Journey kehamilan adalah sesuatu yang sangat indah buat seorang wanita bergelar ibu. Setiap kali mengandung, ibu akan melalui pengalaman yang berbeza. Itulah yang menjadikan detik kehamilan satu memori indah untuk dikenang.
Morning sickness, naik berat badan, perubahan hormon yang menjejaskan penampilan fizikal dan banyak lagi adalah sesuatu yang pasti akan dilalui setiap ibu. Antara lain adalah kenangan sukar tidur malam atau kerap ke tandas.
Sumber foto: www.freepik.com
Sebagai ibu sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk anak yang dikandung. Sering tertanya-tanya bagaimana agaknya posisi anak dalam perut, adakah dia selesa atau tidak.
Ikuti penjelasan dari Dr. Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi tentang hal ini;
🦋 Fakta Femina : Variasi Kedudukan Bayi
Ads
#1 Fetal Presentation = bahagian tubuh bayi yang mula-mula masuk ke dalam rongga kelahiran. • Cephalic = kepala • Breech = punggung • Face = muka • Brow = dahi ✅️ ‘Cephalic presentation’ adalah kedudukan bayi yang paling selamat & sesuai bagi kelahiran normal.
#2 Fetal Lie = hubungan antara paksi panjang janin & ibu. • Longitudinal = menegak • Transverse = melintang • Oblique = serong ✅️ Hanya bayi dalam kedudukan ‘Longitudinal Lie’ boleh bersalin secara normal.
Sumber foto: www.freepik.com
#3 Fetal Position = kedudukan kepala janin semasa menghala keluar dari rongga kelahiran. • Occipito-anterior (OA) = muka menghadap bawah • Occipito-posterior (OP) = muka menghadap atas • Occipito-transverse = (OT) muka menghadap sisi ✅️ OA adalah ‘Fetal Position’ yang paling ideal untuk bayi keluar dengan mudah dari rongga kelahiran
Ads
#4 Kesimpulan : Bayi dalam kedudukan ‘Longitudinal Lie with Cephalic Presentation and in OA Position’ adalah kedudukan bayi yang paling ideal untuk membolehkan ibu bersalin normal ✅️
Untuk melihat dengan lebih jelas apa yang dikongsikan oleh Dr. Maiza, bolehlah tonton video ini;
Semoga dengan penjelasan ini dapat memberi idea kepada bakal ibu tentang posisi bayi anda di dalam kandungan. Jaga diri dan kandungan sepanjang kehamilan, semoga urusan bersalin anda semua dipermudahkan!
Bukan senang nak tinggalkan anak-anak pada satu tempoh yang lama. Namun inilah kebahagiaan dan pengorbanan yang dilakukan oleh Datin Seri Shahida Mohd Rashid demi menunaikan ibadah haji yang baru berlalu. Meninggalkan anak-anak yang masih yang kecil dan bersekolah pastinya memerlukan pengorbanan terbesar dalam hidup.
Ditambah pula dengan kehamilan kelimanya yang bermasalah kerana mengalami masalah uri di bawah. Namun menurut katanya, semua ini tidak menghalang untuk beliau melakukan ibadah haji dengan sebaiknya. Malah dipermudahkan segala urusan ketika melakukan setiap rutin ibadah haji.
Kongsinya di instagram menjadi inspirasi buat semua. Perlu kuat dan cekal hati demi mencari keredhaan Allah SWT.
23 hari rasa singkat tapi berat bagi saya terutama bila ingatkan anak-anak.
Perjalanan haji saya dah pun berakhir, 23 hari berada di Mekah dan Madinah jujur sangat menyeronokkon, tenang dan bahagia, tapi saya juga masih ada amanah yang perlu saya jaga di sini. Terutama ada anak kecil…
Orang sendiri jumpa saya macam pelik macam mana saya boleh pergi dalam keadaan hamil, tapi itulah rezeki saya, dua hari sebelum berlepas baru visa saya keluar dan terus buat persiapan. Insya Allah haji ini mudah-mudahan bukan yang terakhir untuk saya.
Jangan pelik saya sempat tukar baju dalam flight sebab baju kotor. Saya sejenis tak boleh pakai baju warna cerah-cerah cepat nau nampak kotor dia.
Paling menyentuh hati, ibu mertua beliau, Bonda Rozita Ibrahim turut sama memuji wanita hebat ini kala berada di sana. Walaupun hamil enam bulan dengan masalah uri yang berada di bawah, tidak menjadi halangan untuknya beribadah.
Komennya di instagram pada posting yang sama membuatkan netizen sebak.
Ida ni hebat, dia dalam bahaya gi haji uri ke bawah. 2 kali ke raudah. Melontar jalan kaki hari pertama, hari ke 2 saya rayu Ida demi kandungan, kesian lah pada baby. Saya yakin Allah jaga Ida tapi ikhtiar dan kerisauan saya tetap banyak dan saya tak daya nak tolong banyak.
Rajin dalam pada susah tu dia tetap tolong pak cik-pakcik tua pimpin jalan, ambilkan kerusi dan tetap nak berbakt pada saya..!! Kalau lah sy tak sayang Ida, sayalah manusia paling jahat dan bodoh dalam dunia! Sebab tu saya tak heran dia hamil buat haji, tak pernah dibuat dek orang “ NIKMAT ALLAH SAYANG DIA SANGAT, JEMPUTAN YANG ANEH, VISA SUSAH BUAT DALAM HAMIL 6 BULAN..!!”
“Bertuah bonda dapat menantu yang baik dan penyayang”
“Alhamdulilah bonda juga mertua yang baik.. sentiasa menghargai datin sebagai menantu.. Semoga Allah memelihara keluarga bonda dan datin”
Alhmdulilah bonda beruntungnya dapat menantu sebaik datin @shahidadherbs Diraut wajahnya memang nmpk datin seorang yang penyabar. Menyentuh sangat baca komen bonda”
Begitu komen pengikut-pengikutnya di instagram yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mentua dan menantu ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sewaktu anak sulungnya Anais Adha mencecah empat bulan, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan dia hamil lagi. Namun, atas nasihat doktor, beliau terpaksa menggugurkan kandungannya itu.
Sakinah mengakui, dia amat sedih dengan apa yang berlaku. Walau bagaimanapun, terpaksa akur dan mengikut nasihat doktor atas faktor keselamatan dan kesihatan dirinya memandangkan baru sahaja melahirkan anak melalui pembedahan caesarean.
“Saya memang tidak menyangka hamil anak kedua dalam jarak masa yang dekat selepas kelahiran Anais. Saya sangat gembira. Namun, apabila dinasihatkan doktor untuk gugurkan, saya sedih. Selepas disahkan hamil, saya diberi tempoh seminggu. Saya makan nanas untuk keluarkannya.
Kredit IG sharifah_sakinah
Sebenarnya, hamil semula dalam masa terdekat selepas bersalin caesar sangat berisiko kerana membabitkan kesihatan dan keselamatan. Malah, doktor pun tidak mahu ambil risiko.
Paling ‘gangster’ kalau nak hamil anak kedua selepas caesar adalah setelah enam bulan bersalin. Tetapi ketika itu, anak pertama saya baru empat bulan selepas dilahirkan melalui pembedahan pada 24 Mei tahun lepas.”
Menurut Sakinah, walaupun ketika itu jarak usia Anais dan bayi dalam kandungan rapat, dia bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.
“Pada masa itu, saya okay sahaja nak timang anak kedua. Saya bersedia menjaga dan menguruskan anak meskipun jarak usia mereka dekat. Malah, semua aktiviti seni dan lakonan akan ditunda.
Kredit IG sharifah_sakinah
Tapi buat masa sekarang, saya belum bersedia untuk itu sebab sangat sibuk. Malah, masa bersama Anais pun terhad. In sha Allah, kalau tahun depan semuanya okay dan kerja tak banyak, baru boleh fokus untuk tambah anak lagi.” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung sebenarnya banyak membawa impak besar terhadap watak dan perwatakan anak dalam kandungan. Sebab itulah kita selalu diajar untuk sentiasa ceria masa mengandung.
Ibu hamil sememangnya perlu elakkan sama sekali berada dalam keadaan stres keterlaluan ketika hamil. Menurut Dr Siti Hawa Abd Karim, Hospital Islam Az-Zahrah selalulah tenang dan ceria ketika hamil kerana inilah sebaiknya. Malah ibu juga perlu bijak mengawal stres ketika hamil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Bagaimana nak kawal stres?
Sebab itulah, sebelum hamil kita kena pastikan mempunyai hormon yang seimbang. Macam mana nak tau, hormon kita ni ok ke tak? Mestilah kena cek dengan doktor!
#Terapi Urutan
Masa mengandung ni memang kita akan rasa sengal sendi seluruh badan terutama bahagian pinggang kerana janin sedang membesar. Lagilah ibu-ibu rasa serba tak kena kan.
Ibu-ibu tahu tak jika urutan dilakukan dengan teknik semasa hamil sangat membantu ibu-ibu untuk mengatasi semua rasa kurang senang dan akan menjadi lebih bertenaga!
Kajian telah menunjukkan bahawa tahap hormon tekanan boleh dikurangkan dengan terapi urut; meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu menghasilkan mood&tidur yang baik.
Boleh berurut dengan syarat kandungan 12 minggu dan ke atas serta tidak pernah mengalami keguguran, tidak pernah melahirkan anak pra-matang serta kandungan yang tiada masalah pre-clampsia atau tekanan darah tinggi.
Semasa trimester akhir, tekanan dari rahim berat yang terletak di bahagian belakang dan lantai pelvis boleh menyebabkan pembengkakan dan tekanan pada saraf yang berdekatan. Kesakitan saraf boleh menjadi pengalaman biasa bagi ramai wanita semasa peringkat ini. Dengan melegakan tekanan pada otot-otot, terapi urut dapat meringankan tekanan pada saraf dan oleh itu mempunyai pengurangan ketara dalam kesakitan saraf sciatic.
#Makan makanan berkhasiat
Makan berkhasiat dan seimbang. Makanlah makanan sebenar yang bebas bahan kimia sintetik seperti pengawet, perasa, pewarna, dan pemanis tiruan.
