Kasihannya anak-anak kita. Kecil-kecil lagi dah rasa stres dan tak suka ke sekolah. Tolong kembalikan zaman kita rasa seronok dan tak sabar nak pergi sekolah sebab suka apa yang cikgu ajar.
Selepas pelantikan Menteri Pendidikan baharu, YB Dr Maszlee Malik yang berikrar akan mengubah sistem pendidikan negara ramai yang tak sabar melihat hasilnya agar ia lebih selaras dengan keperluan murid-murid sekolah yang betul.
Selama ini bukan sahaja ibu bapa dan murid-murid yang rasa terbeban dengan sistem pendidikan negara tetapi di kalangan guru-guru pun turut merasa stres menghadapi pelbagai bebanan dan kerenah birokrasi.
Surat terbuka ditulis oleh ZF Zamir, bekas seorang guru yang kini bergelar penulis buku meluahkan apa yang dirasakan selama ini sepanjang berkhidmat sebagai pendidik.
Semoga tulisan beliau ini mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Pelajaran amnya dan Dr Maszlee Malik khususnya agar dapat memperbaiki sistem pendidikan yang semakin membebankan murid sehingga ada kanak-kanak sekecil 7 tahun jadi tak suka dan menangis setiap kali hendak ke sekolah.
“Mir, agak-agak Dr Maszlee akan ubah tak silibus melampau aras tinggi untuk anak di sekolah? Plus agak-agak dia tau tak perangai Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) & Lembaga Peperiksaan yang tak seiring sejalan? Plus dia tau tak pegawai kat MOE selalu kondem Cikgu saja tanpa mahu mendengar keperluan sebenar murid-murid kat sekolah?
Aku tengok soalan Tahun 1 exam tadi, ada anak menangis tak boleh jawab, aku rasa down sebab aku tengok soalan memang susah, format sama macam tahun 6, cuma direndahkan aras dan dikurangkan panjang petikan.
Aku tak faham kenapa dari Tahun 1 sibuk nak ikut format ni? Zaman kita dulu jawab soalan Bahasa Melayu darjah 1 seronok je mewarna, suai, isi tempat kosong, sambung ayat. Ini dah jawab petikan. Cuba tengok buku teks dan buku aktiviti tahun 1 – tahun 3, tinggi aras soalan, anak baru terkial-terkial nak baca dan eja, dah suruh faham petikan dan jawab soalan pemahaman.
Ada anak memang boleh buat, ramai pun. Cikgu nak ajar memang seksalah, tapi Cikgu biasanya okay je, akan cari jalan. Tapi kalau begitulah bentuknya dari tahun 1 hingga ke tahun 6, ya Allah betapa bosannya.
Kalau cakap kat MOE, kat BPK, ingat diorang nak terima ke? Balik-balik Cikgu juga yang salah, sebab dia cakap cikgu juga yg gubal silibus. Cuma yang kita tak tahu, Cikgu yang macam mana yang diorang ambil ni? Background macam mana? Jelas tak konsep perkembangan kanak-kanak?
Aku tak tau nak cakap kat sapa, aku down sangat tengok budak stress jawab soalan. Tahun 1 kot, panjang lagi perjalanan hidup dia.
Ni Whatsapp aku dapat pagi tadi daripada seorang teman. Aku tak pasti apa Dr Maszlee akan jawab, tapi aku rasa yang penting dia perlu dapat informasi yang betul.
Iaitu dari orang yang melaksanakan di bawah. Bukan dari orang atas yang selama ni dalam semua laporan tak tulis satu pun keburukan MOE ni sebab nak puaskan hati orang atas.
Untuk ubah mindset birokrat termasuk Ketua Jabatan di setiap lapisan tu satu hal. Untuk belajar turun dan terima realiti – supaya perubahan boleh dilaksanakan tu satu hal lain.
Aku cuma jawab ke Cikgu atas ni aku tak boleh janji apa. Tapi aku boleh cuba sampaikan. Dan minta doa semua. Terutama untuk Dr Maszlee yang akan angkat sumpah sekejap lagi jam 5.30 petang. Supaya kita semua boleh bekerja sama-sama untuk buat perubahan ni.