Pernah tak sakit kat tumit masa mengandung? Especially bila perut dah semakin besar?
Ni perkara yang agak biasa. Sakit paling teruk pada waktu pagi bila bangun dari tidur. First time nak pijak ke lantai tu, rasa pedih macam ditoreh-toreh kat bahagian tumit tu.
Ramai yang mengalami sakit ini terutama bila memasuki trimester ketiga mengandung, 28 minggu ke atas.
Kebiasaannya adalah disebabkan oleh Plantar Fascitis. Ia adalah radang pada ligament utama (palntar fascia) yang menyambungkan tulang tumit dan tulang jari kaki di bahagian tapak kaki.
Kenapa boleh berlaku?
Sebenarnya bukan hanya ibu mengandung sahaja boleh kena sakit ni. Mereka yang mempunyai high arch foot, obese dan yang bekerja dan sentiasa berdiri juga berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Berat badan yang terlebih akan memberi tekanan tambahan pada fascia tersebut menyebabkan ia menjadi tegang dan menjadi radang. Bagi mereka yang mempunyai high arch foot pula, jika tidak menggunakan kasut yang menyokong high arch foot, plantar fascia juga akan menjadi tegang dan akan menjadi radang jika beridir atau berjalan terlalu lama.
Untuk mereka yang tidak mengandung, senang nak makan ubat tahan sakit. Tapi bagi ibu mengandung, ubat tahan sakit tidak sesuai especially untuk yang dah masuk trimester ketiga.
Jadi apa nak buat?
- Pakai kasut yang sesuai. Tapak yang lembut dan menyokong jenis tapak kaki anda.
- Letakkan ice pada tempat yang sakit, ice dapat mengurangkan radang pada tempat tersebut.
- Night splint – Ia adalah satu alat untuk mengekalkan kedudukan normal kaki sewaktu tidur agar radang kurang berlaku dan tidak terlalu sakit apabila bangun pada keesokan pagi.
- Berjumpa doktor sekiranya sakit tidak berkurangan.
Sumber: Poliklinik Az-Zaara
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sabar Sambut Ramadan, Shima Mahu Cuba Puasa Penuh. Mungkin Dedahkan Jantina Anak Selepas Raya Nanti
Baharu minggu lepas ibu cantik ini berkongsi fotonya sedang bersolek kerana sentiasa mahu menjaga penampilan di hadapan suaminya. Kelmarin dia berkongsi sebuah status di laman Instagramnya yang memberitahu tentang majlis pengumuman jantina bayi dalam kandungannya.
Buat masa ini, pelakon yang pernah menjayakan filem Nasi Tangas suatu masa dahulu masih tidak bersedia untuk berkongsi tentang jantina bayinya. Dia lebih selesa untuk merahsiakan terlebih dahulu dan jika tiada aral melintang, pengumuman mungkin akan dibuat pada bulan Jun atau Julai nanti.
Persediaan menyambut anak kedua lebih sederhana. Masih banyak barangan bayi anak sulungnya yang tidak digunakan, jadi itu semua untuk anak keduanya pula. Pelakon ini yang dijangka akan bersalin pada bulan Ogos berkongsi rasa teruja untuk menimang cahaya mata kedua.
Apabila ditanyakan tentang hal berpuasa ketika sesi fotografi bersama Pa&Ma, Shima memberitahu dia akan berpuasa selagi mampu. “Urusan kehamilan saya dipermudahkan ketika saya mengandung anak sulung. Saya dapat berpuasa penuh. Saya harap tahun ini juga sama,” terang Shima.
Tak sabar pula Pa&Ma nak tahu jantina bayi Shima. Kalau Anzalna mengandungkan anak lelaki, bagaimana pula agaknya dengan Shima? Sama-sama kita nantikan pengumumannya!Tida
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Culas Buat Check Up Detail Masa Hamil. Baru Dapat Pastikan Kandungan Sihat
Semasa mengandung, banyak pantang larang yang perlu dielakkan dan petua yang perlu dilakukan untuk memastikan kandungan sentiasa sihat.
Ini adalah 10 perkara penting yang mesti dilakukan semasa mengandung untuk memastikan kandungan sihat.
- Folic Acid perlu diambil 2-3 bulan sebelum merancang untuk mengandung, supaya kandungan folic acid dalam badan ibu mencukupi untuk pembentukan saraf tunjang dan otak bayi semasa awal kandungan.
2. Apabila disahkan mengandung, buat scan awal pada 8-12 minggu untuk sahkan tarikh dijangka bersalin. Scan pada waktu ini akan mengambil ukuran CRL (crown rump length) untuk mengira usia kandungan. Waktu ini adalah waktu terbaik dan paling tepat untuk tentukan tarikh dijangka bersalin.
3. Makan makanan berkhasiat dan jauhi makanan/perbuatan yang membahayakan kandungan seperti merokok/minum minuman beralkohol.