Lebihkan buah-buahan, sayur, kekacang, daging, ikan dan apa saja sumber makanan yang selamat di makan yang mengandungi protein, karbohidrat,folate, zat besi, vitamin serta mineral. Fokus pada sayuran hijau tinggi kerana ia tinggi kalsium, iron, magnesium mineral lain. Amalkan juga makanan sunnah yang tinggi zat besi dan folate seperti kurma, madu dan delima.
#Jangan tinggalkan lemak
Menerusi kajian yang dilakukan, pengambilan lemak baik seperti minyak kelapa dara membantu ibu hamil yang mengalami morning sickness.
-Lemak adalah punca tenaga.
-Lemak penting untuk meningkatkan fungsi otak. Sebahagian besar otak kita terdiri dari lemak, sel-sel kita juga terdiri dari lemak.
Untuk dapatkan kulit dan tisu yang sihat, kita mesti ambil lemak.
-Lemak juga berperanan sebagai transport untuk mengangkut vitamin (A,D,E,K). Tanpa lemak, vitamin yang kita ambil ini tidak mampu diserap.
-Sumber utama lemak antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun, mentega (bukan margerin) kerana ia bersifat sintetik dan akan mendatangkan mudarat pada tubuh.
#Makan dengan cukup
Rasa letih merupakan masalah yang selalu dihadapi wanita hamil. Dan antara penyebabnya kerana kurang selera makan. Bila kurang makan, tenaga yang diperolehi tubuh juga tidak mencukupi! Mesti makan secukupnya dan jangan sesekali nak berdiet sebab takut gemuk.
#Pilih snek berkhasiat
Pisang memang cukup baik dijadikan snek buat ibu hamil. Sebabnya kandungan vitamin B6 di dalamnya boleh membantu dalam mengatasi morning sickness.Kandungan serat di dalamnya juga membantu ibu yang mengalami sembelit. Ia juga kaya kalsium, vitamin C serta memberi tenaga segera. Kekacang juga sangat bagus dalam menstabilkan hormon wanita.
#Kawal gula
Ibu-ibu mesti tahu hal ni! Mengidam makanan manis-manis hingga mengambil dalam jumlah keterlaluan semasa hamil boleh meningkatkan risiko anak mengalami alahan dan asma.
Sebagai pengganti gula, gantikan dengan pengambilan lebih banyak lemak. Cuma pastikan bahawa lemak itu sihat yang menyerupai diet bagi kebiasaan masyarakat Mediterranean seperti minyak kelapa dara dan juga minyak zaitun. Jika keinginan makan manis yang keterlaluan, cuba menambah jus lemon atau limau ke dalam air.
#Bersenam
Senaman ringan membantu mengeluarkan hormon serotonin yang mencetuskan perasaan gembira.
#Sistem sokongan yang padu perlu dirancang semasa kehamilan, bukan setelah melahirkan! Ibu hamil bukan saja hendak mengada-ngada. Mereka memang perlu diberi rehat dan kasih sayang yang cukup. Para suami/masyarakat perlu dididik bahawa wanita hamil&lepas bersalin sebenarnya perlu penjagaan yang lebih teliti/rapi.
Sistem sokongan yang macam mana? Kalau mampu dapatkan pakej penjagaan dalam pantang yang bagus. Kalau kurang berkemampuan, rancanglah ikut cara tersendiri asalkan isteri terjaga sepanjang proses tersebut atau sekurang-kurangnya 40 hari pertama. Rancang dan jarakkan kehamilan supaya ibu dapat rehat dan pulih secukupnya sebelum kelahiran seterusnya.
#Zikir
Zikir secara saintifik mampu menambahkan tenaga dan ketenangan. Basahkan lidah ibu-ibu dengan “Subhanallah walhamdulilah walailahailallah”. Zikir ini menagndungi maksud memuji dan mentauhidkan Allah. Bacalah sepanjang masa. Begitu juga dengan zikir-zikir lain.Banyakkan bertaubat dan sentiasa istighfar.
#Akhlak yang baik
Jaga solat awal waktu, jaga aurat. Jauhi sikap pemarah, dendam dan semua sikap negatif. Rajin-rajin ke majlis Ilmu kerana ia seumpama Taman-taman syurga dan bergaul dengan orang soleh.Elakkan akhlak tidak baik seperti ghibah, berprasangka.Sering berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan.Ayah-ayah pun sama berbual dengan anak tu. Mesti selalu senangkan hati isteri.
#Membaca
Melazimi baca buku ilmiah seperti Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain. Semoga dengan panduan yang doktor kongsikan ini mampu membantu ibu bapa dalam melahirkan anak-anak generasi rabbani generasi iaitu anak-anak menjadikan Allah sebagai tujuan hidupnya, Rasulullah sebagai teladan hidupnya serta kaya dengan keperibadian yang bermanfaat.InsyaAllah.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang guru tadika berdepan detik cemas apabila anak perempuannya yang tidur di dalam kereta turut dilarikan pencuri dalam kejadian di Setia Alam di sini semalam.