Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Dalam hubungan suami isteri ada masanya kita alami satu perselisihan faham yang kecil. Maklum sahaja bila dengan orang yang tersayang, dia punya kecil hati tu cepat je, walaupun kadang tak ada isu yang besar pun.
Kadang terbawak-bawak oleh perasaan yang sentiasa ada keraguan, tapi itu semua normal dalam perhubungan. Yang penting kita dan pasangan tahu isi hati masing-masing dan cuba memahami antara satu sama lain untuk menjaga hubungan kasih sayang yang tercipta dalam rumah tangga.
Seperti dalam perkongsian yang dibuat oleh Saidatul Husna tentang Bahasa kasih sayang yang ramai kurang peka. Menurutnya timbulnya kurang peka terhadap Bahasa-bahasa yang disampaikan itu mungkin kerana kita dan pasangan masih belum sepenuhnya kuasai Bahasa kasih sayang antara satu sama lain.
Rupanya Kita Ada 5 Bahasa Kasih Sayang. Ramai Yang Tidak Tahu Terutamanya Orang Perempuan
Pernah tak kita rasa mencabar nak faham bahasa seseorang. Bukan bahasa pertuturan, namun bahasa dalaman mereka.
Contohnya kalau pasangan suami isteri, si isteri bagitahu saya sayang awak, awak kacak, awak hebat kemudian suami buat tak endah. Kita pun hairan, kecewa pun ya.
Kalau suami pulak bukan main dah ni tolong isteri buat kerja rumah, kemudian isteri rasa macam belum cukup je. Ada sesuatu yang tidak lengkap.
Mungkin itu tanda kita belum kuasai bahasa kasih sayang kita. Dalam sains, setiap dari kita ada kod yang menentukan bahasa kasih sayang masing masing. Perkara ini terjadi dari lahir dan boleh berubah mengikut suasana kita dibesarkan.
Jom teruskan bacaan, apa itu bahasa kasih sayang. Ada 5 semuanya iaitu :-
1) Word of affirmation (ucapan)
Jika kita suka orang puji contoh awak baik, awak bijak, awak cantik sangat hari ni, mungkin kod kasih sayang kita adalah dengan word of affirmation iaitu ucapan baik.
Ads
2) Receiving gift.
Jika kita suka beri hadiah dan menerima hadiah walaupun sekecil benda, rasa excited rasa gembira walaupun sebatang pen saja, mungkin kita jenis receiving gift iaitu suka menerima hadiah.
Saya ada kawan masa belajar di Mesir, asal hari jadi kawan je dia paling bersungguh carikan hadiah. Katanya memang suka bagi hadiah, rasa macam terapi.
3) Quality time.
Wah yang ni best. Jika kita tidak kisah orang puji, tidak kisah orang tak beri hadiah, mungkin kita sukakan masa berkualiti dengan orang yang kita sayang.
Ads
Pattern orang begini mereka sangat pentingkan masa. Suasana tenang, sunyi, tempat yang selesa membantu orang quality time menghargai setiap momen bersama orang tersayang.
4) Act of service (Bantuan)
Perasan tak ada orang tidak terkesan dengan kata manis, sentuhan, hadiah dan masa berkualiti, namun sangat hargai sesiapa yang membantunya buat kerja.
Jadi bila dengan orang begini, fokuskan pada bantuan dan ringan ringankan tulang bersamanya.
5) Physical touch (Sentuhan)
Sentuhan ini biasanya ada pada orang kinestatik. Kita ada 3 jenis elemen. Samaada visual, auditory ataupun kinestatik. Orang kinestatik sukakan pergerakan, tidak boleh duduk diam dan sensitif pada sentuhan.
Ads
Kadang kadang warga emas contohnya emak kita ada bahasa kasih sayang ini. Mereka sukakan sentuhan dan perhatian.
Inilah 5 bahasa kasih sayang menurut sains. Agak agaknya kita yang mana satu ya. Boleh juga main teka teki dengan orang sekeliling kita, pasangan, mak ayah atau anak. Mesti mereka baru tahu dan teruja selepas tahu.
Pengalaman pertama kali menjadi ibu sememangnya indah. Namun bila mana berdepan dengan masalah bayi yang sentiasa menangis tanpa henti membuatkan ibu rasa cemas. Lebih-lebih lagi bila tiada sebarang bantuan daripada ibu bapa kita.
