Ada Cara Nak Kukus Pulut Kuning Agar Tak Basi & Tahan Lama. Ikut Resipi Mudah Ini

Share

Pulut kuning sememangnya menjadi juadah pilihan pada hari raya. Rasanya yang berlemak dimakan pula dengan rendang daging, rendang ayam ataupun sambal bilis memang kombinasi yang sangat sedap.

Baca: Roti Nak Tamat Tempoh Jangan Dibuang, Buat Bengkang Roti Guna Sukatan Cawan Je, Padu Rasa Dia!

Namun juadah pulut kuning kini bukan hanya dihidang pada hari raya sahaja, hari biasa juga menjadi hidangan pilihan ramai. Pun begitu, pulut kuning sebenarnya cepat basi kerana bahan pembuatan terdiri daripada santan. Bagi yang inginkan pulut kuning bertahan lama, boleh ikuti resipi ini.

RESEPI PULUT KUNING

Fav saya musim raya ni buat pulut kuning dengan rendang dan sambal ikan bilis. Honestly pulut ni saya dah biasa buat..so saya just main campak-campak je. Anyway saya bagi juga resepi..anggaran saya agak-agak ye. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
2 1/2 cawan santan pekat (saya letak 70% santan beli da siap + 30% air dlm sukatan 1 cawan)
2 keping asam gelugur
1 sdb serbuk kunyit
1/2 sdb gula
Dalam 2 sdt garam (agak-agak..uolls rasa la)
1 helai daun pandan
Daun pisang utk alas pengukus

Cara penyediaan:
1. Cuci beras pulut. Rendam dalam air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Rata-ratakan beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurangkurangnya tiga jam.

2. Cukup masa..panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dalam kuali besar. Alas daun pisang pada loyang.

3. Tos air beras tadi..buang asam gelugur. Letak beras pulut dalam loyang..simpulkan daun pandan letak dalam beras. Kukus selama 20 minit.

4. Cukup 20 minit..keluarkan beras tadi..ketepikan seketika. JANGAN MATIKAN API DAPUR PENGUKUS KERANA PULUT AKAN DIKUKUS UNTUK KALI KE2.

5. Campurkan gula dan garam dalam santan..panaskan seketika atas dapur. Jangan sampi mendidih..sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama tak basi cepat.

6. Gaulkan santan tadi dengan pulut..gaul sedikit demi sedikit sampai semua santan sebati dengan pulut. Biarkan ia rehat dalam 10 minit.

7. Cukup 10 minit..kukus semula pulut selama 30 minit…SIAP.

Baca: Cuba Nasi Marjerin Dan Ayam Panggang Untuk Berbuka, Punyalah Wangi & Sedap, Patutlah Viral!

Kredit Resepi: Roszana Ismail

Published by
NuFa