, gelagat Aafiyah yang menyanyi dengan penuh perasaan dan tidak mahu diganggu ibunya.
“Suruh ibu buat kerja, jangan tengok dia menyanyi.
“Dah..dah datang feeling dia tu,” tulis Siti di Insta Storynya.
Bukan hanya menyanyi bahkan Aafiyah juga makin lincah menari. Apa lagi kala dibelikan gaun cantik Elsa oleh ibunya. Sampai dua hari Aafiyah menggayakan dress comel Elsa. Kanak-kanak mana yang tak teruja kan?
Menerusi Instagram yang dikongsikan semula oleh peminat, rata-rata peminat begitu terhibur melihat aksi comel Aafiyah. Malah mendoakan Aafiyah mewarisi bakat luar biasa ibunya kelak.
“Hollohhh…Aafiyah seronoknya dia dapat baju berjoget-joget.. haha”
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun sudah 2 tahun menjalinkan ikatan sah sebagai suami isteri, ia bukan penghalang buat Dr Amalina Che Bakri bersama suaminya, Alexander Charles pulang bersanding di Malaysia.
Mengenakan busana tradisional berona unggu lembut, Dr.Amalina membawa anak sulung mereka bersama-sama ke pelamin.
Kehadiran adik Ainul sekeluarga ke majlis persandingan Dr.Amalina membuatkan ramai sebak dengan ikatan yang terjalin setelah Dr.Amalina membantu dalam pembedahan adik Ainul beberapa tahun lepas.
Malah adik Ainul kelihatan sangat gembira menghadiri majlis persandingan tersebut.
“Alhamdulillah. Barakallahu lakum wa baraka alaikum.Tahniah @dramalinabakri dan Alex. Semoga kalian berdua sentiasa bahagia selalu. Cantik sangat Dr Amalina😍”
“Ainul bukan main suka ya dapat attend majlis resepsi Dr Amalina”
“Sebelum majlis ini berlangsung, Dr Amalina selalu whatsapp isteri tanya Ainul boleh datang ke tak. Dr Amalina kata kami wajib datang. Beliau nak kami ada sekali dalam majlisnya.”
“Semalam petang pun sebelum event dia sempat whatsapp cakap ” kita jumpa malam ni ye “. Tak sabar nak jumpa ainul.
Walaupun jauh, dan dah 5 tahun berlalu, Dr Amalina sentiasa tanya keadaan Ainul secara personal.”
“Tahun lepas Dr Amalina ada balik Malaysia sekejap pun dia cuba curi masa untuk berjumpa dengan Ainul.”
“Semalam tak sempat nak ambil gambar Ainul & Bella. InshaAllah next time 😉
Alhamdulillah, apa pun dalam misi menyelamatkan Ainul dahulu, ramai orang orang baik yang Allah swt kirimkan untuk Ainul. Terlalu ramai sehingga saya tak mampu nak sebutkan satu per satu terutamanya rakyat Malaysia.”
“Tanpa bantuan rakyat Malaysia, misi ini mungkin tidak akan berjaya. Tanpa para doctors & professional, misi ini tidak akan berjaya. Tanpa doa-doa, misi ini juga tidak akan berjaya. Banyak pihak yang ambil peranan dalam misi itu dahulu dan kami sekeluarga sangat berterima kasih.”
“Semuanya saling memerlukan tanpa mengira pangkat, kaum & agama.”
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.