Pernah tak sakit kat tumit masa mengandung? Especially bila perut dah semakin besar?

Ni perkara yang agak biasa. Sakit paling teruk pada waktu pagi bila bangun dari tidur. First time nak pijak ke lantai tu, rasa pedih macam ditoreh-toreh kat bahagian tumit tu.

Ramai yang mengalami sakit ini terutama bila memasuki trimester ketiga mengandung, 28 minggu ke atas.

Kebiasaannya adalah disebabkan oleh Plantar Fascitis. Ia adalah radang pada ligament utama (palntar fascia) yang menyambungkan tulang tumit dan tulang jari kaki di bahagian tapak kaki.

Kenapa boleh berlaku?

Sebenarnya bukan hanya ibu mengandung sahaja boleh kena sakit ni. Mereka yang mempunyai high arch foot, obese dan yang bekerja dan sentiasa berdiri juga berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Berat badan yang terlebih akan memberi tekanan tambahan pada fascia tersebut menyebabkan ia menjadi tegang dan menjadi radang. Bagi mereka yang mempunyai high arch foot pula, jika tidak menggunakan kasut yang menyokong high arch foot, plantar fascia juga akan menjadi tegang dan akan menjadi radang jika beridir atau berjalan terlalu lama.

Untuk mereka yang tidak mengandung, senang nak makan ubat tahan sakit. Tapi bagi ibu mengandung, ubat tahan sakit tidak sesuai especially untuk yang dah masuk trimester ketiga.

Jadi apa nak buat?

  1. Pakai kasut yang sesuai. Tapak yang lembut dan menyokong jenis tapak kaki anda.
  2. Letakkan ice pada tempat yang sakit, ice dapat mengurangkan radang pada tempat tersebut.
  3. Night splint – Ia adalah satu alat untuk mengekalkan kedudukan normal kaki sewaktu tidur agar radang kurang berlaku dan tidak terlalu sakit apabila bangun pada keesokan pagi.
  4. Berjumpa doktor sekiranya sakit tidak berkurangan.

Sumber: Poliklinik Az-Zaara

Tinggalkan Komen