Bila penat menguasai si ibu, memang tak dapat dikawal lagi. Ibu hanyalah manusia biasa, sekuat mana pun tetap perlu berehat lebih-lebih lagi bila is ibu masih dalam tempoh berpantang.
Dr Redzal Zainol, doktor kanak-kanak berkongsi cerita di mana bayi yang baru berusia 2 hari terjatuh dari lantai akibat si ibu yang terlelap kepenatan ketika menyusukan bayi. Doktor turut menitipkan pesanan buat semua agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Terkejut saya bila jururawat maklumkan ada kes bayi usia 2 hari terjatuh ke atas lantai.
“Saya terlalu penat.”
Itulah yang ibunya katakan. Setiap 2-3 jam, dia bangun untuk susukan anak sepanjang malam.
Dalam tak sedar, dia dah terlelap dalam posisi duduk sambil menyusukan anak. Bayi yang sedang dipegang erat terus terlepas dan bergolek jatuh ke lantai.
“Semuanya berlaku sangat pantas. Saya pun tak ingat.”
Wajahnya nampak letih, dan saya tahu dirinya dipenuhi dengan rasa bersalah.
Ibu bukan Superwoman. Mereka juga perlukan rehat, makan dan tidur yang mencukupi.
Jaga diri sendiri baik-baik. Suami pun sama-sama bantu isteri. Itulah tanda kita hargai pengorbanan isteri.
Ibu yang terlalu penat dan tak dibantu, boleh mengundang kemalangan.
🚨 Ada bayi yang terjatuh ketika menyusu dan tersangkut pada cadar, selimut, pakaian ibu dan jadi lemas.
🚨 Ada bayi jatuh bila ibu yang sedang memegang anak membongkok untuk ambil barang di lantai.
🚨 Ada bayi terjatuh bila ibu menukar posisi menyusu anak.
🚨 Ada bayi yang lemas, bila ibu atau ayah tertidur di atas badan atau muka bayi akibat terlalu letih.
Saya nasihatkan:
✅ Kalau isteri dah mula rasa mengantuk, terus beritahu pada suami atau pembantu. Ada orang lain yang boleh tengokkan bayi.
✅ Bantu isteri untuk letakkan bayi atau ambilkan bayi dari katil bayi.
✅ Mak ayah sendiri sebaiknya tak tidur atas katil yang sama dengan bayi. Kes bayi meninggal dunia sebab dihempap orang dewasa yang tengah tidur ni memang betul-betul terjadi.
✅ Jangan biar baby tidur meniarap melainkan kalau dia dah pandai pusingkan badan sendiri.
✅ Tak usah letakkan bantal, comforter atau patung mainan atas tilam bayi kita supaya risiko bayi lemas tertimpa benda tu semua tak berlaku.
Tolong #kongsikan juga cerita ni pada pasangan dan pengasuh bayi kita tu. Kita sama-sama belajar supaya anak kita selamat.
Kredit: Dr Redzal Zainol
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!