“Ada Pendarahan Dalam Otak, Doakan Anak Cepat Sedar” Kanak-Kanak Jatuh Bangunan Tinjau Wetland Kini Ditidurkan

Share

Kanak-kanak berusia 22 bulan yang mengalami pendarahan dalaman pada otak selepas terjatuh dari bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam kini ditidurkan.

Menurut laporan Astro Awani, Ibu saudaranya kanak-kanak tersebut memaklumkan, Zaid Harith ditidurkan sepenuhnya untuk mengelak bahagian sensitif itu mengalami kecederaan lebih serius.

“Zaid ditidurkan sepenuhnya untuk elak ‘second brain injury’. (Masa jatuh semalam ‘first brain injury’. ‘Second brain injury’ adalah apa-apa injury selepas jatuh, yang disebabkan oleh faktor lain).

“Kepala belah kiri bengkak sebab ada pendarahan bawah ‘scalp’, tengkorak sebelah kiri retak, namun pendarahan di otak sangat kecil, tak significant, mungkin tak perlu operation.

“Bahagian anggota badan, organ lain semua ok tak ada apa-apa, Alhamdulillah. Cuma doktor kata Zaid kurang stabil. Tekanan darah agak rendah,” kongsi Huda menerusi perbualan bersama ibu mangsa juga merupakan adik iparnya di laman Twitter miliknya pada Isnin.

Dalam kejadian pada pagi Ahad itu, mangsa dipercayai terjatuh dari aras dua bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam akibat lantai kayu patah.

Mengulas lanjut, Huda yang mewakili keluarga adiknya itu turut memohon semua mendoakan agar Zaid tidak perlu menjalani pembedahan dan dijauhkan daripada sebarang komplikasi, jangkitan atau apa-apa risiko dari ubat, darah atau sebarang prosedur dilakukan.

“Jazakumullahu khayran semua atas doa, bantuan dan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Kami sangat-sangat menghargainya dan sangat perlukan doa dari semua,” katanya.

Pada Ahad, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menzahirkan rasa simpati terhadap insiden yang menimpa kanak-kanak terbabit.

MBSA dalam kenyataannya memaklumkan telah membuat semakan segera dan mendapati bangunan tinjau Taman Rekreasi Wetland Setia Alam adalah di bawah pengurusan pemaju Bandar Setia Alam.

“Pihak MBSA akan membantu memanjangkan isu ini kepada pihak pemaju untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

“Selain itu, pihak MBSA juga akan memaklumkan kepada pihak pemaju untuk membuat penyelenggaraan dan pemantauan secara berkala bagi taman-taman awam yang masih belum diserahkan kepada MBSA,” kata kenyataan itu.

Apa Perlu Buat Kalau Anak Terjatuh Atau Terhentak Kepala? Terdapat 8 situasi kesan daripada terjatuh yang menyebabkan hentakan kepala yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

1. Lebam
Ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari (salur darah halus). Jika keadaan lebam sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma iaitu pendarahan di bawah kulit.

2. Luka
Jika ternampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka

3. Retak
Jika ada nampak keadaan ganjil pada bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika tak pasti, bawa jumpa doktor.

4. Menangis Tidak Henti (Inconsolable Cry)
Jika anak kecil (berumur kurang 3 tahun) menangis tanpa boleh dipujuk, kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala berpanjangan mungkin akibat kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.

5. Pandangan Kabur
Bahagian otak yang memproses penglihatan terletak pada bahagian belakang kepala. Jika terhantuk di bahagian belakang kepala dan selepas itu pandangan jadi kabur, mungkin ada kecederaan otak. Bawa jumpa doktor dengan segera.

6. Pengsan
Selepas terhantu dan anak tidak sedarkan diri, mungkin berlaku kecederaaan otak. Kecederaan otak yang boleh berlaku adalah: gegaran (Concussion), lebam (Contusion), atau pendarahan. Bawa jumpa doktor.

7. Muntah
Kadang-kadang lepas terhantuk, anak akan muntah. Tetapi jika anak muntah berterusan, ia mungkin tanda ada kecederaan otak. Muntah-muntah ini boleh disebabkan kerana tekanan dalam otat meningkat. Bawa jumpa doktor.

8. Sawan
Ini juga salah satu tanda berlakunya kecederaan otak. Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak, dan lain-lain. Jika berlaku salah satu simptom ini, jumpa doktor.

Apa Perlu Buat Jika Anak Terjatuh Atau Terhantuk Kepala?

Sebahagian simptom atau keadaan yang disebutkan diatas kadang-kadang tidak terjadi serta merta selepas terjatuh atau terhantu kepala, mungkin berlaku lewat sedikit. Mungkin seharian. Jadi ibubapa perlu pantau anak-anak dalam masa 24 hingga 48 jam selepas kejadian

Jika tiada tanda-tanda yang membimbangkan, boleh beri Paracetamol dan letakkan tuaman ais pada kawasan yang terhantuk untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan bengkak yang besar. Boleh tuam selama 5-10 minit dan diulang 3 kali sehari.

_

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Published by
NuFa