Pelakon dan bapa kepada empat cahaya mata perempuan, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya, Datin Almy Nadia terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan juga mengandung di luar rahim.
Perlu pembedahan segera
Memetik portal mStar, Fizz memberitahu ketumbuhan itu dikesan selepas Almy dimasukkan ke hospital bagi menjalani menjalani pemeriksaan doktor pada petang Jumaat.
“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan dengan rahim dia,” ujar aktor berusia 43 tahun.
Fizz berkata, cyst tersebut perlu dibuang cepat kerana takut pecah. Jadinya, doktor mencadangkan kepada mereka untuk menjalani pembedahan dengan segera.
Dalam pada itu, aktor kelahiran Raub, Pahang itu memberitahu keputusan untuk membuat pembedahan itu dibuat pada pagi Sabtu selepas mengetahui keputusan laporan ujian darah.
“Sekarang ini, dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tapi di luar rahim.
“Bila doktor periksa dekat rahim kosong. Ada setitik ketulan dalam rahim tapi doktor kata bukan. Ujian air kencing kata positif (hamil). Bila buat pemeriksaan lain baru nampak ketulan dekat luar rahim.
“Ada cyst yang menganggu, kena buang dengan cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,” jelas Fizz.
Selain itu, Fizz juga memaklumkan kesihatan isterinya itu kurang baik serta mengalami lemah tubuh badan sejak kebelakangan ini.
“Dia tunjuk simptom seperti cirit-birit, demam, sakit perut dan lemah. itu yang kami pergi buat pemeriksaan,” tambahnya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat orang cahaya mata perempuan.
Kredit: mStar & IG Fizz Fairuz
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)