Pertama kali dapat tahu ada penghuni kecil dalam rahim, siapa yang tak gembira. Lagi-lagi zuriat pertama dan ditunggu-tunggu oleh semua ahli keluarga. Namun kita hanya mampu merancang, tapi Allah lebih mengetahuinya.
Bagi Puan Nur Hafsyah, pengalaman yang dilaluinya ini sungguh tak di sangka sama sekali kerana dari awal kandungan sehinggalah usia 4 bulan perkembangan bayi sihat dan normal.
Namun ketentuan ilahi, ketika membuat rutin pemeriksaan mengandung dan scan, berita yang diberitahu doktor mengenai bayi dalam kandungannya dah tiada benar-benar buat hatinya sedih. Doktor tunjuk dalam rahim kosong!
Banyak kali doktor tanya untuk kepastian, sama ada pernah terjatuh atau turun darah tak sebelum datang buat pemeriksaan tapi jawapannya memang tiada. Semua baik-baik saja. Cumanya pernah termimpi nenek tua nak ambil bayi. Namun tak terfikir yang bukan-bukan pun sehinggalah dapat tahu selepas doktor scan.
AL-FATIHAH UNTUK ANAK SYURGAKU
17/3/2021, mama pergi checkup nak tengok perkembangan baby. Rasa excited nak tengok anak mama.
Baby tak ada..
Doktor scan anak mama dan tiba-tiba doktor tanya mama “ ada jatuh ke? Ada keluar pendarahan ke? “, mama cakap tak ada. Bila dengar jawapan mama, doktor suruh mama pergi kencing.
Selepas 20 minit, doktor panggil mama. Doktor tanya mama lagi sekali..betul ke tak ada jatuh? Mama kata tak ada, tapi mama ada mimpi nenek tua nak ambil anak mama.
Sebelum pergi checkup rasa perut kempis
Sebelum pergi checkup pagi tu pun mama dah rasa perut kempis. Tapi mama hanya fikir positif je dan selepas itu doktor suruh mama baring untuk nak buat scan semula.
Doktor sahkan keguguran
Selepas dah buat lagi sekali scan, doktor sahkan mama keguguran. Anak mama hilang, janin dah tak ada dalam rahim! Ya Allah masa tu mama rasa nak menangis. Mama terus pergi jumpa papa.
Sedihnya Allah yang tahu
Dalam kereta papa asyik tanya, apa doktor cakap? Mama tak tahu nak cakap macam mana pada papa, tapi mama memang tak boleh tahan air mata depan papa. Hanya Allah je tahu betapa remuknya hati mama masa tu.
Hilang dua insan tersayang
Mama baru je kehilangan arwah mak, sedih ni tak hilang lagi. Tapi Allah uji mama, mama kehilangan orang yang sangat bermakna dalam hidup mama dan papa.
Terima kasih Ya Allah kau dah pinjamkan kami kebahagiaan walaupun hanya sementara, kami reda dengan apa yang berlaku pada hari ini. Sayang tunggu mama dan papa di syurga ya.
#anaksyurgaku
Kredit: Nur Hafsyah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)