Ada cara yang lebih baik untuk mengatakan tidak kepada anak-anak. Sebenarnya anak kita tidak suka dengan perkataan, “Jangan”, “Tak Boleh”,atau “No”. Sebagai ibu atau ayah, kita pula mahukan yang terbaik serta mahu anak menjadi lebih berdisiplin.
Apakah perkataan lain yang lebih sesuai untuk digunakan supaya anak-anak lebih mendengar kata? Kita yang nak tegur anak pun tak sakit hati bila guna ayat-ayat manis tapi tegas dalam mendidik mereka.
Terlalu banyak mengatakan Tidak! kepada anak-anak akan membuatkan mereka memberontak. Apa kata anda cuba sepuluh ayat ringkas tetapi tepat untuk menggantikan perkataan Tidak!:-
1. Anak dan makanan manis tidak dapat dielakkan. Marah-marah pun tak guna, kerana anak tetap mahu juga.
“Mama tahu awak suka aiskrim (sebagai contoh), tapi kalau makan banyak sangat pun tak elok tahu?”.
Sambil itu, terangkan mengapa ia tidak baik untuk mereka.
2. Biasalah kalau anak bermain dengan makanan. Sama ada dia sedang belajar tentang makanan itu atau ia sebenarnya tidak balas normal kerana mereka pernah ‘terkena’ dengan makanan yang kurang mereka suka.
“Makanan tu rezeki. Untuk dimakan, bukan untuk dibuat main Sayang.”
Kemudian anda boleh ceritakan keburukan membazir atau tunjukkan foto kanak-kanak yang kebuluran kepada mereka.
3. Anak gemar hancurkan permainan yang telah disusun cantik. Sebelum marah, lebih baik anda gunakan pendekatan yang lebih lembut.
Ads
“Tak baik tau jatuhkan lego yang Mama dah susun ni. Jom, Mama ajar macam mana nak main benda ni.”
Luangkan masa untuk susun permainan ini bersama-sama. Anak anda akan menghargai momen ini dan ia dapat merangsang kreativiti mereka.
4. Jika anak anda dilihat sedang menarik ekor haiwan atau memetik daun atau bunga dengan kasar, terangkan kepada mereka akibatnya.
“Semua benda hidup nak membesar. Tak bolehlah kita kasar-kasar dengannya.”
5. Biasalah anak-anak bergaduh sesama sendiri. Ini pendekatan paling sesuai.
“Kita guna mulut, cakap elok-elok. Bukannya guna tangan.”
Bila anda berselisih faham, mereka cenderung untuk memukul antara satu sama lain. Jangan anda tambah pula, eloklah terangkan kepada mereka mengapa lebih elok bercakap dengan baik daripada berkasar.
Ads
6. Bila mereka tidak dapat apa yang diinginkan, mengamuk perkara biasa. Jangan anda menjerit sekali.
“Papa tak faham kalau awak menjerit macam tu. Cuba cakap macam biasa.”
Sebagai ibu bapa, kita harus bersabar dan kekalkan intonasi tenang ketika memujuk anak-anak.
7. Dari marah dan menengking, baik anda gunakan kata-kata humor untuk ‘marahkan’ anak anda.
“Jagalah dia. Mama datang ni nak tangkap dia!”.
Walaupun nampak seperti anda berlawak, terangkan kepada mereka. Jika sudah keluar ayat begitu, bermakna anda sedang marah walaupun ia diucapkan sambil anda ketawa. Biar mereka tahu, itu adalah ayat penegasan.
8. Perkara biasa anak minta untuk bermain telefon bimbit. Bila dah diberi, tak tahu nak pulang.
Ads
“Boleh tak kalau Papa nak handphone Papa semula? Adik main toy ni ya?”.
Anda boleh terangkan kepada mereka keburukan melihat telefon bimbit terlalu lama.
9. Anak-anak suka tanggalkan kasut bila di luar rumah. Itu normal.
“Eh, pakailah kasut. Di rumah boleh buka. Dekat luar kena pakai kasut sebab takut nanti cacing masuk dalam kaki Abang.”
Jangan terus dimarahi, terangkan kepada anak-anak mengapa penting untuk mengenakan kasut ketika di luar rumah.
10. Anak-anak sukakan perkara baharu. Habis semua benda mereka nak buat main walaupun ia berbahaya.
“Berhenti.” “Bahaya.” atau “Panas.”
Anda boleh gunakan penegasan begini jika mereka dilihat bermain sesuatu yang berbahaya atau tidak patut diusik.
Semoga tip kali ini dapat membantu anda semua. Selamat mencuba!
Bila anak tengah belajar, macam-macam idea dia. Sekejap nak ke tandas, nak minum air lah. Tak cukup dengan tu, ada saja alasan untuk mengelak dari belajar. Memang tak dinafikan agak susah untuk anak-anak kekal fokus, maklumlah ada saja yang mengganggu perhatian mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh Zarina Anjoulie atau lebih mesra dikenali sebagai Anju di Instagram, untuk membuatkan anaknya Martin Ezra Mikael kekal fokus ketika belajar, dia siap bermain gendang!
“Salam, ni lah budak-budak asal nak study je mengantuk la, tiba-tiba lapar la nak makan, nak ter’berry’ lah, pemadam terjatuh la, tiba-tiba telinga sakit lah.
Takpa Mama ada ubat tak kasi ngantuk, aku hentak je gendang tu sebelah dia kasi semangat, biar hilang ngantuk tu, takda lagi alasan ya, esok Mama beli trompet.”
Main Padan Warna Batang Aiskrim, Bantu Anak Fokus!
Untuk bantu anak-anak lebih fokus, bolehlah ajak mereka untuk buat aktiviti ini bersama. Aktiviti memadankan warna pada batang aiskrim. Caranya, tebuk lubang pada kotak secara menegak, melintang atau serong. Bukan saja-saja tetapi potongan berbeza ini untuk membantu anak mengawal tangan ketika mereka masukkan batang aiskrim.
Kemudian bolehlah beri batang aiskrim berwarna pada anak dan minta mereka masukkan ke dalam lubang. Biar mereka buat sendiri dan hanya bantu apabila perlu.
Boleh dimain seisi keluarga untuk melatih anak tentang kemahiran menunggu giliran dan erti sabar.
Membesarkan anak-anak memang bukan satu tugas yang mudah. ibu dan ayah menjadi cermin untuk anak-anak dalam mengukir keperibadian mereka.
Malah sifat yang ada pada ibu bapa juga jika menjadi toksik dalam kehidupan anak-anak boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan diri malah lebih teruk perkembangan mereka juga boleh terbantut.
Ini 3 sifat toksik yang mungkin ibu ayah sering kali buat tanpa sedar, yang mana boleh menyebabkan anak hilang keyakinan dan juga boleh menyumbang kepada risiko perkembangan anak terbantut. Ikuti perkongsian oleh Dr Redza Zainol:
3 sifat toksik ni kalau mak ayah buat setiap hari, anak akan hilang keyakinan diri dan perkembangan anak boleh jadi terbantut.
1) Stonewalling
Anak cuba nak berbual tentang sesuatu perkara, tapi kita jauhkan diri kita dengan cara:
Tak menjawab soalan anak
2. Sengaja lambat jawab soalan anak
3. Tak cakap apa-apa
4. Terus tinggalkan anak
5. Tak ambil serius atau merendah-rendahkan apa yang anak cuba bualkan.
Contoh:
“Papa suka makan apa?”
Kita jawab, “Entah. Pape je laaa.”
Bila perangai macam ni berulang, anak rasa lagi baik cakap dengan dinding. Sekurang-kurangnya cakap dengan dinding, taklah rasa sakit hati.
2) Tak ada sebarang reaksi pada wajah dan abaikan anak. (Expressionless & being ignored)
Contoh:
Balik rumah je, anak semangat nak cerita tentang benda baru yang dia belajar dari buku. Kita pun buat-buat dengar sampai habis. Tapi sampai ke sudah tak bagi apa-apa respon.
Yang buat anak jadi keliru ialah air muka mak ayah tak ada reaksi langsung, pastu diam je.
Yang sebenarnya kita tak fokus pun pada cerita anak.
Sambil dengar, sambil tu tengok cerita Korea. Katanya nak luang masa dengan anak, tapi tangan duk pegang telefon ralit balas mesej wasap.
Maksud beri perhatian pada anak ialah kita 100% fokus pada anak waktu tu. Kita adalah betul-betul “present” di hadapan si kecil kita tu.
3) Gaslighting.
Maksudnya kita meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak.
Contohnya:
Anak balik dari asrama, dia mengadu ada budak lain asyik pegang-pegang dia.
Tapi kita jawab, ”Biasalah tu. Tak ada apalah.”
Atau anak balik dari rumah pengasuh kata itu dan ini.
Kita pun kata anak kita cakap yang bukan-bukan.
Si kecil kita pun jadi keliru dengan apa yang berlaku dan hilang rasa percaya pada diri sendiri. Dia akan fikir semua pendapat dia memang tak penting.
Bila 3 sifat mak ayah ni diulang setiap hari:
Anak jadi tak percaya pada diri sendiri
Keyakinan diri yang sangat rendah
Selalu buat keputusan hidup yang salah akibat asyik dengar cakap orang lain.
Asyik kritik diri sendiri (self criticism)
Tak tahu cara urus dan kawal emosi sendiri
Bila anak ni besar dan berkeluarga, mereka mungkin akan buat perkara yang sama pada anak sendiri.
Jangan tidakkan apa yang anak kita rasa. Acknowledge apa yang mereka rasa dengan cara pandang, dengar dan peluk mereka.
Tolong bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Moga ada yang dapat manfaat.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Bagi penggemar kopi, tanpa secawan kopi panas setiap hari pasti rasa seperti tidak lengkap. Apa kata kali ini anda buat sendiri di rumah dengan perkongsian resipi pekerja dari restoran kopi mewah.
Penggemar kopi Tak dinafikan ramai antara kita yang suka minum nescafe. Namun meskipun ramai yang suka, tidak ramai yang pandai menyediakannya sendiri di rumah. Selalunya rasanya macam tak sampai di tekak seperti yang biasa diminum di luar.
Salam 1 jemaah nescafe…saya tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ket agih dah..boleh la sikit-sikit, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku. Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!
1.Sesudu kecil nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok.
2. Susu cair dalam 2-4 sudu kecil.
3. Susu manis 1 setengah sudu hingga 2 sudu kecil.
4. Campurkan dan kacau sekali.
5. Warna bila dicampur dan dikacau, waktu ni bau macam dekat Starbucks kononnya. Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku tak suka minum manis-manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.
6. Lepas dah kacau, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih!
7. Dah siap! Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara. Ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya, macam tu lah nescafe.
*Buat anda yang merupakan penggemar Nescafe tu memang wajib cuba! Barulah terbuka luas mata sebelum pergi kerja tu.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...