4. Buat antenatal checkup yang lengkap. Jangan buat ala kadar je. Jumpa doktor yang berpengalaman dalam bidang antenatal kerana bukan semua doktor berpengalaman dalam penjagaan antenatal.
5. Bila dah masuk trimester kedua, sebaiknya dapatkan supplement iron seperti Iberet Folic untuk menambah jumlah darah yang semakin diperlukan apabila kandungan semakin membesar.
6. Lakukan pemeriksaan darah, check gula, air kencing dan pemeriksaan tekanan darah secara berkala agar semua normal. Jika terdapat sebarang bacaan yang tidak normal, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan.
7. Pada 18-28 minggu, lakukan detail scan untuk memastikan tidak ada sebarang organ utama yang tidak normal, jika ada persediaan yang sesuai semasa bersalin perlu dilakukan.
8. Jaga berat badan semasa mengandung, pastikan kenaikan berat badan adalah sejajar dengan usia kandungan, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.
9. Lakukan serial growth scan. Untuk memastikan baby dalam kandungan membesar sejajar dengan usia kandungan. Scan ini juga boleh memeriksa sama ada air ketuban cukup atau tidak, dan kedudukan uri dalam rahim, di atas atau di bawah.
10. Jangan lupa lakukan fetal kick chart. Cara paling mudah untuk memastikan kandungan sihat.
Sumber: Poliklinik Az-Zaara
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Umur Sudah 50 Tahun, Tiba-tiba Hamil, Ingatkan Menopaus, Rupanya Ada ‘Si Comel’ Dalam Rahim
Umur sudah 50 tahun, tiba-tiba hamil, ingatkan menopaus, rupanya ada ‘si comel’ dalam rahim. Kebanyakan wanita akan mengalami menopaus pada sekitar usia 50 tahun. Pada usia ini, ovari akan mula menurun aktivitinya, sehingga tidak lagi mampu menghasilkan telur yang berkualiti baik dan siap untuk disenyawakan.
Umur Sudah 50 Tahun, Tiba-tiba Hamil, Ingatkan Menopaus
Oleh itu, kehamilan akan menjadi lebih sukar berlaku. Dalam keadaan ini, jika hubungan intim dilakukan, sperma yang masuk boleh mati atau keluar kembali bersama dengan rembesan vagina yang lain.
Bagaimanapun terdapat juga wanita yang mempunyai tempoh subur yang lebih panjang, iaitu hingga lebih dari 50 tahun. Dalam kes seperti ini, tidak mustahil ovari masih mampu menghasilkan telur yang siap untuk disenyawakan, dan kehamilan boleh berlaku jika hubungan seks dilakukan tanpa perlindungan.
Maka sebab itulah tidak mustahil untuk wanita yang berumur 50 tahun ke atas akan hamil. Selagi masih datang haid, selagi itulah peluang untuk hamil itu masih ada. Istilah ‘tutup kilang’ sering digunakan pasangan suami isteri yang merancang keluarga untuk tidak menambah cahaya mata lagi. Masih ramai yang lebih gemar merancang sendiri sehingga berlaku kehamilan secara mengejut.
@drnasrah Dah nak menopause ke atau??? #scan #medicaltiktok #scanawalkehamilan #scanconfirmpregnant #scan2d #menopause #tiktokguru #medical #learnontiktok ♬ Oh No (Instrumental) – Kreepa
Kehamilan pada usia tua lebih berisiko menimbulkan pelbagai komplikasi, baik bagi ibu (seperti pendarahan selepas bersalin, masalah jantung, anemia, kesukaran bersalin, dan sebagainya) mahupun janinnya (seperti menyebabkan kecacatan kelahiran, kelewatan perkembangan janin dalam rahim, peningkatan risiko kelahiran pramatang atau berat lahir rendah, dan sebagainya).
Rupanya Ada ‘Si Comel’ Dalam Rahim
Seiring bertambahnya usia, kesuburan wanita akan semakin menurun. Namun, meskipun peluang untuk hamil menjadi semakin kecil, bukan bermakna kehamilan tidak boleh terjadi. Sebenarnya, terdapat beberapa wanita yang hamil pada usia 50 tahun atau lebih.
Contohnya, penyanyi Janet Jackson yang hamil pada usia 50 tahun pada 2016, artis senior Brigitte Nielsen yang hamil pada usia 54 tahun pada 2018, dan ibu kepada artis cantik, Celine Evangelista, yang hamil kembar pada usia 50-an.
RISIKO HAMIL USIA 50AN
Semakin tua usia semasa hamil, semakin besar risiko kesihatan yang mengancam. Menurut American Society for Reproductive Medicine, wanita mengalami sedikit penurunan kesuburan pada awal usia 30-an, dan akan terus menurun secara signifikan antara usia 35 dan 45 tahun.
