Ada Ibu Yang Mengeluh Kena ‘Seluk’ Banyak Kali, Doktor Tak Buat Untuk Suka-Suka

Share

Ketika seorang wanita itu sudah tiba masa melahirkan, tanda pun dah turun serta sakit kontraksi mulai terasa, doktor akan memeriksa bukaan pintu rahimnya. Dengan cara ini, doktor atau bidan terlatih dapat mengesahkan sama ada wanita tersebut sudah bersedia untuk bersalin ataupun tidak.

Dalam keadaan biasa, pangkal rahim tertutup atau terbuka sedikit sahaja (ika si ibu pernah melahirkan). Ikuti penerangan lanjut dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, berkaitan proses bukaan pintu rahim ini.

Artikel Menarik: [Baru Suruh Teman Isteri Bersalin, Suami Dah Berpinar Sebab Mabuk Darah]

Tadi dah ‘seluk’ ni nak ‘seluk’ lagi ? 2 cm , 4 cm , 8 cm , 10 cm tu apa ?

Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim. Dalam keadaan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka. kadang-kadang ianya terbuka sikit untuk mereka yang pernah melahirkan banyak anak.

Apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka. Darah bercampur lendir dinamakan ‘show’ akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin.

Artikel Menarik: [Berkorban Lahirkan Anak, Tak Sempat Bermanja. Alami Tumpah Darah, Mungkin Maut]

Pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga la diameter nya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar.

Beginilah rupa bukaan 10cm yang menandakan seorang ibu itu sudah bersedia untuk melahirkan anaknya.

Bukaan pintu rahim ini ditentukan oleh Vaginal examination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukan jari ke dalam vagina sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja.

Jangan panik…….

Ramai ibu berasa takut dan gundah gulana memikirkan mengenai Vaginal examination, lebih-lebih lagi ibu yang takde pengalaman melahirkan.

Relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit.

Artikel Menarik: [Epidural Untuk Kurangkan Sakit Kontraksi, Tapi Ada Yang Memandai Kata Boleh Jadi Lumpuh]

Selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim, vaginal examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air mentuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan.

 

Maka, vaginal examination ni bukan suka-suka dilakukan, ianya penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai. di dalam dewan bersalin, ianya dilakukan setiap 4 jam, atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksan perlu diawalkan, bergantung kepada perkembangan proses kelahiran.

Ikhlas,
Bukan ‘seluk’ suka-suka.

Jadi para ibu janganlah fikir bila doktor atau bidan mahu periksa ‘jalan’ tu suka-suka ya. Ada sebab mengapa prosedur ini perlu dilakukan. Ia untuk memastikan si ibu dan bayi benar-benar bersedia untuk menempuh proses kelahiran. Jika anda rasa kurang selesa bukaan pintu rahim ini dibuat oleh doktor lelaki, mintalah supaya doktor perempuan yang melakukannya.

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham