Ada Lendir Jernih Pada Faraj, Tandanya Sedang Subur Dan ‘Ready’ Untuk Hamil

Share

Terdapat beberapa petunjuk waktu subur yang boleh anda guna pakai untuk membolehkan diri hamil lagi. Maklum sahajalah, dalam usaha mendapatkan cahaya mata lagi, anda perlu mengetahui tahap kesuburan diri.

Artikel Menarik: [Masa Mengandung Nak Minum Kopi, jangan Lebih 2 Cawan. Terlebih Bahaya Untuk Bayi]

Mari ketahui tanda-tanda yang boleh anda jadikan petunjuk. Berikut adalah beberapa ciri-ciri kesihatan fizikal yang boleh menunjukkan anda mudah untuk hamil lagi.

  1. Kitaran haid teratur

Haid yang teratur menunjukkan wanita mengeluarkan telur setiap bulan. Sekiranya haid anda datang setiap 25 hingga 35 hari (haid yang tidak dikawal oleh sebarang jenis alat pencegah kehamilan), ia bererti tubuh anda subur. Kitaran yang lebih panjang juga pun boleh memberi erti anda mempunyai telur yang banyak dan subur.

  1. Mengalami simptom haid (PMS)

Simptom haid atau PMS bukan sesuatu yang menyeronokkan kerana individu yang mengalaminya akan mengalami simptom-simptom seperti sakit perut dan/atau sakit belakang. Namun, ini sebenarnya tanda yang baik.

Jika anda mempunyai kitaran haid yang lancar dan mengalami simptom haid seperti payu dara sakit, perut kembung dan sakit perut, semua ini menunjukkan anda masih mempunyai kitaran ovulasi.

  1. Banyak lelehan faraj jernih

Waktu paling subur ialah di pertengahan kitaran haid. Ketika ini, akan keluar lelehan faraj atau keputihan yang jernih. Namun, ia tidak berbau tetapi banyak. Peranan lelehan ini adalah untuk memudahkan perjalanan sperma melalui serviks sebelum persenyawaan terjadi.

Dalam pada itu, keputihan yang banyak menunjukkan pengeluaran estrogen dan fungsi kelenjar pangkal rahim adalah pada tahap yang baik.

Artikel Menarik: [Biarlah Dia Mengandung Banyak Kali Pun, Jangan Sesekali Kita Tanyakan Soalan Sensitif]

  1. Aliran darah haid normal

Setiap wanita melalui pengalaman haid yang berbeza antara satu sama lain. Ada yang mengalami aliran darah yang banyak untuk tempoh tertentu. Ada juga yang sedikit sahaja.

 

Mempunyai aliran yang sedikit tidak bermakna anda tidak subur. Walau bagaimanapun, aliran yang normal dan sederhana banyak adalah petanda baik bahawa diri adalah subur.

  1. Hormon normal

Hormon memainkan peranan yang besar dalam kesuburan seseorang individu. Jadi, anda perlu perhatikan tanda-tanda yang mungkin menunjukkan hormon dalam tubuh anda tidak stabil.

Kerap rasa panas dan berpeluh pada waktu malam, mungkin menunjukkan hormon dalam sistem tubuh tidak normal. Jika anda tidak mengalami tanda sebegini, ia menunjukkan bahawa anda adalah normal.

 

Published by
Emy H