“Ada Kesan Kecederaan Objek Tumpul.” Bayi 8 Bulan Meninggal, Ibu Ditahan

Share

Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan dalam kejadian dekat Sungai Siput, Perak semalam (25 Julai).

Meninggal dalam perjalanan ke hospital

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya menerima maklumat itu pada 7.10 pagi.

Beliau berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.

“Proses bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati ada kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan mangsa akibat objek tumpul,” katanya.

Polis tahan ibu bantu siasatan

Mior Faridalathrash berkata, susulan kejadian itu, ibu kandung mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai jururawat ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang bercerai sejak enam bulan lalu.

Gambar Hiasan

“Ibu mangsa direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kita akan menjalankan siasatan lanjut jika ada individu lain terbabit dalam kes ini,” katanya.

Kredit: Berita Harian

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

Published by
Wan Amy