Wanita berusia 30 tahun dengan kitaran haid yang normal, mempunyai peluang hamil sebanyak 20 peratus. Pada awal usia 40-an, peluang untuk hamil akan menurun menjadi kurang dari 5 peratus. Pada pertengahan usia 40-an, kebanyakan wanita sudah tidak dapat hamil dan pada usia 51 tahun, rata-rata wanita telah memasuki masa menopaus.
Bagaimanapun, kemungkinan wanita untuk hamil pada usia 50 tahun atau lebih masih ada. Sama ada secara semula jadi atau melalui teknologi perubatan, seperti pemindahan telur. Telur tersebut boleh berasal dari penderma atau dari telur sendiri yang dibekukan sebelumnya.
Apakah risiko kesihatan yang mungkin mengancam jika hamil pada usia 50 tahun? Tentunya banyak. Dalam dunia perubatan, kehamilan pada usia tua disebut sebagai kehamilan geriatrik.
Secara umumnya, berikut adalah beberapa risiko yang mengancam jika hamil pada usia tua:
Diabetes Gestasional
Hamil pada usia 50 tahun membuat seorang wanita lebih berisiko mengalami diabetes gestasional kerana pengaruh hormon kehamilan. Jika tidak ditangani, keadaan ini boleh meningkatkan risiko bayi tumbuh besar dan menyukarkan proses kelahiran.
Oleh itu, penting bagi wanita yang hamil pada usia 50 tahun untuk mengawal kadar gula darah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan bersenam ringan secara rutin.
Hipertensi
Risiko kesihatan lain yang mengancam jika hamil pada usia 50 tahun adalah hipertensi, yang juga boleh berakhir dengan preeklampsia. Namun, risiko keadaan ini boleh dikurangkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengawal tekanan darah dan melakukan pemeriksaan kehamilan secara rutin.
Kelahiran Pramatang dan Berat Badan Bayi Rendah
Hamil pada usia 50 tahun lebih berisiko mengalami kelahiran pramatang. Risiko ini meningkat jika ibu hamil mengalami keadaan perubatan lain atau hamil kembar. Jika kelahiran pramatang berlaku, risiko bayi lahir dengan berat badan rendah juga meningkat. Bayi yang lahir sebelum waktunya mempunyai organ dalaman yang belum berkembang sepenuhnya.
Bersalin Caesar
Banyak risiko komplikasi kehamilan ketika hamil pada usia 50 tahun membuat seorang wanita lebih berisiko melahirkan dengan kaedah caesar. Terutama jika ibu mengalami plasenta previa, iaitu keadaan ketika plasenta menghalang leher rahim.
Kelainan Kromosom pada Bayi
Bayi yang lahir dari ibu yang hamil pada usia 50 tahun lebih berisiko mengalami kelainan kromosom seperti sindrom Down. Semakin tua usia ibu, semakin besar risiko kelainan kromosom pada bayi.
Keguguran atau Bayi Lahir Mati (Stillbirth)
Risiko kedua-dua keadaan ini umumnya disebabkan oleh keadaan perubatan yang dialami ibu atau kelainan kromosom pada bayi. Sama seperti sindrom Down, risiko keguguran dan bayi lahir mati akan meningkat seiring dengan usia ibu semasa hamil.
Selain pelbagai masalah kesihatan tadi, hamil pada usia 50 tahun boleh menjadi lebih mencabar berbanding hamil pada usia yang lebih muda. Ibu yang hamil pada usia 50 tahun mungkin lebih mudah mengalami ketidakselesaan semasa kehamilan, seperti:
Kelelahan.
Sakit otot.
Sakit sendi.
Kaki bengkak.
Mudah marah dan kemurungan.
Itulah beberapa risiko kesihatan yang mengancam jika hamil pada usia 50 tahun. Walaupun terdapat banyak risiko, beberapa ibu yang hamil pada usia 50 tahun dapat menjalani kehamilan dengan baik dan melahirkan bayi yang sihat. Hal ini kerana kesuburan dan keadaan tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza.
Untuk mencegah pelbagai risiko kesihatan yang mungkin terjadi semasa hamil pada usia 50 tahun, ibu boleh mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan pemeriksaan kehamilan secara rutin. Bagi memudahkan, gunakan sahaja aplikasi Halodoc untuk membuat janji temu dengan doktor pakar sakit puan di hospital.
Sumber: TikTok Dr Nasrah Facebook Public Health Malaysia dan halodoc.com
Kredit foto (top image): Freepik
Baca artikel lain juga: Vitamin Atau Suplemen Ibu Hamil, Perlu Ke Ambil?
Ibu Hamil Ada GDM Perlu Jaga Pemakanan, Ikut Panduan Sihat Ni!
Panduan Buat Ujian Kehamilan Di Rumah, Do’s & Don’ts Ni Bakal Ibu Perlu Tahu!
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI