Pemergian adik lelaki tunggal dalam keluarga sememangnya memberi kesan yang begitu mendalam buat pelakon popular Yana Samsudin.
Dalam entri sebelum ini, Yana telah memaklumkan bahawa adiknya, Muhammad Fahmi Harith telah meninggal dunia ketika dalam tidur seorang diri.
Adik meninggal dalam tidur
Dia yang nyata terkejut dengan keadaan tersebut sempat memaklumkan kepada semua dan memohon agar orang ramai menyedekahkan al-Fatihah buat adiknya itu.
Namun begitu, menerusi posting terbaru Yana di Instagram, dia telah memuat naik kembali penulisan seseorang yang menjadi orang terawal yang menemui jenazah adiknya.
Ternyata apa yang ditemui oleh Ustaz Faizal, (individu yang menemui arwah dirumah) di pintu bilik allahyarham adiknya sangat menyentuh hati. Nota yang ditampal dipintu bilik adalah pesanan dari isteri yang sedang berpantang di kampung buat suaminya yang berada seorang diri di rumah.
Menerusi perkongsian Ustaz Faizal lagi, terdapat sepasang baju bayi dibahu arwah ketika jenazahnya ditemui diatas katil dalam keadaan seakan sedang tidur itu.
Ads
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Perkongsian yang dibuat oleh Yana Samsudin di Instagram miliknya telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Mereka juga berasa pilu membaca perkongsian tersebut kerana mengenangkan keadaan allahyarham yang baru saja bergelar bapa 37 hari lepas.
Ucapan takziah turut tidak putus diterima dan masing-masing mendoakan agar allahyarham adik kepada Yana Samsudin itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Belum sempat rasa kasih sayang ayah
Sumber: IGYana Samsudin & OMM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perlantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia Ketujuh turut mendapat perhatian daripada Arif Jiwa Asyraf. Si Pipi Pao ini pun tak nak ketinggalan ucap tahniah pada Dr Mahathir.
Perkongsian sekeping gambar Arif duduk di atas pangkuan Dr Mahathir yang dikongsi dalam Instagramnya benar-benar membuatkan netizen geram melihat kecomelannya serta peluang yang diperolehi.
Selamat Tok Tun kembali menjadi Perdana Mentri Malaysia. Arif doakan semoga maju jaya! -Arif, siPipiPao
Ramai netizen rasa teruja dan menyatakan perasaan ”cemburu” kerana si comel Arif berpeluang bertemu dengan pemimpin lagenda ini apatah lagi duduk di atas ribanya.
Doa Untuk Arif
Di samping itu ramai peminat si Pipi Pao turut mendoakan agar Arif menurut jejak langkah pemimpin hebat ini satu hari nanti.
Bahkan mereka juga berkata tak mustahil satu hari nanti Arif pula yang jadi seperti Tun M.
Semoga doa yang baik-baik itu dimakbulkan oleh Allah satu hari nanti. Mana tahu Arif pula jadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti kan.
Perdana Menteri Tertua Di Dunia
Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh di Istana Negara, Khamis malam.
Beliau adalah perdana menteri tertua di dunia.
Pakatan Harapan, yang dipengerusikan Dr Mahathir, membentuk kerajaan Persekutuan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei.
Suami yang baik bukan hanya ‘melambakkan’ wang ringgit kepada si isteri tetapi menghargainya. Sama ada ditunjukkan melalui perbuatan mahupun perkataan, usaha ini tetap akan dihargai isteri. Melalui perkongsiannya di laman Facebook, Ustaz Wan Asrul Al- Kalantani berkongsi kisah tentang isteri yang sudi menerima dirinya dan berkongsi segala susah senang bersama.
Pada awal perkahwinan, mereka diuji dengan masalah kewangan. Hidup tidak senang tetapi permaisuri hatinya tetap menyokong dan memberi semangat kepada Ustaz Wan. Walaupun sering diajukan soalan gurauan untuk berkahwin seorang lagi, dia sentiasa mengingati jasa isteri yang sekian lama bertahan dan berkongsi kemudahan dan kesukaran bersama dirinya.
TAK MINAT KE?
Sang faqir seringkali diajukan oleh sahabat-sahabat, kebanyakannya dalam bentuk gurauan, dengan soalan ;
“Bila hendak tambah cawangan lagi? Kalau ada 2 mudah uruskan urusan…”
Lazimnya sang faqir akan tersenyum sahaja.
Adakala ada dari kalangan sahabat begitu bersungguh untuk berpoligami dan kalimat yang sering mereka garis tebalkan adalah Sunnah, sang faqir akan soalkan semula,
“Berapa banyak sunnah Sayyiduna Rasulillahi Sallallahu Alaihi Wasallam yang antum dah istiqomah setakat ini?”
Ada yang tersenyum siput, ada yang menjawab dengan yakin dan ada yang hanya terdiam.
