Keibubapaan

Ada Perbezaan Marah & Marah-Marah, Jangan Sampai Anak Hilang Yakin Diri & Berubah Jadi Degil!

Share

Dalam mendidik anak-anak pelbagai cara ibu bapa gunakan. Itu semua adalah untuk kebaikan anak-anak dan juga bekalan apabila mereka dewasa kelak. Ada yang memilih untuk menjadi garang supaya anak-anak boleh berdikari dan ada juga yang sebaliknya.

Apapun kaedah atau cara yang digunakan, setiap daripadanya pasti ada kebaikan dan kelemahannya. Dalam satu persoalan yang dikongsikan oleh seorang ibu kepada Ibu Rose, menyatakan apakah salah dirinya mendidik anak sulung dengan pendekatan garang.

Niatnya cuma satu untuk mendidik anak sulungnya menjadi cepat matang, berdikari dan boleh dijadikan contoh buat adik-adik yang lain. Ikuti perkongsian beliau:

SALAH KE SAYA DIDIK ANAK SULUNG BEGINI?

“Alia kenapa ni? Mama panggil buat tak tau je. Telinga letak kat mana!”

“Kenapa biar adik nangis macam ni. Alia kan kakak. Mengalahlah kat adik.”

“Jangan buat muka kat mama macam tu. Mama tak ajar jadi anak kurang ajar macam tu!”

Ibu ditanya oleh seorang ibu yang berhajat untuk mendidik anak sulungnya menjadi matang cepat dan independent serta boleh menjadi contoh kepada adik-adik. Katanya, dia sering marah-marah anaknya itu dan menggunakan pendekatan garang senantiasa dengan anak.

Dia juga sering benci kepada anaknya kerana anak itu sering tidak mahu mengikut cakapnya.

Ibu bersyukur kerana ibu muda ini berani bertanya dan meminta pertolongan. Ramai orang bila tahu melakukan kesalahan terus tenggelam di dalamnya. Namun, ibu muda ini berjaya mengatasi rasa malu bertanya.

Baca: Anak Gesel Gigi Waktu Tidur, Mak Ayah Jangan Biarkan! Mungkin Petanda Alami Stress!

Untuk pelajaran kita bersama, Ibu kongsikan jawapan Ibu kepadanya:

Sayang, dari mana sayang mendapat kefahaman bahawa dengan garang sayang boleh membina kematangan anak dengan cepat dan anak menjadi independent?

Ketahuilah bila sayang marah-marah dan kasar dengan dia, anak itu akan menjadi degil dan mungkin akan menjadi hilang keyakinan diri, oleh itu menjadi dependent dan bukan independent.

Bila seseorang itu sering dimarah, dari segi otak, tenaganya banyak berpusat di bahagian otak paling bawah dimana BUKAN merupakan bahagian ‘otak berfikir’. Bahagian bawah atau otak reptilian nama gelarannya, (Ibu sudah pernah menulis mengenai perkara ini) menjaga keselamatan.

Bila dimarah selalu, anak merasakan keselamatannya terancam. Respons yang diberi ialah ‘lari’ atau ‘lawan’. Lari di sini bermaksud dalam diri anak itu ialah dia menjadi penakut, tiada keyakinan diri, asyik memencil diri, tidak pandai berkawan, ragu terhadap kebolehannya dsb. Lawan di sini, membawa kepada perangai DEGIL, tantrum, campak itu dan ini, sepak itu dan ini dsbnya.

Anak yang menjadi independent adalah anak yang mempunyai hormat diri yang tinggi. Untuk mempunyai hormat diri yang tinggi, anak perlu mempunyai kekukuhan kasih-sayang dari ibu dan bapanya.

Kekukuhan kasih-sayang di sini bukan bermaksud anak itu tidak boleh dimarah langsung. Boleh marah dengan cara yang berhemah dan tidak menunjukkan benci atau berasa benci kepadanya. Tunjukkan marah dan benci akan perbuatan yang salah itu. Ada perbezaan di situ.

Kita mesti ingat, ada perbezaan marah dan marah-marah. Marah sekali sekala untuk mendisiplin dan membentuk perangai anak, itu tidak mengapa. Garang bertempat dan garang kasih, itu maksudnya loving and firm. Itu okay.

Jika ibu itu benci pada anaknya, jangan hairan suatu hari nanti bila ibu itu sudah tua atau anak sudah remaja, dia pula akan benci pada ibunya. If you continue this way of parenting you are moving towards a destruction in your relationship with your child.

Ambillah langkah membetulkan corak parenting anda dan berusahalah. Mungkin akan payah, namun jika dibuat dengan ikhlas, ganjaran baik akan puan raih InsyaAllah.
Semoga perkongsian Ibu kali ini membantu anda dalam parenting.

Bila selalu dimarah, bahagian otak mana yang berfungsi? Jom cuba jawab 😉

Salam Kasih,
Ibu Rose dan Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)

Sumber: Ibu Rose

Baca: “Dari 8 Minggu Pelbagai Perkara Terjadi Di Rahimku,” Usia Kandungan Dah 4 Bulan, Nieyl Mentor Umum Sedang Hamil 

EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK

Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Anak-anak Mama dah start merangkak laju?

Serlahkan bakat merangkak si manja di SSPN x PA&Ma Baby Merangkak Race 2020 pada 17-18 Oktober ini!

Hadiah berupa akaun SSPN menanti para pemenang! Bukan tu je, ada award Baby Merangkak WOW! juga (pemenang dipilih berdasarkan likes paling tinggi di IG).

Untuk mendaftar, boleh segera hubungi kami di nombor yang tertera.

Published by
SAHR