Pernah alami anak bila di sekolah lain, di rumah lain. Dengan atuk dan nenek lain perangai dengan ibu lain perangai atau dengan ayah lain perangainya.

Tingkah laku yang ditunjukkan anak ini adalah satu bentuk komunikasi tidak kisah jika anak anda itu verbal atau non verbal. Yang pasti setiap tindak tanduk mereka ada makna tersembunyi.

Jadi sebagai ibu bapa atau pendidik penting untuk kita mengenal pasti punca tingkah laku ini.

Antara tingkah laku mencabar
– Menjerit di tempat awam 
– Mencubit dan memukul kawan 
– Menghantuk kepala 
– Menangis tanpa berhenti 
– Sengaja mencederakan diri

Ada Makna Bila Dengan Ibu Perangai Anak Lain, Dengan Ayah Pula Mengadanya Lebih

Antara teknik mengenal pasti Fungsi Tingkah laku ini adalah menggunakan CARTA ABC

CARTA ABC ini amat mudah dan berguna untuk merekod tingkah laku anak. Mudah sahaja.

Singkatan A bermaksud Antecedent – Kejadian sebelum di mana perlu kenal pasti apa yang berlaku sebelum kejadian tantrum atau meltdown. Kadang kadang kejadian ini mungkin berlaku minggu yang lalu

Singkatan B bermaksud Behavior iaitu kita merekod tingkah laku yang ditunjukkan.

Ads

Singkatan C bermaksud Consequences iaitu akibat dari tingkah laku apa yang anak akan dapat atau alami

Contohnya 
A : Ayah menghantar anak ke sekolah 
B : Anak menangis apabila sampai di sekolah 
C : Ayah memujuk anak dan mendukung anak. Anak tidak perlu ke sekolah

atau

A : Ayah tidak mahu belikan mainan
B : Anak mengamuk dan membaling barang di tempat awam 
C : Anak dapat mainan yang dikehendaki setelah Ayah mengalah.

CARTA ABC ini akan memudahkan ibu bapa membuat analisa kenapa sering terjadi tingkah laku mencabar ini dan apa yang anak akan dapat setelah ibu bapa memberi respon.

Antara strategi yang membantu anak mengawal tingkah laku adalah

Ads

– Tidak memberi perhatian terhadap tingkah laku negatif. Pastikan keadaan persekitaran adalah selamat.

– Menggunakan kaedah bercerita di mana ibubapa bercerita berulang kali tentang peraturan yang dikehendaki.

– Mengalihkan perhatian anak kepada sesuatu yang menarik tetapi masih di dalam kawalan ibubapa

Ada Makna Bila Dengan Ibu Perangai Anak Lain, Dengan Ayah Pula Mengadanya Lebih

– Meneruskan rutin seperti yang telah diberitahu. Ibubapa perlu FIRM DAN KONSISTEN dengan arahan.

Ads

– Kerjasama antara semua pihak. Semua yang terlibat dalam aktiviti anak perlu faham dengan strategi yang digunakan.

– Positive Support dari Ibubapa dengan memberi galakan dan kata kata positif setiap hari

– Menggunakan Teknik Ganjaran yang bersesuaian.

– Jika disebabkan sensori , intervensi sensori adalah amat perlu seperti memberi peluang kepada anak mendapatkan stimulasi sensori yang dikehendaki dengan cara yang bersesuaian.

Tapi yang paling penting adalah KERJASAMA dari semua pihak. lebih lebih lagi bagi anak anak bekeperluan khas mereka memerlukan Intervensi.

Ibu bapa perlu KONSISTEN – TEGAS – SABAR – USAHA – ILMU

Dan ya lagi satu FUNGSI adalah kerana anak mempunyai masalah kesihatan dan tidak berasa selesa. Jadi marilah kita menjadi lebih memahami dan bekerjasama bagi membantu anak anak kita.

Kredit: OT Nurul Sheriena Musa

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI