Ada Lebihan Nasi Sejuk, Buatkan Tosei Homemade Ni. Sedap Tak Terkata!

Share

Ada Lebihan Nasi Sejuk, Buatkan Tosei Homemade Ni. Sedap Tak Terkata!

Biasanya kalau ada lebihan nasi sejuk dalam periuk, selain kita panaskan semula untuk elak basi tidak dinafikan terlintas juga difikiran kita ini untuk sediakan menu nasi goreng atau enak juga dibuat kuih apam.

Pun begitu, tahukah anda lebihan nasi sejuk itu juga sebenarnya enak juga jika dibuat tosei!

Mungkin ada antara kita yang belum pernah mencuba untuk menyediakannya.  Jadi apa kata hari ini kita ubah selera dalam menyediakan menu sarapan dengan menyediakan tosei dari air tangan sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Puan Fatimah Saari.

Tosei

Bahan-bahan:

1 cawan kacang ulunthu

1 cawan nasi sejuk

1 cawan tepung beras

1 sudu yis mauripan

Garam

3 cawan air

Cara-cara nya :

1.Cuci kacang ulunthu dan rendam 5-6jam,kemudian Blend smpai halus bersama dengan nasi nasi sejuk

2.Letak garam sedikit. Kemudian tuang dalam bekas lain bancuh bahan blend dgn air + tepung beras + yis

3.Peramkan lagi semalaman (tutup dengan tudung puyuk) – untuk menaikkan

4.Sapukan kuali leper dengan minyak masak sedikit

5.Tuangkan tepung yang diperam satu senduk

6.ratakan, biar garing bawah. Kemudian tutup api

7.Gulung atau lipat kan.

Siap boleh dihidangkan

 

Published by
Mar