Journey kehamilan adalah sesuatu yang sangat indah buat seorang wanita bergelar ibu. Setiap kali mengandung, ibu akan melalui pengalaman yang berbeza. Itulah yang menjadikan detik kehamilan satu memori indah untuk dikenang.
Morning sickness, naik berat badan, perubahan hormon yang menjejaskan penampilan fizikal dan banyak lagi adalah sesuatu yang pasti akan dilalui setiap ibu. Antara lain adalah kenangan sukar tidur malam atau kerap ke tandas.
Sebagai ibu sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk anak yang dikandung. Sering tertanya-tanya bagaimana agaknya posisi anak dalam perut, adakah dia selesa atau tidak.
Baca Juga:
“Nasib Jumpa.” Gelagat Anak Teruja Tegur Ayah Sebelum Show, Siap Menari Buat Ramai Terhibur!
Gelagat Anak Dengar Pesanan Ayah Cuit Hati Warganet. Siap Muncung-Muncung Mulut Dia!
“Awak Mampu Lepak Atas Tu & Tersenyum Ya.” Anak Selamba Duduk Atas Tudung Ibu, Ayah Yang Cuak!
Ikuti penjelasan dari Dr. Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi tentang hal ini;
🦋 Fakta Femina : Variasi Kedudukan Bayi
#1 Fetal Presentation = bahagian tubuh bayi yang mula-mula masuk ke dalam rongga kelahiran.
• Cephalic = kepala
• Breech = punggung
• Face = muka
• Brow = dahi
✅️ ‘Cephalic presentation’ adalah kedudukan bayi yang paling selamat & sesuai bagi kelahiran normal.
#2 Fetal Lie = hubungan antara paksi panjang janin & ibu.
• Longitudinal = menegak
• Transverse = melintang
• Oblique = serong
✅️ Hanya bayi dalam kedudukan ‘Longitudinal Lie’ boleh bersalin secara normal.
#3 Fetal Position = kedudukan kepala janin semasa menghala keluar dari rongga kelahiran.
• Occipito-anterior (OA) = muka menghadap bawah
• Occipito-posterior (OP) = muka menghadap atas
• Occipito-transverse = (OT) muka menghadap sisi
✅️ OA adalah ‘Fetal Position’ yang paling ideal untuk bayi keluar dengan mudah dari rongga kelahiran
#4 Kesimpulan : Bayi dalam kedudukan ‘Longitudinal Lie with Cephalic Presentation and in OA Position’ adalah kedudukan bayi yang paling ideal untuk membolehkan ibu bersalin normal ✅️
Untuk melihat dengan lebih jelas apa yang dikongsikan oleh Dr. Maiza, bolehlah tonton video ini;
Semoga dengan penjelasan ini dapat memberi idea kepada bakal ibu tentang posisi bayi anda di dalam kandungan. Jaga diri dan kandungan sepanjang kehamilan, semoga urusan bersalin anda semua dipermudahkan!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!