Bayi menangis sebenarnya ada sebabnya. Salah satu sebabnya adalah kerana dia seolah-olah masih lagi berada di dunianya sendiri dan cuba membiasakan diri dengan persekitaran kita. Inilah penyebab bayi mudah menangis. Jika tidak diselesakan dengan dunianya bayi mudah rasa tidak selesa dan menangis. Apa ibu boleh lakukan?
Menurut Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi Malaysia, terdapat lima kaedah utama dalam menenangkan bayi.
Menurut beliau, teknik Cuddle Cure adalah merupakan teknik berkesan dalam menenangkan bayi dan ia diinspirasi dari sensasi-sensasi menenangkan alam rahim yang terdiri dari 5 langkah. Lima langkah ini terdiri daripada:
1. BEDUNG
Semasa di dalam perut, bayi berada dalam posisi fetal di mana kepalanya tunduk, belakang badan berbentuk C dan kaki/lutut rapat ke dada. Dinding rahim pula membalut dan memastikan bayi kekal di posisi ini.
Maka, bayi telah selama ini merasa bagai berpeluk dan mendakap. Pengganti rasa berpeluk dan berdakap yang pertamanya, selepas bayi di lahirkan semestinya pelukan dan dakapan ibu. Namun, pada bila-bila masa ibu perlu berlepas diri, maka gantilah dengan bedung supaya bayi kekal rasa bagai di dakap.
2. PEGANG BAYI PADA KEDUDUKAN SISI ATAU PERUTNYA
Semasa di dalam perut, bayi hanya terapung samada secara mengiring pada sisi atau terlangkup (pada perutnya). Bayi tidak pernah berbaring rata pada tulang belakangnya. Maka, ketika anda memegang bayi dalam cubaan menenangkannya, pastikan anda pilih salah satu dari posisi tepat iaitu memegang bayi pada sisi atau perutnya.
3. BUNYI SSSHHH
Alam rahim amat bising dan tidak akan berhenti, iaitu sekuat 70db. Kehilangan drastik bunyi ini membuat bayi resah dan cemas. Maka, semasa memegang bayi yang telah berbedung secara sisi atau pada perutnya, rapatkan mulut anda ke telinga bayi dan keluarkan bunyi ssshhh sekuat mungkin cukup untuk mengatasi atau sekurang-kurangnya menyamai jeritan bayi.
4. HAYUNAN
Berikan sebarang sensasi hayunan yang sesuai dengan keadaan semasa anda memegang bayi. Anda boleh menghayun kaki ke kanan dan kiri atau angkat dan naik turun kaki. Malah boleh juga menepuk bayi, menari bersama bayi atau ‘bouncing’ bersama bayi di atas bouncing ball. Pastikan kepala dan badan bayi sentiasa disokong setiap masa.
5. HISAPAN
Beri bayi sesuatu untuk di hisap. Anda boleh menggunakan puting tiruan atau susukan bayi ( payudara ibu) atau juga menggunakan jari yang bersih atau botol. Ini kerana ‘bayi telah menghisap jarinya seawal 6 bulan di dalam kandungan sebagai latihan persediaan menyusu. Namun, ‘kesan sampingannya’ ialah, bayi menuntut sensasi hisapan untuk sentiasa merasa tenang.
4 Tip Perlu Tahu
1. Teknik Cuddle Cure ini wajib dibuat mengikut TURUTAN yang tepat seperti di atas. Jika ibu menggunakan langkahnya secara berlawan, hasilnya kurang efektif kepada bayi.
2. Setiap langkah mesti dibuat dengan TEPAT. Bedung mestilah kemas, posisi pegang mestilah selesa, bunyi ssshhh juga mestilah kuat dan sudahkan hayunan yang bertenaga dan padu.
3. Namun semua langkah ini bergantung kepada personaliti bayi itu sendiri. Ada yang terus bertenang hanya selepas 1-2 langkah dilakukan. Manakala ada bayi yang memerlukan kesemua 5 langkah. Aplikasi satu persatu langkah mengikut turutan dan tambah satu persatu hingga nampak bayi berpuas hati dan bertenang.
4. Bergantung kepada personality bayi, ada bayi yang memerlukan beberapa cubaan dan tempoh lebih lama sekitar 10-15 minit sebelum benar-benar bertenang. Usah risau, lebih kerap anda mengaplikasi teknik ini, kenali bayi dan lebih mudah anda melakukannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Giant bubble memang mudah didapati di tempat-tempat riadah seperti taman permainan, tasik dan pantai yang menjadi tarikan kepada kanak-kanak. Namun harganya yang agak mahal dan bancuhan sabun yang sikit membuatkan anak tak puas bermain.
