Mengajar anak buat kerja rumah di usia awal sangat digalakkan, namun ia perlu mengikut peringkat umur. Dalam tempoh ini ibu bapa tak boleh terlalu menekan anak, cukup sekadar memberi panduan asas agar mereka faham dan perlahan-lahan menjadikan tugasan itu sebagai tanggungjawab mereka.
Kadang ibu bapa yang mengajar anak ini bukan saja-saja tetapi mereka hendak mengajar anak tentang skill pengurusan diri dan tidak menjadi seorang anak yang manja.
Sekali-sekala ibu kena jadi ‘malas’. Maksudnya jangan terlalu ikut saja anak, beri juga peluang untuk si kecil buat perkara yang simple mengikut usianya. Untuk permulaan setakat kemas mainan, masukkan baju dalam bakul tak ada masalah.
Perkongsian dari Dr Amalina Mohd Daud ini yang menjelaskan ibu kena juga jadi ‘malas’ ini ada baiknya.
Jadilah ibu yang malas. Mungkin status ini mengundang kecaman. Bukan kecaman ya tapi nak ajar skill survival untuk anak.
Ramai saya tengok ibu bapa buat semua untuk anak. Anak main sepah..mak dia yang kemas. Anak buka baju letak kat lantai…mak yg kutip letak dalam bakul. Anak makan pinggan letak meja..mak ayah yang kutip basuh.
Jadi anak jadi apa?
Anak jadi tuan!
Mak-mak
Seawal anak dari usia 3 tahun dah boleh disuruh-suruh. Mula-mula suruh kemas-kemas mainan. Lepas tu boleh suruh masuk baju dalam bakul. Lepas tu boleh ajar tolong cuci pinggan. Lepas tu sapu lantai, kemas meja makan
Terapkan pada anak tak kira lelaki perempuan kecil besar semua kena sama-sama bertindak sebagai pasukan buat tugasan ikut usia masing-masing. Yelah takkan 3 tahun nak suruh goreng ikan pulak kan?
Pentingnya tugasan ni melatih anak responsibility dan accountability. Dan memahirkan anak untuk buat kerja dan ringan tulang tanpa perlu disuruh. Anak belajar juga rasa empathy dan menghargai orang lain.
Penatkan kemas? Lepas ni nak sepah lagi tak..mesti kurang sepah sebab tahu dia jugak yang kena kemas. Anak belajar menghargai usaha orang lain sebab dia tahu tak mudah nak buat semuanya sendiri.
Lepas ni..jadilah ibu yang malas. Jangan buat semua kerja rumah. Agihkan tugas pada suami dan anak-anak yang mana boleh. Belajar mempercayai mereka. Mungkin tak cantik lipatan baju mereka tapi ingatlah kita pun lipat baju memula pun tak cantik juga.
Mula-mula kerja mungkin tak sempurna. Tapi kita latih supaya semakin lama semakin sempurna. Memang lagi cepat kita yang buat tapi sampai bila semuanya kita nak buat?
Sumber: Amalina Mohd Daud
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI