Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengakui sebagai ibu dia menjadi individu paling gementar apabila anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid melakukan persembahan menerusi konsert piano pertama yang disertainya.
Walaupun baru berusia empat tahun, Aafiyah menjadi peserta termuda dan tak sangka dia mampu melakukan dengan baik walaupun ini adalah konsert kali pertamanya selepas mengikuti kelas piano.
“Hari ini Aafiyah menyertai konsert piano pertamanya.. Ibu bila teacher @illypianoacademy kata Aafiyah ada konsert, ibu yang nervous sebab Aafiyah antara yang paling muda iaitu 4 tahun dan takut dia panic (ibu je over thinking sebenarnya)
“Bila makin dekat ibu lagi nervous bercampur excited. Hari ini ibu rasa sebak mula-mula tengok Aafiyah perform.
“Ayah pun bangga je bila tengok anak dara dia perform sambil lentik2 jari tuuu.(Ada gaya kata Ayah),” kongsinya.
Dato’ Siti memuat naik sedutan video persembahan Aafiyah di instagramnya dan ramai yang memuji kebijakannya yang nampak tenang. Malah ramai yang tak sabar untuk melihat Aafiyah buat persembahan bersama ibunya.
Ads
“Bravo Aafiyah😍😍😍 ke mana pulak kuah nya tumpah kan @ctdk”
“So cute, nanti boleh lah perform dekat konsert Siti Nurhaliza pulak 😉”
“Well done Aafiyah, nanti Ibu buat konsert, Aafiyah boleh mainkan piano 😍”
“Proud of you Aafiyah!❤️ congrats”
Ads
Sementara itu, sebagai ibu, Dato’ Siti turut mendoakan agar dipermudahkan setiap urusan Aafiyah menuntut ilmu baru dalam hidupnya.
“Semoga Aafiyah dapat menimba segala ilmu dengan baik anakku.. Ibu dan Ayah selalu doakan ye.
Ads
“Tq teacher @illypianoacademy yang sentiasa sabar mendidik anak ibu ye,’ tulisnya.
Yusuf Iskandar memang bijak dan selalu tampil dengan aksi-aksi comel. Makin petah rupa-rupanya Yusuf, dia sudah pandai menyebut namanya sendiri.
Hairul telah berkongsi beberapa momen dia bersama Yusuf dan Hanis ketika mengerjakan umrah. Antaranya ialah video Yusuf memberikan sedekah kepada kanak-kanak dan para jemaah dan meminum air zam zam.
Antara video yang mencuit hati ialah yang memaparkan Yusuf menyebut namanya sendiri. Kata Yusuf, “Yusuf Is Kandar” kerana menterjemah ‘Is’ pada pangkal nama keduanya itu sebagai ialah.
Kata Yusuf, Daddy is Hairul, Mommy is Hanis. Manakala Yusuf is Kandar.
Aksi comel Yusuf mencuit hati netizen. Ramai yang mengakui menonton video ini berulang kali hingga video ini mencapai hampir 300 ribu tontonan dalam masa sehari!
Leukemia akut merupakan penyakit kanser darah putih yang dihidap oleh kanak-kanak. Ketahui kupasan pakar dan perkongsian pengalaman ibu bapa tentang simptom dan punca terjadinya penyakit barah ini pada kanak-kanak dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “AnakLeukemia,Apa Sebabnya?” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 25 Disember 2018.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terdapat pelbagai cara untuk rangsang potensi diri anak yang semakin aktif. Sikap ingin tahu mengenai persekitarannya juga semakin berkembang dalam diri sehingga sering bertanya tentang perkara yang dilihatnya. Jadi inilah masanya untuk anda menghantar si kecil ke pusat asuhan kanak-kanak untuk anak mengembangkan potensi diri.
Kajian mendapati bahawa kanak-kanak dilahirkan ke dunia dengan perangai semula jadi masing-masing. Sesetengah kanak-kanak secara semula jadi mudah berkawan dan senang membawa diri. Manakala yang lain pemalu dan lambat untuk mesra.
Ada sesetengah kanak-kanak terlalu aktif, tidak mengendahkan teguran dan berlari sekeliling semasa makan atau waktu rehat atau tidur. Terdapat juga kanak-kanak yang lebih suka memerhati dan terlalu lambat melibatkan diri. Jika ingin melibatkan diri dengan aktiviti bersama rakan sebaya mengambil masa yang lama mengikut rentak sendiri.
Ini jelas menunjukkan anda sebagai ibu bapa perlu merangsang potensi diri si manja anda. Berikut 5 perkara yang boleh anda lakukan untuk merangsang potensi diri anak anda.
5 cara rangsang potensi diri anak
1.Lakukan sendiri
Si kecil menunjukkan sikap untuk melakukan sendiri. Jika dia menunjukkan kesukaran untuk membaca, mewarnakan lukisan, beritahu kepadanya, ‘Adik boleh lakukan. Ingat ALLAH suka kepada mereka yang rajin berusaha.” Duduk di sebelahnya. Tunggu sehingga dia berjaya melakukannya.
2.Bercakap
Percakapan si kecil tidak difahami oleh anda. Berikan dia peluang untuk bercakap sehingga habis. Tunjukkan minat terhadap apa yang ingin dicakapkannya. Jika dia salah menyebut perkataan itu, betulkan dengan sebutan itu.
3.Galakkan
Beri galakkan jika dia bergaya melakukan sesuatu dengan baik. Galakkan membuatkan dia merasa dirinya diberi perhatian oleh ibu bapanya.
4.Ingin mencuba
Biarkan dia cuba. Dia ingin menuang susu ke dalam gelas. Beri peluang kepadanya. Walaupun ia mengambil masa beberapa minit, mungkin cara ini boleh membuatkan dia merasa bangga kepada dirinya.
5.Usaha
Dia ingin mencuba memakai kasut dengan usahanya sendiri. Jadi letakkan kasut itu di hadapannya dengan kedudukan posisi kaki yang betul. Jika dia berjaya melakukan berikan pujian kepadanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak suka main slime tetapi anda tidak pasti selamat atau tidak? Tak usah gusar, ini cara buat slime mudah dan selamat yang boleh anda cuba di rumah bersama anak-anak. Ayuh!
Bermain slime
Sebelum anda mengetahui cara buat slime, pastinya ibu bapa ingin tahu apakah sebenarnya benda seakan lendir melekit itu, betul tak? Slime adalah mainan popular yang disukai kanak-kanak dan juga individu dewasa. Bermain dengannya boleh menimbulkan rasa kepuasan apabila dapat meregang dan melenyekkannya.
Melenyekkan slime di antara jari tangan sebenarnya boleh menjadi cara terbaik untuk menghilangkan tekanan dan juga ia menyeronokkan.
Tempoh ketahanan
Kunci penyimpanan slime agar tahan lama adalah untuk menyimpan ia di dalam bekas kedap udara. Ini bertujuan untuk menghalangnya daripada menjadi kering dan bertahan lebih lama.
Dikatakan jika anda menyimpan slime di dalam peti sejuk, ia boleh bertahan lebih sebulan tanpa mengeringkannya atau menyebabkan ia berkulat.
Sains berkaitan slime
Sains slime bermula dengan penggunaan bahan-bahan yang betul, termasuklah jenis gam dan pengaktif lendir yang betul. Gam yang terbaik adalah gam sekolah PVA – polyvinyl-acetate, yang boleh dibasuh.
Untuk pengaktif lendir, terdapat beberapa pilihan boleh digunakan, seperti larutan garam (saline solution), kanji cair dan serbuk boraks – semuanya mengandungi bahan kimia yang sama untuk menghasilkan slime.
Slime akan terhasil selepas gam dan pengaktif digabungkan!
Cara buat slime: Selamat ke?
Secara amnya, ya, slime adalah selamat untuk dijadikan sebagai bahan mainan. Paling penting, pastikan anak tidak memasukkan slime ini ke dalam mulut. Pun begitu, bagi mereka yang mempunyai reaksi tindak balas kulit terhadap bahan yang digunakan, anak mungkin boleh mendapat ruam.
Ini kerana dalam kebanyakan penghasilan slime menggunakan bahan yang dipanggil boraks (borax) – mengandungi bahan aditif dalam detergen pakaian, yang boleh menyebabkan luka terbakar.
Namun untuk menjadikan slime lebih selamat, anda boleh mengenepikan penggunaan boraks. Jom ketahui caranya.
Cara buat slime mudah
Ini adalah resipi slime terbaik kerana ia dapat dihasilkan dengan cepat dan hanya memerlukan 4 bahan utama sahaja!
Sebelum memulakan pembuatan slime di rumah, pastikan anda meletakkan alas plastik pada meja supaya slime tidak terkena permukaan meja nanti.
Bahan-bahan:
8 auns – gam sekolah putih Elmer
1½ – 2 sudu makan larutan garam – mungkin diperlukan dalam jumlah yang banyak, mengikut keperluan
1 sudu besar soda penaik (baking soda)
Pewarna makanan – jika mahu
Mangkuk plastik
Cara penyediaan:
Masukkan gam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk dan kemudian kacau hingga sebati. Jika tidak mahu menggunakan pewarna, maka hanya masukkan gam ke dalam mangkuk.
Campurkan soda penaik dan kacau sekali lagi hingga sebati.
Langkah seterusnya, campurkan larutan garam dan gaulkan semua bahan.
Sekiranya adunan terlalu melekit, tambahkan ½ sudu besar larutan garam pada satu masa. Semakin banyak larutan ditambah, adunan akan menjadi lebih keras. Sebaliknya jika larutan garam kurang, slime akan menjadi terlalu cair.
Kemudian, anda boleh menguli doh slime menggunakan tangan. Pada mulanya ia akan terasa basah dan agak melekit, tetapi teruskan menguli sehingga mencapai konsistensi yang diingini.
Simpan slime dalam bekas dengan bertutup.
Cara buat slime resipi tanpa bahan pengaktif
Inginkan resipi slime tanpa menggunakan bahan pengaktif? Boleh, cuma slime yang terhasil tidak akan mempunyai tekstur atau regangan yang sama seperti slime biasa.
Untuk membuat slime jenis ini, anda memerlukan sebarang jenis syampu – lebih pekat konsistensi syampu adalah lebih baik – dan tepung jagung.
Ini cara membuatnya:
Masukkan 1/2 cawan syampu dan 1/4 cawan tepung jagung dalam mangkuk.
Gaul sebati.
Tambahkan 3 titik pewarna makanan (jika mahu).
Masukkan 1 sudu besar air dan kacau. Perlahan-lahan tambah lagi 5 sudu air – selepas penambahan 1 sudu air, pastikan anda mengacau adunan.
Uli adunan selama lebih kurang 5 minit.
Jika anda dapati slime masih melekit selepas mengulinya, tambahkan sedikit tepung jagung dan uli kembali. Ulang langkah ini sehingga mencapai konsistensi yang diingini.
Petua cara buat slime
Gunakan mangkuk dan sudu plastik untuk memudahkan kerja pembersihan nanti
Pastikan anda mendapatkan warna yang betul sebelum menambah larutan garam. Ini kerana pewarna akan lebih sukar untuk dicampurkan apabila ia mula mengeras
Untuk mendapatkan slime dengan konsistensi lebih keras, tambahkan lebih banyak larutan garam. Jika sebaliknya, kurangkan penggunaan larutan garam
Untuk anak bermain slime, pastikan anda melapik permukaan tempat bermain dengan alas plastik
Anda juga boleh menambah bahan lain bagi menjadikan slime lebih menarik seperti serbuk kilauan atau minyak wangi
Jika anda atau anak mempunyai rambut panjang, pastikan ia diikat terlebih dahulu. Ini kerana jika slime terkena rambut, ia hanya boleh dikeluarkan dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun
Walau apa pun, sebelum mencuba sebarang cara buat slime mudah yang dikongsikan di atas, pastikan anda mengetahui sama ada si kecil mempunyai alahan terhadap bahan yang akan digunakan atau tidak.
Ini penting bagi mengelakkan sebarang reaksi alahan yang tidak diingini. Selamat mencuba!
Seniwati Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita duka tentang pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, yang meninggal dunia akibat komplikasi batu karang dalam hempedu.