Daripada situlah Puan Diana Said terfikir untuk membuat sendiri Giant Bubble dirumah. Kalau buat sendiri tentu sekali lebih jimat dan anak-anak boleh bermain sepuas-puasnya. Jom ikuti cara beliau menyediakan Giant Bubble homemade ini.
HOMEMADE GIANT BUBBLE
Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main, jimat!
BAHAN-BAHAN;
(AIR SABUN) 1)1.5 Liter Air 2)4 Sudu Tepung Ubi Kayu 3)250ml Pencuci Pinggan mangkuk
(BUBBLE WAND) 1) Tali Kain 2) Tape hitam 3) Hanger Besi 4) Gunting
CARA-CARA;
1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita
2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat.
3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih.
4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.
-Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.
Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan, rata-rata rakyat Malaysia tiada punca pendapatan bagi yang bekerja gaji harian. Ramai yang terkesan dan mula berjimat cermat.
Namun mungkin ada yang kurang bernasib baik. Ketika inilah kita perlu lebih kreatif dan bijak mengawal situasi agar keadaan terkawal. Bukan tiada yang boleh menghulurkan sumbangan namun permintaan tinggi daripada pemohon membuatkan pemberian agak terhad.
Pertama saya nak minta maaf banyak-banyak. Ramai yang pm,WhatsApp saya minta bantuan duit untuk beli Pampers anak dan beli susu anak. Pampers pula minta yang berjenama mahal,dengan alasan anak ada alahan dengan pampers murah🤦♂️
1 saya cadangkan guna kain lampin bayi yang boleh dibasuh dan boleh diguna semula. Rupanya ada dah pakai kain lampin ni. Tapi masih ramai tak sedar pakai kain lampin macam mak mak kita dulu lebih baik dan menjimatkan.
2. Anak yang 2 tahun ke atas tidak perlu lagi susu terutama susu tepung tidak kiralah apa apa jenama sekali pun. Susu buatkan mereka kenyang dan akan menolak untuk makan real food. Sebab itu anak jadi picky eater. Anak 2 tahun ke atas sudah pandai mengunyah,sudah ada gigi,jadi kena ajar dia makan dan makan.
Beri mereka makan nasi,ada sayur,ada ikan,ada ayam. Anak saya sendiri selepas 2 tahun saya tidak utamakan lagi susu. Kecuali susu segar sebagai snak. Tapi saya utamakan nasi,ikan,sayur,air masak.
Tanyalah mana mana Doktor pakar kanak kanak mereka lebih utamakan real food berbanding FM. Melainkan anak itu ada masalah kesihatan yang memang dicadangkan oleh doktor untuk ambil FM.
Sekarang ini anak kita sihat,tapi kita still lagi bagi FM sebagai pengganti makanan,sedangkan anak dah mencecah 3-4 tahun. Bila susu takda kita bagi susu pekat manis. Dengan alasan anak taknak makan nasi. Memang lah anak taknak makan sebab kita tak tegas dan terus layan dia minum FM semata.
Maaf sangat sangat jika ada yang tak setuju posting saya ini. Saya bukan taknak menyumbang. Tapi dalam keadaan RMO ini kita kena cari alternatif untuk lebih berjimat.
Sebab ramai sangat minta bantuan duit nak beli Pampers nak beli FM. Bila saya cadangkan solusi yang lebih bagus saya pula kena marah.
Sekarang ini kita nak bantu semua. Bukan sikit orang dalam keadaan susah sekarang. Semua orang tersepit. Jadi kita kena cari solusi lebih baik dan lebih memberi kesan yang baik kepada kesihatan juga.
Jika anak guna Pampers pakai buang,berapa banyak dah kita kena belanja. Jika anak minum FM 3-5 kali sehari berapa banyak belanja kita perlu keluarkan sedangkan perbelanjaan beli susu FM itu boleh beli keperluan dapur untuk lebih dari seorang anak.
Pastikan menu yang sihat untuk anak dalam tempoh RMO. Jangan jejaskan kesihatan mereka dengan makanan segera,makanan tinggi gula,makanan tiada khasiat.
Nasi,sup sayur,singgang,masak sayur lemak,sup ayam,sup ikan ini semua menu yang sihat dan paksa anak anak makan menu sihat.
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.