Adakah sang faqir tidak berminat untuk berpoligami? Jawapan persoalan itu sebenarnya harus hadir dalam bentuk Iman dan Empati (bukan simpati). Apabila jawapan sang faqir berikan, ada juga yang berbunyi;
“Ala, jenis takut bini nie… Tak mau mengaku…”
Sang faqir hanya boleh tersenyum.
Izinkan sang faqir berkongsi sebuah cerita benar kisah seorang wanita hebat di sisi sang faqir, tatkala susah, tatkala senang.
Sang faqir bernikah dengan isteri sang faqir yang tiada meminta sebarang hantaran dan dengan mas kahwin sebanyak rm88.80 sahaja serta sebentuk cincin belah rotan berharga rm90.
Seawal pernikahan kami, kami diuji dengan kesusahan yang tiada tergambar bagi pasangan yang baharu menikah.
Seawal pernikahan, yang waktu itu masih belajar, diuji akan kami dengan masalah kewangan, sehinggakan 10 sen yang bergolek masuk ke longkang dari poket, kami kejar, dek kerana tiada wang yang cukup untuk membeli makan. Dan ketika itu, sang faqir hanya mampu menahan air mata melihat isteri sewaktu itu ALLAH hadirkan benih ke dalam rahimnya. Saat itu, wanita ini bersuara,
“Abang, jangan risau, Nur ok, kita susah sama-sama. Nur selalu dengan abang. ALLAH selalu dengan kita.”
Kata-kata semangat ini masih segar sehingga saat ini yang diucapkan ketika sebulan sang faqir sakit terbaring sakit, tidak mampu bangun dan bekerja, malahan wanita inilah yang bekerja dan dalam masa yang sama menjaga kebajikan sang faqir yang terbaring lemah. Apatah lagi dalam keadaan membawa benih di dalam rahim.
Kami diuji ALLAH dengan jiran langsung tidak mengambil tahu hal ehwal kami. Kami dipandang seumpama kucing kurap. Ketika sang faqir dalam keadaan yang lemah dengan keadaan ini, wanita ini bersuara,
“Takpe abang, biarlah orang tak pandang kita, asal kita tak buat pun benda salah, kita buat yang betul saja.”
Ketika sang faqir diuji ALLAH dengan hal keadaan semua majikan tidak mahu menerima sang faqir bekerja, wanita ini bersuara,
“Macam nie, abang jaga anak di rumah, biar Nur yang kerja, kita makan apa yang ada saja. Nanti ada rezeki, abang pula kerja. Abg sabar ye.”
Sewaktu sahabat lain sedang gembira menyambut majlis konvokesyen meraikan tamat zaman pengajian. Wanita ini sedang sibuk di rumah menjaga suami yang terbaring sakit walaupun pada hakikatnya dia sepatutnya berada di majlis tersebut kerana kecemerlangannya, apabila ditanya, kenapa tak pergi ikut rombongan konvo, jawab wanita ini,
“Abang lebih penting bagi Nur, lebih penting dari segalanya. Nur nak duduk di sisi abang.”
Sewaktu sedang sarat hamil membawa Hafidz Nuruddin di dalam kandungan, dek kerana ingin mengumpul wang sendiri supaya tidak menyusahkan sang faqir apabila dirinya dalam pantang kelak, wanita ini sanggup mengambil upah membuat urutan dan bekam sehingga beberapa kali hampir pitam. Apabila dilarang, wanita ini bersuara,
“Nur kerja untuk kita semua, kita sama-sama susah, kita sama-sama senang. Apa-apa jadi kat Nur, abang guna duit Nur, jaga anak-anak kita.”
Jadi, dengan pengorbanan demi pengorbanan ini, adakah suatu yang baik dan elok untuk sang faqir merasakan poligami itu baik untuk sang faqir?
Sebagaimana keadaannya Sayyidina Rasulillahi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak menduakan Sayyiditina Khadijah At Thohirah sewaktu dalam hayat beliau, kerana pengorbanan dan kesetiaan Sayyiditina Khadijah Radhiyallahu Anha, seperti itulah keadaannya sang faqir kepada isteri tersayang.
Maka, tidak berpoligami bukan bermaksud tidak menyokong sunnah dan berpoligami juga bukan bermaksud hidup dalam sunnah.
Imbangilah sesuatu keadaan dengan waras, empati dan kasih sayang.
Sunnah Sayyiduna Rasulillahi Sallallahu Alaihi Wasallam bukan poligami semata-mata.
Belum habis lagi dengan kejadian anak achey iaitu Tiara rambut tersekat di tiang gol. Kali ini pula ikut ayahnya pergi solat jumaat, paling penting awning tudung on point!
Aduhai Tiara, memang ada DNA pelawak la. Muka “innocent” selamba yang tak tahan tu. Ada sesetengah netizen menyatakan Tiara ni memang kelakar pewaris ayah.
Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen:
Tapi betul kan memang ada anak yang nak ikut ayah solat jumaat berkepit je dengan ayah. Tiara ni memang ‘daddy girl’ sangat.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Sekadar info, Achey berkahwin dengan Nur Hassanah Yahya dan mempunyai seorang anak perempuan, Nur Tiara Zinnirah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.