Keibubapaan

“Ada Ketikanya Dia Tiba-Tiba Menangis, Luahan Rindu Azmi Saat & Isteri Pada Anak, Sebaknya!

Share

Hanya sempat bergelar ibu dan ayah selama tiga hari sahaja, penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat mengakui emosinya dan lebih-lebih lagi isterinya masih belum stabil selepas pemergian anak sulung mereka, Khairul Afnan yang menemui penciptaNya pada 30 September lalu.

Malah menurut kata Azmi, dek kerana kerinduan yang teramat dalam, sehingga kini dia dan isteri masih lagi kerap mengunjungi pusara anak mereka.

“Alhamdulillah sekarang saya okey cuma saya dan isteri akan ke pusara arwah anak sekali atau dua kali seminggu. Apa yang penting bagi saya adalah untuk tenangkan emosi isteri.

“Memandangkan kami jarang ada masalah dalam rumah tangga, jadi soal kehilangan ini adalah masalah paling besar terjadi dalam hidup kami.

“Mungkin juga kerana kami sudah terlalu lama menantikan zuriat, jadi bila dia pergi sudah pasti ia satu kerinduan yang amat berat,” cerita Azmi berkongsi.

Tidak hanya terlalu merindui arwah Afnan bahkan kata Azmi lagi, isterinya kerap menangis setiap kali membaca mengenai soal cahaya mata.

“Ada ketikanya dia tiba-tiba menangis rindukan anak, misalnya bila membaca mengenai soal cahaya mata. Apa yang mampu saya lakukan adalah dengan memeluknya dan meminta dia untuk bersabar dengan ujian Allah,” kongsinya lagi.

Tidak mahu ambil anak angkat
Malah kata penyanyi bersuara lantang ini lagi, sehingga kini dia dan isteri masing belum punya perancangan untuk mengambil anak angkat atau melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

“Soal zuriat adalah perancangan Allah SWT dan sehingga kini kami sepakat untuk tidak mengambil anak angkat namun pernah terfikir mengenai rawatan IVF.

“Saya bimbang kalau ada anak angkat, tiba-tiba ada anak nanti risau terbahagi kasih sayang. Jadi seeloknya saya tunggu sahaja rezeki dari Illahi,” katanya lagi.

Terdahulu Azmi dan isterinya Nazira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Pada 27 September tahun lalu, anak pertama pasangan ini disahkan meninggal dunia selepas tiga hari kelahirannya akibat kegagalan fungsi otak.

Menarik: Cantik Sungguh Nama, Seindah Makna, Nur Khawla Jadi Pilihan Ernie & Syamel

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.

Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM