Siapa menyangka rupanya jodoh yang diaturkan Allah rupanya sudah ada di depan mata. Itulah yang boleh diungkapkan mengenai kisah cinta pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin.
Baru sahaja menyambut hari lahirnya ke-40 tahun pada 27 September lalu, rupanya hasrat untuk memiliki bunga cinta bernama Fazura ini telah dipendamkan lama oleh Fattah Amin.
Kongsi Fattah, dia mula bertentang mata dengan isterinya itu ketika menjalani penggambaran sebuh filem. Disitulah dia sememangnya mengakui sudah lama menyimpan perasaan minat terhadap isterinya sejak awal menceburi bidang lakonan.
“Jujur saya peminat Fazura juga dulu. Yelah kita tak pernah terbayang kita akan jadi pelakon kan.
“Pertama kali saya jumpa Fazura waktu sama-sama berlakon dalam satu filem.
Ads
“Saya pelakon tambahan dan waktu itu saya baru sangat berlakon. Jadi waktu itu orang cakap, jodoh sebenarnya Allah dah aturkan. Dah ada depan mata pun tapi belum ditemukan lagi. Belum sampai lagi,” luahnya berkongsi detik manis itu.
Malah kongsi Fattah lagi, dia teramat bersyukur atas takdir jodoh antaranya dan Fazura sehingga membawa ke alam rumah tangga serta kini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya sebagai pelengkap bahagia mereka.
“Tapi waktu itu ada rasa, “macam eh minatnya dengan Fazura ni kan”. Kemudian lepas itu dah ditakdirkan jodoh Allah sampai, berkahwin dan akhirnya sekarang dah ada Fatima. Syukur,” katanya lagi.
Ads
Fattah yang meraikan sambutan hari lahir Fazura yang ke 40 tahun pada 27 September lalu dilihat cukup romantis bila mana meraikan majlis itu berdua, secara eksklusif.
Kedua-duanya tampil cantik dan manis dengan busana berona biru dan ungu. Terserlah kecantikan isteri kesayangan Fattah Amin.
Terdahulu, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa. Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar.
Trend memilih nama malaikat juga dilihat semakin popular kini namun adakah ia boleh digunakan? Ini pandangan Mufti Wilayah Persekutuan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Mufti Wilayah Perseketuan, hukumnya adalah HARUS menamakan anak dengan mana-mana nama para malaikat.
Pun begitu, MAKRUH untuk empat nama malaikat iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
“Menamakan anak dengan nama para malaikat hukumnya adalah harus, kecuali nama-nama yang sinonim dengan nama malaikat, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
Adapun nama-nama lain bagi malaikat yang turut biasa digunakan oleh orang ramai seperti Malik dan Ridhwan, maka tiada kemakruhan padanya.
Terdahulu, terdapat perbalahan dan pendapat seorang pengguna media sosial yang berkongsi mengenai perkara tersebut selepas seorang selebriti menamakan anaknya dengan nama Muhammad Jibril.
Dalam sesebuah perkahwinan itu perlukan kerjasama antara suami dan isteri. Sama-sama membantu dalam menguruskan rumah tangga, biarlah beban itu tidak terasa sangat.
Melalui laman web Pesona Pengantin, terdapat perkongsian dari Ustaz Datuk Kazim Elias ada 4 perkara yang boleh mengganggu gugat kebahagiaan sesebuah perkahwinan:
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no 🙅🏻♀️🙅🏻♀️🙅🏻♀️
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb. 2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha 😂 Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” 😢
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN •TEGURAN •BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala.
Bukan mudah untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Sepanjang masa ketika kita melalui bahtera perkahwinan akan ada banyak cabaran yang perlu kita hadapi. Secara tak langsung, itulah yang mematangkan kita dan pasangan. Paling penting, sentiasa bersyukur dan hargailah jodoh yang telah Allah SWT tetapkan buat kita.
Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga, pempengaruh media social, Siti Jamumall terpaksa membuang kandungannya gara-gara kandungan anggur atau molar pregnancy.
Menerusi Tik Toknya semalam, Siti memberitahu kandungannya terpaksa digugurkan selepas doctor mengesahkan dia mengalami kehamilan anggur atau molar pregnancy.
“Rancang nak sorok dulu berita kehamilan sampai bayi dalam kandungan besar sikit tapi tak kesampaian. Siti kena molar pregnancy,” katanya berkongsi.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia terpaksa menjalani prosedur mencuci kandungan dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan dirinya.
“Allah bagi pinjam sekejap. Doakan semoga semuanya selamat.
“Kena jalani prosedur untuk cuci kandungan. Takut tapi kena kuat,” katanya lagi.
Terdahulu, Siti dan suaminya Khairul Aiman Abdul Kudus mendirikan rumah tangga pada 1 Jun lalu. Siti turut mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Usia 40 tahun adalah masa untuk muhasabah diri dan membina kesedaran tentang apa yang benar-benar penting. Pada usia ini, ramai mula memahami keperluan menjaga...