Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan dilihat daripada aspek fizikal dan tingkah-laku mereka. Ia berbeza dari masa ke masa.
Secara umumnya, perkembangan yang akan dilalui anak adalah satu proses tumbesaran dan pembelajaran berterusan.
Ia dibahagikan kepada beberapa kategori, seperti:
Kognitif: Berfikir, membuat pertimbangan,menyelesaikan masalah dan memahami
Koordinasi motor: Kemahiran motor kasar / halus, melompat, melempar, menangkap, melukis, menyusun
Interaksi sosial: Memulakan hubungan rakan sebaya, permainan kumpulan
Adaptif: Berpakaian, makan, mencuci
Terdapat perbezaan bagi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Ini kerana mereka akan mengikut rentak sendiri.
Ada kanak-kanak mungkin melangkau sesuatu tahap pencapaian (milestone), sementara yang lain mungkin memerlukan lebih banyak masa.
Peringkat umur bagi kanak-kanak adalah mereka yang berusia dari setahun hingga 5 tahun.
Biasanya anak akan meninggalkan kategori kanak-kanak ini apabila mula melangkah masuk ke alam prasekolah.
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Ia adalah kemahiran yang dikembangkan oleh kebanyakan kanak-kanak mengikut usia tertentu.
Anak akan mencapai pencapaian tertentu melibatkan aspek bagaimana mereka bermain, belajar, bercakap, bertingkah-laku dan bergerak. Ia merangkumi perkara seperti melompat, berlari atau mengimbangi diri.
Adalah satu perkara biasa untuk anak mempunyai keinginan berdikari. Disebabkan itu, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada fasa ini sering dianggap sebagai ‘terrible twos’.
Ini kerana dalam tempoh perkembangan sosial anak ketika berusia sekitar 2 tahun sering dikaitkan dengan tingkah laku menentang atau tidak teratur. Pun begitu, fasa ini juga boleh menjadi tempoh menggembirakan bagi ibu bapa dan kanak-kanak.
Umumnya, si kecil anda akan mengalami perubahan berkaitan cara pemikiran, pembelajaran, sosial dan emosi yang besar. Ia penting untuk membantu meneroka dunia baru di sekeliling mereka dan memahaminya.
Pada tahap ini, seorang kanak-kanak harus boleh:
Petua
Berikut beberapa perkara mudah boleh dilakukan untuk membantu perkembangan kanak-kanak pada usia ini:
#Beri anak peluang untuk bermain dengan kanak-kanak lain
Bermain bersama individu lain adalah cara terbaik dalam proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Tetapi jangan berharap anak akan bergilir atau berkongsi permainan – ini kerana kanak-kanak masih berfikir semuanya adalah milik mereka.
#Galakkan penggunaan kemahiran harian
Antara kemahiran tersebut seperti menggunakan sudu dan memakai kasut. Ia melibatkan pergerakan otot kecil dan besar serta kemampuan anak untuk memikirkan apa yang patut mereka lakukan.
#Berbual dengan anak
Bercakap mengenai perkara harian – bahagian tubuh, permainan dan peralatan rumah seperti sudu atau kerusi. Secara tidak langsung membantu mengembangkan kemahiran berbahasa anak.
Pada lingkungan usia ini, anda boleh mengajar anak bahawa ‘bola’ boleh menjadi ‘bola besar’, ‘bola biru’, bahkan ‘bola biru besar’.
#Berikan perhatian
Buat anak berasakan diri dihargai. Apabila mereka mengatakan sesuatu, dengar dan berikan respons. Sebagai contoh, jika si kecil mengatakan ‘Mama susu”, berikan ucapan balas seperti “Husna mahu Mama berikan susu, ya?” Mudah, tetapi ia membuatkan anak rasa diri disayangi dan dihargai.
#Membacakan buku cerita
Dorong anak untuk bercakap dan berimaginasi dengan membaca buku, bercerita serta menyanyi bersama-sama.
#Memasak bersama
Ajak anak memasak bersama anda, ini secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak untuk menggemari makanan sihat dan seimbang.
Di samping itu, anak juga akan belajar perkataan baharu serta konsep matematik seperti 1 sudu teh atau 20 minit. Berikan anak tugasan mudah seperti membasuh sayuran atau menyusun sandwich.
Keselamatan
Apabila anak membesar, langkah mereka juga semakin luas dan ini bermaksud banyak bahaya yang menanti. Situasi bahaya boleh berlaku dalam sekelip mata, jadi penting untuk anda sentiasa memantau keadaan si kecil.
Berikut antara tip keselamatan yang boleh diamalkan semasa proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah:
Proses pembelajaran
Bergelar ibu bapa, ia adalah satu proses pembelajaran. Tiada salahnya untuk berasa yakin dengan apa yang anda ketahui. Jangan malu mengakui apabila tidak mengetahui sesuatu perkara untuk meminta pertolongan dan bertanya.
Dalam melalui fasa pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, akan ada masanya anda berasa kecewa, marah dan letih.
Ambil masa untuk bertenang, okay?
Paling penting, tidak kira dalam apa keadaan emosi yang anda lalui, jangan pernah sesekali mengoncang si kecil.
Tindakan itu boleh menyebabkan pendarahan dalam otak dan berkemungkinan berlakunya kerosakan otak kekal.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/